Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) ialah sebuah fakulti di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Fakulti ini merupakan di antara fakulti terawal di UKM.
Jenis | Universiti Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1970 |
Dekan | Profesor Dr. Kadaruddin Aiyub |
Lokasi | , , |
Kampus | Bandar |
Penggabungan | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Laman sesawang | https://www.ukm.my/fssk/v2/?page_id=26300 |
Misi, Visi dan Matlamat
- Misi
- Memangkin dan mencetus pemikiran terkini dalam pembentukan peradaban bangsa.
- Visi
- Membentuk suasana penjanaan ilmu terkamil untuk pembangunan insan yang bergerak seiring dengan arus dalam acuan kebangsaan
- Matlamat
- Melahirkan siswazah luwes dan mempunyai ciri profesional yang relevan dan boleh pasar serta bersifat pembelajar seumur hidup
- Menjana, menyebar dan mengkhazanah ilmu di peringkat global yang beracuan kebangsaan
- Memajukan siswazah yang mengimbangi ilmu asas dan gunaan
- Menyumbangkan kepakaran dalam pelaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa
Senarai Dekan
Fakulti Sastera
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
No. | Dekan | Pusat Kajian | Tempoh |
---|---|---|---|
1. | Profesor Emeritus Samsudin A. Rahim | Pusat Kajian Media dan Komunikasi | 15 November 2001 hingga 12 Jun 2004 |
2. | Profesor Dr. Mohamed Yusof Ismail | Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran | 13 Jun 2004 hingga 16 Oktober 2007 |
3. | Profesor Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah | Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran | 1 Oktober 2007 hingga 3 Mac 2011 |
4. | Profesor Dr. Hazita Azman | Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik | 1 Jun 2011 hingga 7 Julai 2016 |
5. | Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman | Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran | 8 Julai 2016 hingga 30 April 2017 |
6. | Profesor Dr. Mohd Fuad Mat Jali | Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran | 1 Mei 2017 hingga 30 April 2019 |
7. | Profesor Dr. Hazita Azman | Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik | 1 Mei 2019 hingga 30 April 2022 |
8. | Profesor Dr. Kadaruddin Aiyub | Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran | 1 Mei 2022 hingga kini |
Pusat-Pusat Kajian
- Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA)
- Sejarah
- Sains Politik
- Hubungan Antarabangsa
- Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS)
- Antropologi dan Sosiologi
- Geografi
- Sains Pembangunan
- Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION)
- Komunikasi Media
- Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra)
- Psikologi
- Kerja Sosial
- Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA)
- Pengajian Melayu
- Kesusasteraan Melayu
- Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL)
- Linguistik
- Pengajian Bahasa Inggeris