Jenis | Universiti Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1971 |
Dekan | Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi |
Staf pentadbiran | 162 |
Lokasi | , , |
Kampus | Bandar |
Penggabungan | Universiti Putra Malaysia |
Laman sesawang | Fakulti Pertanian |
Fakulti Pertanian adalah satu daripada tiga fakulti pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1971. Sejarahnya bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, kebanyakan jabatan dalam fakulti ini kemudiannya dibangunkan menjadi beberapa fakulti lain.
Sejarah
Pada akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.
Bermula pada Januari 1999, berlakunya proses penstrukturan semula di Universiti Putra Malaysia yang melibatkan juga Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasaskan kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai 7 jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Teknologi Pertanian dan Akuakultur.
Sebagai fakulti pertanian sulung di Malaysia, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam arena industri.
Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping menghasilkan teknologi pertanian baharu dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.
Program pengajian
Peringkat ijazah sarjana muda
Setakat ini terdapat enam program pengajian peringkat ijazah sarjana muda ditawarkan oleh Fakulti Pertanian
- Bacelor Sains Pertanian
- Bacelor Sains Hortikultur
- Bacelor Sains Pengurusan Perladangan
- Bacelor Pertanian (Kepujian) Akuakultur
- Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
- Bacelor Sains Perniagaantani
Peringkat ijazah lanjutan
- Master Sains Pertanian
- Master Sains
- Master Pengurusan Sumber Tanah
- Master Pengurusan Perladangan
- Master Pengurusan Tanah Lestari
Peringkat doktor falsafah (Ph.D)
Ia mengikut senarai penyelia yang diikuti.
Organisasi
Fakulti Pertanian diterajui oleh seorang Dekan. Beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Dekan yang masing-masing bertanggungjawab ke atas aktiviti Akademik, Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa, dan Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat.
Hal ehwal pentadbiran di Pejabat Dekan disokong oleh seorang Timbalan Pendaftar dan tiga orang Penolong Pendaftar. Pejabat Dekan menyelaras pengurusan fakulti serta membuat polisi yang relevan. Dalam perlaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK) ISO 9001:2000, Dekan disokong oleh seorang Wakil Pengurusan (MR).
Organisasi di peringkat jabatan pula diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal jabatan yang merangkumi perlaksanaan aktiviti akademik dan pengendalian kerja-kerja penyelidikan.
Fakulti mempunyai tujuh jabatan terdiri dari Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Jabatan Pengurusan Tanah, Jabatan Sains Haiwan, Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat , Jabatan Teknologi Pertanian dan Jabatan Akuakultur.
Senarai jabatan
Terdapat tujuh jabatan di bawah Fakulti Pertanian, UPM.[1]
Jabatan Sains Tanaman
Jabatan Sains Tanaman memberi tumpuan kepada pengajian mengenai tanaman ke arah peningkatan produktiviti. Pendekatan ini memberi penekanan khusus kepada kefahaman mendalam tentang struktur dan taksonomi tumbuhan, genetik dan pembiakbakaan tumbuhan, sistem penanaman, pasca tuai, biokimia pertanian dan sains dan teknologi biji benih.
Jabatan ini mempunyai pegawai dalam berbagai bidang kepakaran berkenaan, di samping kelengkapan makmal yang canggih untuk penawaran krusus dan penyelidikan berkaitan sains tanaman.
Matlamat Jabatan Sains Tanaman ialah untuk menjana dan menyebarkan ilmu bagi tujaun pembangunan perntanian dalam pelbagai bidang sains tanaman.
Jabatan Perlindungan Tumbuhan
Jabatan Perlindungan Tumbuhan memberi tumpuan pengajian ke arah usaha penyelesaian masalah perosak dan teknologi penyelesaian masalah ini secara bersepadu dan mampan. Pendekatan yang diambil adalah melalui penggunaan agen kawalan semulajadi dan diperkemaskini dengan kawalan gunaan seperti kawalan kultur, biologi, kimia dan lain-lain. Disiplin yang diutamakan termasuklah entomologi, patologi tumbuhan, sains rumpai, pengurusan perosak dan perosak vetebrat.
Jabatan ini dianggotai oleh pegawai akademik dan sokongan dalam bidang kepakaran yang berkenaan. Kursus dalam bidang entomologi, patologi tumbuhan dan sains rumpai ditawarkan dengan memberi penekanan kepada aspek biologi dan pengurusan perosak tanaman. Aktiviti penyelidikan memberatkan kepada pengeksploitan kawalan semulajadi dan disepadukan dengan kawalan gunaan. Makmal mokrobiologi, patologi tumbuhan, entomologi, nematologi dan toksikologi dengan peralatan terkini tersedia untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan.
Matlamat jabatan menjurus ke arah mencapai status kecemerlangan dari segi pengajaran, penyelidikan dan pengembangan teknologi perlindungan tumbuhan di tropika.
Jabatan Sains Haiwan
Jabatan Sains Haiwan memberi tumpuan kepada pengajian dalam sains haiwan yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran hasil ternakan lestari.
Pendekatannya adalah melalui integrasi pengetahuan dalam sains haiwan, teknologi terkini dan penggunaan sumber bagi pembangunan industri haiwan yang efisyen dan kompetitif bagi kawasan tropika.
Jabatan dianggotai oleh pegawai akademik dan teknikal yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang disiplin bagi melaksanakan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Kursus-kursus yang ditawarkan dan penyelidikan yang dijalankan di jabatan ini adalah merangkumi bidang biotekbologi haiwan, teknologi makanan, sistem produksi haiwan dan pemprosesan produk haiwan, manakala khidmat rundingan yang diutamakan adalah dalam sistem produksi haiwan secara integrasi, makanan dan pemberian makanan, dan pembangunan produk haiwan. Makmal dan kemudahan ladang yang terkini disediakan di kampus bagi pengendalian aktiviti ini.
Matlamat Jabatan Sains Haiwan adalah menjadi pusat kecemerlangan dalam sains dan teknologi haiwan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perundingan dalam sains haiwan dan pertanian haiwan tropika.
Jabatan Pengurusan Tanah
Jabatang Pengurusan Tanah menumpukan pengajian kepada aspek berkaitan pengeluaran tanaman serta pembangunan tanah lestari. Jabatan ini dianggotai oleh pegawai akademik yang terlatih dan berpengalaman serta pegawai sokongan yang berwibawa. Kursus-kursus ditawarkan di dalam bidang tumpuan pedologi, guna tanah, fizik dan pemuliharaan tanah, kimia tanah, mikrobiologi tanah, kesuburan dan pengurusan tanah. Program penyeledikan yang dijalankan oleh pegawai akademik termasuk pengurusan struktur tanah, pengurusan tanah cerun, pembaikan keasidan tanah, kegunaan bahan peminda organik dan tak organik, kajian logam berat dan persekitaran, keberkesanan baja nitrogen dan fosforus, kajian pengikatan nitrogen biologi penghasilan fitohormon, kegunaan mikoriza, keperluan makro dan mikronutrien, pembentukan biobaja dan pengurusan kawasan secara spesifik. Khidmat rundingan dan menjalan analisis tanah dan tanaman kepada pihak yang memerlukannya juga diberikan oleh jabatan. Peralatan makmal yang terkini dan canggih tersedia untuk kegunaan pengajian, penyelidikan serta khidmat rundingan.
Matlamat Jabatan Pengurusan Tanah ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajian, penyelidikan dan maklumat tanah tropika di dunia.
Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat
Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat ditubuhkan pada 1999. Sebelum itu jabatan ini ditempatkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan dikenali dengan nama Jabatan Ekonomi Pertanian. Bidang pengkhususan pegawai akademik merangkumi bidang pengurusan perniagaantani, pemasaran pertanian dan perniagaantani, kewangan pertanian dan perniagaantani, pengeluaran pertanian, perdangangan antarabangsa dan dasar pertanian, pengurusan ladang, pengurusan strategik perniagaantani, pengurusan risiko perniagaantani, keusahawanan agrotek, pembangunan dan pengembangan pertanian, ekonomi pertanian, ekonomi pengeluaran dan makanan, pengurusan penawaran perniagaantani serta pengurusan sistem maklumat perniagaantani.
Objektif jabatan adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaantani dan ekonomi pertanian yang berkaitan dengan rantaian makanan dan pertanian melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat nasihat dan pengembangan.
Matlamat jabatan ini adalah untuk memberi asas penyelidikan yang kukuh kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam pelbagai kerjaya perniagaan dan ekonomi di sektor pertanian, yang secara langsung atau tidak langsung, menyokon penawaran dan permintaan produk pertanian.
Jabatan Teknologi Pertanian
Jabatan Teknologi Pertanian memberi tumpuan kepada mempelbagai, memperluas serta mengintegrasi input sains dan teknologi untuk mengarah sektor pengeluaran pertanian menjadi lebih moden, berkomersil dan mampan. Pendekatan ke arah ini melalui konsep pertanian bersepadu berteknologi tinggi yang mengoptimumkan penggunaan sumber dan memaksimum kualiti hasil serta pengenalan mekanisasi dan pengautomatan di semua peringkat pengeluaran pertanian untuk mencorak pekerjaan pertanian menjadi lebih menarik dan cekap. Usaha adalah untuk membentuk graduan yang peka dan berkemampuan menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian yang moden dan dinamik.
Jabatan ini dianggotai oleh pegawai yang terlatih dan profesional bagi mendokong peranan menuju kepada matlamat jabatan. Kursus yang ditawarkan dalam bidang teknologi pertanian melibatkan agrobioteknologi, teknologi mikrob, kultur tisu, biologi meolekul tumbuhan, pembiakan mikro, mekanisasi perladangan, pengurusan dan pemuliharaan sumber asli, struktur ladang dan persekitaran, sistem pertanian persis, pengkomputeran pertanian dan pertanian bersepadu. Penyelidikan memberi tumpuan kepada pengintegrasian input teknologi pertanian serta aspek menerima pakai dan menyebar luas teknologi yang dapat meningkatkan hasil, memelihara/pemuliharaan sumber, pengurangan kos input dan meninggikan kualiti keluaran pertanian. Jabatan juga menjalankan aktiviti pengembangan dalam pemindahan teknologi kepada sasaran penerima dan penggunaannya.
Matlamat jabatan ialah untuk melaksanakan fungsi dan tanggunggjawab untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam memperkenal dan memperluaskan penggunaan sains dan teknologi serta memperkukuhkan pembelajaran dan penyelidikan di bawah teras teknologi pertanian.
Jabatan Akuakultur
Jabatan Akuakultur telah ditubuhkan pada bulan September 2007 dan terletak di blok A Fakulti Pertanian Agrobio. Akuakultur merupakan satu komponen penting dalam industri pertanian yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap hasil akuatik yang merupakan sumber protein utama. Justeru itu, tujuan utama penubuhan jabatan ini adalah untuk melahirkan graduan yang mahir, berketerampilan dan berkemampuan dalam sains, teknologi dan pengurusan akuakultur yang dapat membnatu mengembangkan lagi aktiviti dan hasil industri akuakultur di negara ini.
Jabatan ini dianggotai oleh pegawai akademik dan pegawai sokongan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang akuakultur yang merangkumi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan juga perundingan. Di antara bidang akademik dan penyelidikan yang diberi penekanan di jabatan ini adalah teknologi akuakultur, teknologi pemakanan ikan, teknologi pembiakan, pembiakbaan dan genetik ikan, kesihatan ikan, bioteknologi akuakultur, dan pasca panen serta teknologi produk akuakultur. Objektif Jabatan Akuakultur adalah untuk:
- meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang akuakultur
- menghasilkan tenaga profesional dalam bidang akuakultur mengkiut program tertentu
- menyumbang dalam pembangunan industri akuakultur khususnya di Malaysia dengan menggunakan tenaga profesional melalui penyelidikan serta pendidikan akuakultur.
PERMATANI
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (atau PERMATANI) adalah persatuan rasmi pelajar fakulti Pertanian.
Lagu rasmi
Tajuk: Pertanian Gemilang
Lagu oleh
Lirik oleh
- Kamilah Putra Putri pertanian
- Membina warisan yang gemilang
- Dari ladang hingga kepenggunaan
- Kami rentasi semua cabaran
- Menjana ekonomi negara
- Dari dulu hinggalah sekarang
- Sumber makanan dan kekayaan
- Membina tamadun dan warisan
- Pakar tanaman dan pakar haiwan
- Perniagaan dan pengajaran
- Penyelidikan khidmat cemerlang
- Berilmu Berbakti berterusan
- Kamilah Putra Putri pertanian
- Penjana ilmu pengetahuan
- Untuk bangsa agama dan negara
- Di bumi Serdang yang tersayang
- Kamilah Putra Putri Pertanian
- Membekal graduan yang terbilang
- Untuk sektor yang terus berkembang
- Pelapis masa depan
- Pakar tanaman dan pakar haiwan
- Perniagaan dan pengajaran
- Penyelidikan khidmat cemerlang
- Berilmu Berbakti berterusan
- Kamilah Putra Putri pertanian
- Penjana ilmu pengetahuan
- Untuk bangsa agama dan negara
- Di bumi Serdang yang tersayang
- Kamilah Putra Putri Pertanian
- Membekal graduan yang terbilang
- Untuk sektor yang terus berkembang
- Pelapis masa depan
- Pelapis masa depan
Pencapaian
IASS
Simposium Antarabangsa Pelajar Pertanian (IASS) adalah satu simposium ringkas yang mengumpulkan semua pelajar pertanian di seluruh dunia untuk turut sama memperkenalkan idea pertanian mereka.
Alamat
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor, Malaysia.
Galeri
Rujukan
- ^ Senarai Jabatan. Laman web Fakulti Pertanian.