Jenis | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 21 April 1972[1][2] |
Institusi induk | Universiti Malaya (UM) |
Dekan | Profesor Dr. Jason Chuah Chin Tik |
Lokasi | , , 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°EKoordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E |
Laman sesawang | law |
Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya ialah salah satu daripada 13 fakulti Universiti Malaya (UM).[3] Ia ditubuhkan pada 21 April 1972 selepas penubuhan kampus universiti di Kuala Lumpur dan merupakan sekolah undang-undang pertama yang ditubuhkan di Malaysia.[4]
Fakulti ini telah berkembang daripada hanya pengambilan 50 pelajar pada tahun pertama kepada 160 pelajar sarjana muda setahun (pelajar dalaman), 450 pelajar pascasiswazah, di mana 110 daripadanya telah melanjutkan pengajian PhD (dalaman dan jauh) dan lebih daripada 300 pelajar luar negara.[4] Kini ia telah berkembang daripada sebuah institusi pengajian kepada persekitaran profesional yang matlamatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan profesion undang-undang.[4]
Gambaran keseluruhan
Datuk G. Rajasooria ialah individu yang bertanggungjawab di belakang tabir dan melihat pengiktirafan berkanun Fakulti Undang-Undang, UM. Dekan pertama, Allahyarham Tan Sri Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, telah dilantik pada Ogos 1972, sebelum pintu fakulti dibuka pada September 1972 kepada 50 ‘peguam' baru, kumpulan pertama fakulti. Mereka telah menamatkan pengajian pada tahun 1976.[4]
Bermula dari ijazah sarjana muda yang dianugerahkan pada tahun 1976, graduan Sarjana pertama dengan bangganya menerima skrol mereka pada tahun 1978, dan dua tahun kemudian, diikuti dengan penganugerahan PhD. Kumpulan perintis Fakulti Undang-undang ini ialah 'peguam' pertama yang menerima skrol mereka daripada Canselor ketika itu, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.[4]
Fakulti Undang-Undang juga memperkenalkan program Rancangan Pendidikan Undang-Undang Lanjutan pada 1993 dalam usaha membantu menyebarkan pengetahuan mengenai pelbagai aspek undang-undang kepada masyarakat luar kampus.[5]
Alumni terkenal
Alumni-alumni Fakulti Undang-undang Universiti Malaya terdiri daripada individu-individu daripada pelbagai latar belakang yang telah memberi sumbangan masing-masing ke arah pembangunan negara dalam sektor perkhidmatan, kehakiman, perundangan, kerajaan, korporat, akademi dan di Parlimen.[6]
Kini, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman diketuai oleh graduan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di mana badan legislatif diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, badan eksekutif dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan badan kehakiman diterajui oleh Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Bukan itu sahaja, badan perundangan pula diketuai oleh YBhg. Tan Sri Idrus Harun yang memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
Dalam sektor kehakiman, keempat-empat jawatan tertinggi disandang oleh graduan Fakulti Undang-undang UM termasuklah Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan YAA Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya YAA Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak YAA Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.
Antara alumni fakulti termasuklah:
Sektor Kerajaan
- Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9
- Dato' Sri Fadhillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri ke-14
- Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri Undang-undang & Institusi Reformasi, Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri Malaysia & Mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli
- Dato' Sri Ti Lian Ker, Mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi & Mantan Menteri Besar Johor
Badan Kehakiman
- Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara ke-10
- Tun Md Raus Shariff, Mantan Ketua Hakim Negara
- Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan ke-12 & Hakim Besar Sabah dan Sarawak ke-6
- Tan Sri Rohana Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan ke-11
- Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, Hakim Besar Malaya ke-13
- Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Malaya ke-12
- Dato' Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah & Sarawak ke-7
- Tan Sri Ahmad Maarop, Mantan Presiden Mahkamah Rayuan & Mantan Hakim Besar Malaya
- Tan Sri Datin Zaharah Ibrahim, Mantan Hakim Besar Malaya
- Tan Sri Zainun Ali, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Zaleha Yusuf, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Mohd Zawawi Salleh, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
- Datuk Dr. Badariah Sahamid, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan & Mantan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya
- Datuk Alizatul Khair, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
- Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Rhodzariah Bujang, Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Sri Hasnah Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Zabariah Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan
- Dato' Nordin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan
Parlimen
- Nga Kor Ming, Mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Badan Perundangan
- Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara Malaysia ke-9
- Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia ke-7
- Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Cara Negara
- Dato Abdul Razak Musa, Mantan Peguam Cara Negara
- Steven Thiruneelakandan, Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia
Bidang Akademi
- Profesor Dr. Jason Chuah C.T., Dekan Fakulti Undang-undang UM & Mantan Ketua Jabatan Undang-undang, City Law School UK & Penerima Cambridge Commonwealth Trust Award di Universiti Cambridge.
- Profesor Leong Wai Kum, Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Nasional Singapura
- Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya[7]
- Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee, Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya & Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya & Mantan Naib Pengerusi SUHAKAM
- Profesor Madya Dato Dr. Johan Shamsuddin Sabarudin, Mantan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya & Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)
Lain-lain
- Nik Ramlah Nik Mahmood, Mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) dan Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Azwan Ali, Pengacara TV & Pelakon[8]
- Uyaina Arshad, Pengacara, Model & Pelakon
- Philip Koh Tong Ngee, Pengasas World Vision Malaysia, Peguam & Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya
- Lim Wei Jiet, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) & Pengasas Parti MUDA & Peguam
- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mantan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) & Peguam
Rujukan
- ^ "Our History". www.um.edu.my. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ "University of Malaya – The oldest university in Malaysia". Malaysia Central. 6 June 2008. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ "Faculty of Law: Introduction". Universiti Malaya. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ a b c d e Ainul Asniera Ahsan (21 April 2022). "Fakulti Undang-Undang UM sambut ulang tahun ke-50". Malaysia Gazette. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ "Program Undang-undang Lanjutan luar kampus". Berita Harian. 15 April 1993. Dicapai pada 14 Mei 2022.
- ^ Rosniza Rasul (23 November 1992). "UM lahirkan 1,312 peguam". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
- ^ "Zarinah Anwar wanita pertama dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UM". Sinar Harian. 5 Januari 2022. Dicapai pada 14 Mei 2022.
- ^ Syuhada Choo Abdullah (12 Januari 1998). "Azwan anggap Suhana istimewa". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.