Gila-Gila | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1978 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Gila-Gila merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1978 oleh Sabah Filem. Filem Gila-Gila diterbitkan dalam bentuk filem warna terbitan Deddy M. Borhan
Gila-Gila mula ditayangkan pada 1978 di pawagam seluruh negara. Menampilkan R. Jaafar, Hamid Gurkha, Hamidah Wahab dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Gila-Gila diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1978.
Sinopsis
Kisah komedi ini mengenai Jaafar yang bekerja sebagai pembantu di rumah orang kaya Sabah iaitu Dato’ Jaafar Pangku K.K ingin mengubah nasib merantau ke Kuala Lumpur atas nasihat rakannya Hamid dia mengambil cuti 2 bulan. Sebelum pergi dia telah meminta pinjaman baju dan wang sebanyak RM3000 dari Dato’ dengan alasan mahu melawat neneknya yg sakit di kampung, dan dia juga ada mengambil sedikit bisnes kad Dato’. Setibanya di Kuala Lumpur, dia telah bertemu dengan Yahya iaitu rakan Hamid dan dibawa berkenalan dengan Kathy iaitu cucu majikannya yang tamak. Setelah dia jatuh hati pada Kathy, Jaafar terus meminang Kathy untuk dijadikan isteri.
Setelah kehabisan wang, dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke Sabah dan setelah beberapa lama, Kathy bersama-sama dengan datuknya datang ke Sabah untuk bertemu dengan Jaafar dan menetap di situ, ketika itu barulah mereka mengetahui perkara sebenar.
Pelakon
- R. Jaafar sebagai Jaafar
- Hamid Gurkha sebagai Hamid
- Mahmud Jun sebagai Datuk Jaafar Pangku K.K
- Normadiah sebagai Datin
- Hamidah Wahab sebagai Katijah @ Kathy
- Yahya Sulong sebagai Yahya
- AR Ayappan sebagai Kumar Dum Dum
- Udo Omar sebagai En. Mulok M.J
- Abdullah Chik sebagai Johan
- Kamal Pendek sebagai Drebar Teksi
- Amran Kenit sebagai Orang Gaji
- Ibrahim Din sebagai Mamak
- Idris Hashim sebagai Tok Kadi