Fadzlan Yahya (1950-2016) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Lahat selama sepenggal (1990-1995) dan mantan ADUN Pasir Bedamar selama dua penggal (1982-1990). Di peringkat parti beliau ialah mantan Naib Pengerusi DAP dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).
Fadzlan Yahya | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Lahat | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Lee Kak Hoi |
Digantikan oleh | Lee Kon Yin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Pasir Bedamar | |
Dalam jawatan 1982–1990 | |
Didahului oleh | Thee Ah Kow |
Digantikan oleh | Jimmy Loh Jee Mee |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1950 Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Mati | 16 September 2016 (66 tahun)[1] |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik |
Tempat belajar | Universiti Gadjah Mada |
Pemimpin Melayu dalam DAP
Pemimpin Melayu DAP yang lain ialah Ahmad Nor - Bayan Baru; Ibrahim Singgeh - Tapah Road ; Mohd Asri Othman kalah di Tapah ; Syed Ali Mohsin kalah menentang Lim Ah Lek di Pahang ; Abu Bakar Lebai Sudin kalah di Raub menentang Ng Yen Yen ; Ahmad Ton kalah di Labis ; Abdul Muluk Daud/Dharmala NS pernah menjadi Setiausaha Agung DAP.
Tasik ladam di Teluk Intan
Pangkalan Pasir Berdamar terletak di pinggir Sungai Perak dan bersebelahan dengan pangkalan Durian Sebatang. Penduduknya ramai kaum Cina dan penduduk Melayu tinggal beberapa keluarga sahaja. Pada 1989, sebagai wakil rakyat, Fadzlan Yahya bimbang dengan keadaan Teluk Intan yang terhakis dan boleh membentuk tasik ladam. Beberapa bangunan dan likuan di tapak rekreasi di Sungai Perak rebak atau runtuh ke dalam sungai. Datu Seri Megat Junid Megat Ayob menyatakan kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk membina tambak di sekeliling Teluk Intan. Jalan Woo Saik Hong dan Jalan Keng Jooi teruk terjejas.[2]
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Teluk Intan | Fadzlan Yahya | DAP | 13,709 | Ong Tin Kim | BN (GERAKAN) | 15,152 | 1,443 |
Nadzri Bahaudin | PAS | 1,673 | ||||||
1974 | Matang | Fadzlan Yahya | DAP | 4,766 | Hashim Ghazali | BN (UMNO) | 12,543 | 7,777 |
Tan Kok Kong | PEKEMAS | 639 | ||||||
Ng Hoe Soon | KITA | 498 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Lahat | Fadzlan Yahya | DAP | 9,854 | BN (MCA) | 9,425 | 429 | |
1986 | Pasir Bedamar | Fadzlan Yahya | DAP | 10,845 | Gan Loot Heng | BN (GERAKAN) | 7,667 | 3,178 |
1982 | Fadzlan Yahya | DAP | BN (MCA) | 2,785 | ||||
1978 | Chemor | Fadzlan Yahya | DAP | 9,727 | Yap Boon En | BN (PPP) | ||
1974 | Changkat Jering | Fadzlan Yahya | DAP | Ang Chin Wah | BN (GERAKAN) |
Rujukan
- ^ https://dapmalaysia.org/belasungkawa-fadzlan-yahya-hilangnya-permata-perak/
- ^ New Straits Times, 16 Februari 1989