Fakulti Alam Bina (FAB) merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti ini ditubuhkan pada 1970. Fakulti ini mempunyai seramai 168 staf termasuk 110 staf akademik dan 58 staf bukan akademik.
Visi
Di iktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan untuk pendidikan profesional dalam bidang alam bina.
Misi
Untuk mendahului dalam pendidikan profesional dan penyelidikan dalam bidang alam bina.
Objektif
- Untuk melahirkan graduan yang cekap dalam bidang alam bina serta bertanggungjawab terhadap Tuhan dan manusia.
- Untuk enjadi fakulti pilihan dan pusat rujukan dalam bidang alam bina.
- Untuk menyumbang ke arah perkembangan kelestarian dalam pembangunan negara melalui penyelidikan, servis perundingan dan aktiviti perkongsian.
Senarai jabatan di bawah Fakulti Alam Bina
- Jabatan Senibina
- Jabatan Ukur Bahan
- Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
- Jabatan Senibina Landskap
- Jabatan Lepasan Ijazah
- Jabatan Program Luar (Bersama SPACE)
Kursus yang ditawarkan di Fakulti Alam Bina
Program Prasiswazah
- Sarjana Muda Senibina Dengan Kepujian (Kod UPU:TH00)
- Sarjana Muda Sains Pembinaan Dengan Kepujian (Kod UPU:TH08)
- Sarjana Muda Senibina Landskap Dengan Kepujian (Kod UPU:TH02)
- Sarjana Muda Ukur Bahan Dengan Kepujian (Kod UPU:TH06)
- Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah Dengan Kepujian (Kod UPU:TH04)
Program separuh masa ijazah juga ditawarkan melalui SPACE
- Sarjana Muda Senibina Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Pembinaan Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Senibina Landskap Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Ukur Bahan Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah Dengan Kepujian
Program Pasca Siswazah
Sarjana Sains (M.Sc.) melalui kursus yang ditawarkan (sepenuh masa / separuh masa):
- Sarjana Sains (Pengurusan Kontrak Pembinaan)
- Sarjana Sains (Perancangan Pelancongan)
- Sarjana Sains (Perancangan pengangkutan)
- Sarjana Sains (Perancangan Bandar dan Wilayah)
- Sarjana Senibina
Doktor Falsafah (Ph.D) dan Sarjana Sains (M.Sc.) melalui penyelidikan (sepenuh masa / separuh masa):
Bidang Penyelidikan (utama):
- Sarjana Sains (Perancangan bandar dan wilayah)
- Sarjana Sains dalam Perancangan Pengangkutan
- Sarjana Sains (Ukur Bahan)
- Sarjana Seni Bina