Fakulti Pergigian, Universiti Malaya | |
Jenis | Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1972 |
Institusi induk | Universiti Malaya |
Dekan | Professor Dr. Firdaus Hariri |
Lokasi | Kuala Lumpur , Malaysia 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°EKoordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E |
Bahasa | English |
Laman sesawang | https://dentistry.um.edu.my/ |

Fakulti Pergigian di Universiti Malaya (UM) (juga dikenali sebagai FOD UM atau UM Denstistry) adalah institusi terkemuka dalam bidang pendidikan pergigian dan merupakan sekolah pergigian (dental school) di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1972, fakulti ini merupakan yang pertama di negara ini yang menawarkan program ijazah untuk melatih profesional pergigian tempatan. [1]
Program Pengajian
Fakulti ini menawarkan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) pada peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mengambil masa selama lima tahun.
Pengajaran sains perubatan asas dijalankan secara kolaboratif dengan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, yang memastikan pelajar memperoleh pengetahuan menyeluruh dalam bidang perubatan dan pergigian.
Peringkat Pasca-Ijazah dalam bidang pergigian dan penyelidikan turut ditawarkan[2].
Kemudahan dan Klinik
Fakulti Pergigian UM dilengkapi dengan kemudahan moden termasuk klinik pergigian yang menyediakan rawatan kepada pelajar, staf universiti, dan masyarakat umum. Klinik ini menawarkan pelbagai jenis rawatan dari konsultasi hingga prosedur pembedahan kompleks.
Klinik Palate dan Bibir Sumbing
Ditubuhkan sejak tahun 2000 untuk memberikan rawatan kepada pesakit dengan masalah palat dan bibir sumbing.
Pusat Penyelidikan Kanser Oral
Memfokuskan kepada penyelidikan dan koordinasi dalam bidang kanser oral di Malaysia[3].
Visi dan Misi
Fakulti ini mempunyai visi untuk menjadi sekolah pergigian yang diiktiraf di peringkat global. Ia berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang pergigian tetapi juga beretika tinggi dan peka terhadap keperluan masyarakat
Dengan pendekatan holistik dalam pendidikan pergigian, Fakulti Pergigian Universiti Malaya terus berkomitmen untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang pergigian di Malaysia.
Lihat Juga
- Universiti Malaya
- Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
- Fakulti Farmasi, Universiti Malaya
- Fakulti Sains, Universiti Malaya
- Pusat Perubatan Universiti Malaya