Februari 2008 ialah bulan kedua untuk tahun lompat 2008. Ia bermula pada hari Jumaat dan berakhir selepas 29 hari pada hari Jumaat.
Cuti antarabangsa
|
|
Portal:Hal semasa
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 19 Februari - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 19 Februari - Toshiba mengumumkan pemberhentian penghasilan peralatan HD DVD, mengakhiri perang format definisi tinggi dengan Cakera Blu-ray.
- 19 Februari - Fidel Castro (gambar) mengumumkan persaraan sebagai Presiden Cuba.
- 17 Februari - Parlimen Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- 17 Februari - Tour de Langkawi 2008 berakhir di Kuala Lumpur.
- 13 Februari - Perdana Menteri Kevin Rudd meminta maaf secara rasmi atas Rompakan Generasi orang asli sebagai wakil Parlimen Australia.
- 10 Februari - Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.