Datuk Dr. Fadilah Binti Sarbi ialah seorang mantan Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Ahli Politik bagi Negeri Sabah, Malaysia.
Penglibatan Politik
Fadilah Sarbi melibatkan diri dalam dunia politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Sabah[1], Pengerusi Biro Antarabangsa dan IPT Puteri UMNO Sabah[2], Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar[3][4][5]dan Ketua UMNO Sabah[6][7][8][9].
Kerjaya Politik
Pada 9 November 2020, Fadilah Sarbi telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Kerja Raya Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin[10]. Beliau telah mengangkat sumpah dihadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.
Kerjaya Pendidikan
Fadilah Sarbi pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara Jawatan yang pernah disandang sepanjang berkhidmat di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah;
- Pensyarah Sekolah Sains Sosial[11].
- Pensyarah Geografi Politik[12].
Anugerah
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2021)[13].
Rujukan
- ^ "Normala Umum Pelantikan Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Sabah". maipikiaqpi.blogspot.com.
- ^ "Biro Antarabangsa dan IPT Kunjungan Hormat Menteri Luar". www.pressreader.com.
- ^ "Fadilah dipilih Ketua Puteri Sepanggar". www.klik.com.my.
- ^ "Sektor Pelancongan di kunak dipertingkatkan". www.pressreader.com.
- ^ "Puteri UMNO Sepanggar hulur bantuan kepada mangsa kebakaran kampung monggorok". deasoka.com.
- ^ "Tiada lagi katak dan penghianat mandat rakyat – Fadilah Sarbi". demisabah.com.
- ^ "Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Sayap UMNO 2018-2021". umno-online.my.
- ^ "Puteri UMNO Sabah serahkan kepada pemimpin bahagian, ahli tentukan hala tuju". www.bharian.com.my.
- ^ "Terus Istiqamah… Puteri UMNO Sabah Akan Terus Perkasa Mendepani Cabaran – Fadilah". umno-online.my.
- ^ "15 setiausaha politik angkat sumpah". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah". jurcon.ums.edu.my.
- ^ "Kempen di Kimanis semakin rancak, pelbagai isu ditimbulkan". www.astroawani.com.
- ^ "122 receive their titles". www.dailyexpress.com.my.