Fallout: London | |
---|---|
Fail:Fallout 4 London.png | |
Pembangun | Team FOLON |
Pengarah | Dean Carter |
Pengatur cara |
|
Artis |
|
Penulis | Callum J. Quick |
Komposer | Daniel Morrison Neil |
Enjin | Enjin Creation |
Platform | Microsoft Windows |
Pelepasan | 25 Julai 2024 |
Genre | PVB aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Fallout: London ialah mod permainan video tahun 2024 yang dibangunkan oleh studio indie, Team FOLON[1][2][3] untuk PVB aksi Bethesda Softworks 2015 Fallout 4. Mod ini berlaku dalam tema pasca apokaliptik London,[4][5] berbeza daripada permainan fallout lain yang tipikal berlatar Amerika Syarikat.[6] Permainan ini mendapat banyak pujian positif dari banyak komuniti permainan video maupun laman web. Projek percuma dengan konten beragam, tetapi mendapat kritik sebab basil yang sering mengganggu pengalaman semasa bermain.
Gaya permainan
Fallout: London ialah permainan merayau bebas dan PVB aksi sama seperti tajuk lain dalam francais. Gaya permainan ini sangat mirip dengan Fallout 4, tetapi dengan penambahan dari Fallout 3 dan New Vegas. Fitur yang ada ialah: kamera yang dapat bertukar pada moda orang pertama dan ketiga, pertarungan yang berfokus pada menembak, V.A.T.S. dan membina rumah.
Pemain mengguna ATTA-Boy, Pip-Boy buatan Inggeris. Permainan ini ialah yang pertama tidak menampilkan Power armour, kerana merujuk pada penceritaan francais, Amerika Syarikat tidak memberikan teknologi itu.
Cerita dan tema
Fallout: London berlatar tahun 2237, antara cerita Fallout dan Fallout 2.[7] Alkisah pada sebuah makmal, pemain sadar dari tidur panjang dan melarikan diri ke permukaan.[8][9] Sang protagonis menemukan bahawa dirinya harus memilih faksi mana yang saat ini sedang memperebutkan kekuasaan di London. The Gentry ialah penyokong setia kerajaan, anak keturunan Westminster, loyalis monarki United Kingdom. The Tommies ialah militia yang setia pada Gentry dan kerajaan. 5th Column ialah kumpulan tentera yang membangkang, ingin menghancurkan kerajaan dan menjadikan Inggeris sebagai republik fasis.
The Camelot Movement ialah parti politik yang mengambil inspirasi daripada abad pertengahan London. Mereka senang dengan masa itu, tetapi sama seperti 5th Column ingin menghancurkan kerajaan dan menukarnya dengan bentuk republik. Dua samseng yang saling bersaing, the Isle of Dogs Syndicate dan the Vagabonds, ingin merebut wilayah dan mendirikan negara ini. Faksi keenam ialah Angel, kumpulan penjenayah misterius. Pemain bebas memilih kalau mereka ingin mempertahankan kerajaan atau menukar Inggeris menjadi republik.
Ada banyak watak di dalam permainan dengan kesulitan mereka sendiri. Pemain bebas jikalau membantu atau membiarkan mereka. Beberapa tempat seperti Sungai Thames. Terdapat tempat yang ikonik di London seperti Istana Buckingham, 10 Downing Street, Mata London dan Menara Big Ben.
Rujukan
- ^ Stanton, Rich (June 16, 2021). "E3's best announcement was really this Fallout: London mod". PC Gamer. Dicapai pada June 16, 2021.
- ^ Kent, Emma (June 16, 2021). "Fallout: London mod trailer reveals incredible post-apocalyptic cityscape". Eurogamer. Dicapai pada June 16, 2021.
- ^ Dinsdale, Ryan (2022-06-28). "Fallout: London, a 'DLC-Sized' Mod For Fallout 4, Gets Brand New Trailer And Release Window". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-28.
- ^ Osman, Jasmin (2022-05-22). "Fallout London Mod Explained". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-10.
- ^ Hughes, Thomas (June 16, 2021). "'Fallout: London' DLC-sized mod revealed – NME talks to the devs creating panic on the streets of London". NME. Dicapai pada June 16, 2021.
- ^ Cerafica, Anna Katrina (2022-05-23). "Fallout London Mod is Proof Future Games Should Be Set Outside the US". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-10.
- ^ Velde, Issy van der (2022-05-18). "New Fallout: London Gameplay Trailer Reveals Player Name, The Wayfarer". TheGamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-10.
- ^ Kuhnke, Oisin (2022-05-22). "Fallout 4 mod set in London features the voices of two classic Doctor Whos". VG247 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-10.
- ^ Vanoirschot, Allie (2022-05-26). "Fallout London Mod Gameplay Trailer: 10 Biggest Takeaways". Screen Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-10.