Fakulti Tamadun Islam atau Faculty of Islamic Civilization (FIC),merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia.
Fakulti Tamadun Islam ditubuhkan pada 14 Mac 1972. Fakulti ini mempunyai seramai 67 staf termasuk 44 staf akademik dan 23 staf bukan akademik.
Visi
Menjadi peneraju kecemerlangan Tamadun Islam seleras dengan kreativiti dan inovasi sains dan teknologi
Misi
Melahirkan ilmuan berkualiti dalam bidang penyelidikan, pengajian dan pembangunan ummmah melalui pentarbiahan kesepauan ilmu untuk mencapai ketamadunan Islam.
Objektif
- Melahirkan ilmuan dan profesional yang bertaqwa, berilmu, beriman dan beramal melalui pentarbiahan kesepaduan ilmu.
- Menawar dan melaksanakan program serta kursus yang relevan dan kompetatif dalam bidang ketamadunan Islam.
- Melaksanakan dan membangunkan program pembangunan ummah berorientasikan sains dan teknologi.
- Menerajui penyelidikan dan penerbitan dalam bidang ketamadunan serta mengemukakan penyelesaian alternatif yang kreatif dan inovatif.
- Membina rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara menerusi bidang pendidikan, penyelidikan, perundingan dan khidmat pembangunan ummah.
Kursus yang ditawarkan
- Program Sarjana Falsafah (Sains Halal)
- Doktor Falsafah (Fiqh Sains dan Teknologi)
Rujukan
Faculty of Islamic Civilization,UTM Diarkibkan 2013-01-08 di Wayback Machine