Burung Besi | |
---|---|
Pengarah | Bade Hj. Azmi |
Dibintangi | Azean Irdawaty Shahrul Nizam Noraini Morat |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1999 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Burung Besi ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 1999 arahan Bade Hj. Azmi.
Sinopsis
Burung Besi seperti nama tajuknya bukanlah cerita mengenai burung tetapi ia merujuk kepada kegiatan penyeludupan kapal terbang kawalan jarak jauh. Azri yang gemar bermain alat kawalan tersebut menggunakan kepintarannya dengan mengubah suai mesin terbang itu. Apabila dia melekatkan kamera pegun di kapal terbangnya yang akan mengambil gambar setiap 10 saat, banyak gambar keadaan sekeliling yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi ditemui. Ini termasuklah gambar yang amat mencurigakan. Azri dan rakannya Leman yang musykil dengan gambar itu mula menyiasat dan turut dibantu oleh Irin. Mereka menjejaki punca gambar itu diambil dan Azri yang terlalu ghairah mahu mengetahui perkara sebenar, membawa lari kapal terbang kawalan jauh kesayangan ayahnya. Pak Hamid yang mengetahui perbuatan Azri mengekori anaknya itu dengan bantuan Irin hingga dia sendiri tahu perkara yang sedang berlaku. Seorang wanita yang digelar My Lady lakonan Azean Irdawaty bimbang dengan kehadiran kapal terbang Azri kerana ia boleh menggagalkan kegiatannya. My Lady menyuruh orang suruhannya, Iron Man menghapuskan Azri dan rakannya supaya kegiatan penyeludupannya yang turut menggunakan kapal terbang kawalan jarak jauh berjalan lancar. Malangnya kelicikan remaja seperti Azri dan rakannya sukar untuk ditandingi Iron Man. Mereka berjaya menggagalkan kegiatan My Lady dengan menembak jatuh beberapa burung besinya dan ditahan oleh pihak berkuasa.
Pelakon
- Azean Irdawaty sebagai My Lady
- Shahrul Nizam sebagai Azri
- Noraini Morat sebagai Irin
- Hairul Rickyno sebagai Leman
- Wahid Senario
- Ilya Buang
- Sathiya
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.