Jenis | Universiti Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1975 |
Dekan | Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim |
Lokasi | , , |
Kampus | Bandar |
Penggabungan | Universiti Putra Malaysia |
Laman sesawang | Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi |
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara fakulti tertua di UPM. Fakulti ini mempunyai empat jabatan, iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing, dan Jabatan Komunikasi.
Sejarah
Ia bermula sebagai sebuah Jabatan Bahasa di bawah Fakulti Pertanian. Kemudian ia diletakkan di bawah Fakulti Perkhidmatan Pendidikan (kini dikenali sebagai Fakulti Pengajian Pendidian), yang tertubuh pada 15 Januari 1975.[1]
Seterusnya ia dinaik taraf menjadi Fakulti Pengajian Bahasa Moden pada 4 Januari 1995. Pada 1 Januari 1999, berlaku perubahan nama fakulti kepada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan kemasukan Jabatan Komunikasi Pembangunan daripada Fakulti Ekologi Manusia, yang kemudiannya ditukar kepada Jabatan Komunikasi setelah berada di bawah FBMK.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (PMFBMK)
FBMK juga aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan penglibatan mahasiswa. Berdasarkan keperluan serta saranan pensyarah, kakitangan serta mahasiswa FBMK maka satu persatuan mahasiswa ditubuhkan untuk membantu pihak pengurusan fakulti di dalam urusan berkaitan aktiviti mahasiswa.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (PMFBMK) atau lebih dikenali sebagai Faculty's Association of Modern Languages and Communication (FALCOMM) juga merupakan antara 15 Persatuan Mahasiswa Fakulti yang berdaftar di bawah pemantauan Prof. Madya Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (Dekan), Dr. Arbaie Sujud (Timbalan Dekan Akademik) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEPUPM) [1]
PMFBMK 2015/16
PMFBMK pada awal penubuhannya kurang mendapat sokongan serta perhatian sepenuhnya daripada mahasiswa dan pihak pengurusan fakulti. Oleh itu, pada sesi pemilihan Ahli Tertinggi 2015/16 satu format baru berkaitan penamaan calon telah dilakukan oleh PMFBMK sesi 2014/15 demi mengubah persepsi mahasiswa serta mencari pelapis yang berkaliber dan dapat memberikan sumbangan kepada pihak fakulti dan mahasiswa fakulti.
Sejurus selepas sesi penamaan calon dilakukan, satu sesi pengundian peringkat fakulti pula dijalankan di bawah pemantauan pengurusan fakulti, BHEP dan PMFBMK sesi 2014/15.
Sesi pengiraan undi dilakukan oleh PMFBMK sesi 2014/15 dan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) sesi 2014/15.
Saudari Iylia Mardhiana Mohamed Fauad meraih undian tertinggi dan dilantik untuk menjadi Presiden PMFBMK untuk sesi 2015/16. Saudara Muhammad Hakim Kamaruzaman meraih undian kedua tertinggi menjadi Timbalan Presiden (I) dan dibantu oleh undian ketiga tertinggi saudari Adee Nadia Deelaila Ngadiman selaku Timbalan Presiden (II).
Hasil mesyuarat bagi melantik Ahli Tertinggi telah dijalankan dan 3 orang mahasiswa iaitu saudari Nurul Farhana Mohd Yusof (Setiausaha), saudari Norfaiqah Ramlan (Timbalan Setiausaha) dan Nurnazihah Hadznin (Bendahari) dilantik sebagai Ahli Tertinggi atau Top 6 PMFBMK sesi 2015/16.
Setelah sesi pelantikan Ahli Tertinggi PMFBMK sesi 2015/16, satu lagi sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa atau Ketua EXCO dilakukan. 10 orang mahasiswa telah diberi kepercayaan oleh Ahli Tertinggi untuk memegang jawatan sebagai Ketua EXCO dalam membantu urusan PMFBMK sesi 2015/16.
Salah satu perubahan yang dilakukan oleh PMFBMK sesi 2015/16 adalah menukar nama rasmi PMFBMK kepada FALCOMM (Faculty's Association of Modern Languages and Communication) bagi tujuan rebranding.
PMFBMK 2016/17
PMFBMK sesi 2016/17 dipimpin oleh saudara Muhammad Zainuri Shaharin Shairzaman (Presiden), Nur Mastura Zulkafli (Timbalan Presiden I), dan Azyan Syazwani Rozik (Timbalan Presiden II).
Rujukan
- ^ Sejarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Capaian 29 November 2012.