FN Minimi | |
---|---|
Jenis | Mesingan ringan |
Tempat asal | Belgium |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Australia, Amerika Syarikat, Belgium, Kanada, Itali, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Thailand, Sweden |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Ernest Vervier |
Direka | 1974 |
Pengeluar | FN Herstal |
Aneka | See variants |
Spesifikasi | |
Berat | 6.85 kg (model Standard) 6.56 kg (model Para) 5.32 kg (model kenderaan) |
Panjang | 1040 mm (model Standard) 914 mm dengan udi berlipat / 766 mm dengan udi tetap (Para model) 793 mm tanpa udi (model kenderaan) |
Panjang laras | 465 mm 349 mm (Para model) |
Kartrij | 5.56 x 45 mm NATO |
Aksi | Sistem gas, bolt berputar |
Kadar tembakan | 700-1000 butir/min |
Halaju muncung | 925 m/s 866 m/s (model Para) |
Jarak tembakan efektif | 300-1000 m pejera mudah alih |
Sistem suapan | 200-butir M27 rangkaian peluru, 20/30/40-butir kelopak STANAG |
Penglihatan | Rear aperture, front post |
FN Minimi adalah selaras mesingan ringan buatan firma persenjataan Fabrique Nationale de HERSTAL dari Belgium yang paling prolifik pada ketika ini dan digunakan dengan meluas secara global. Sistem yang diperkenalkan oleh Ernest Vervier pada tahun 1974, kini telah digunakan secara meluas oleh angkatan-angkatan bersenjata seluruh dunia, seperti: Australia, Belgium, Kanada, Itali, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Thailand, Sweden dan Amerika Syarikat (sebagai M249 SAW). Senjata ini juga turut direka dengan secara berlesen oleh FN di Australia, Kanada dan Amerika (oleh FN Manufacturing LLC). Minimi mempunyai tiga versi, terdiri daripada model Standard (bagi kegunaan platun atau skuad senjata bantuan), model Para (untuk digunakan oleh krew kereta perisai, juruterbang helikopter dan unit payung terjun) dan model Vehicle (bagi kegunaan kenderaan tempur).
Rekabentuk
Mula diperkenalkan pada 1974 dan rekabentuknya banyak mempunyai persamaan dengan sistem MGKA yang terbukti keberkesanannya, iaitu mesingan FN MAG berkaliber 7.62 x 51mm. Sistem kitaran mekanikalnya menggunakan piston yang ditolak ke belakang oleh tekanan gas melalui sistem pengatur gas yang mempunyai dua kedudukan. Sistem kuncian bolt adalah secara putaran. Apabila penembakan berlaku tendangan gas ke belakang akan memasuki tiub dan menolak piston ke belakang yang juga akan cuba menolak perumah bolt bersamanya. Walaupun demikian dalam keadaan ini bolt akan tetap terkunci pada pangkal laras, sehinggalah kuncian putaran antara bolt dan perumah terbuka. Senjata ini yang mempunyai pengubah manual ke atas pengatur gas ini memiliki dua posisi, iaitu posisi normal dan posisi yang kurang baik. Posisi kurang baik ini mempertingkatkan kadar kitaran dan mampu digunakan di dalam keadaan persekitaran extreme atau di mana halangan berat yang terdedah di dalam tiub gas senjata. Penolak spring berada di dalam bolt, semasa suis penanggal yang senget ini mengawal di dalam perumah receiver. MINIMI adalah senjata penyerang dan peranan bolt senjata itu bertindak sebagai mekanisma serangan.
Senjata menggunakan dwi pengisian yang terdiri daripada rangakaian amunisi M27, sama ada penggunaan bekas khas rangkaian amunisi atau tanpa bekas khas (dengan berkapasiti 200-butir, diperbuat daripada polimer sintetik), dipasangkan pada bahagian receiver atau bahagian kelopak STANAG, boleh digunakan dengan kelopak raifal 5.56 mm NATO seperti kelopak M16 dan FNC. Rangkaian amunisi boleh dimasukkan di dalam dulang suapan, iaitu kelopak khas yang dipasangkan di bahagian bawah perumah kelopak. Tambahan pula, kelopak yang dimasukkan di dalam perumah kelopak akan mengelakkan rangkaian peluru dimasukkan serentak. Mekanisme pada jenis dulang suapan adalah sistem yang ada pada mesingan berat FN MAG.
Laras yang digunakan pada senjata ini mempunyai kapasiti kepanasan yang kuat, bersifat chrome-lined rifled bore dan direka dalam dua versi: dengan kadar putaran berukuran 178 mm (digunakan secara stabil dengan katrij Belgian 5.56 x 45 mm SS109) dan putaran 305 mm (untuk kegunaan amunisi American M193). Laras senjata ini boleh ditukar dengan pantas; dilengkapi dengan slot pengadang cahaya dan mencantumkan tangkai pemegang, digunakan didalam kenderaan dan mampu menukar keluar laras yang panas.
Versi standard mesingan ringan mempunyai laras sepanjang 465 mm dan udi kerangka aluminium dengan tali sling yang boleh disangkutkan dengan bahu, versi Para – menggunakan laras 349 mm dan udi teleskop logam, manakala model Vehicle mampunyai laras 465 mm dan tidak mempunyai udi atau pejera logam.
Versi
Versi M249 MINIMI digunakan oleh tentera Amerika pada bulan Februari 1982, dan sejak pada tahun 1984, pengeluar senjata ini mengeluarkan lesen sepenuhnya untuk mereka senjata tersebut.
Sebagai sebuah bahagian program M249 PIP (Product Improvement Program) tentera Amerika, mesingan M249 dilengkapi dengan: udi sintetik baru dengan penahan tendangan belakang yang diubahsuai; posisi pertama pengatur gas; laras versi pengadang cahaya yang sama dengan M16A2; penahan haba laras (diperbuat daripada sintetik); dan tangkai pemegang hadapan. Dengan ini, keberatan mesingan ini adalah seberat 7.465 kg. Sejumlah besar PIP digunakan oleh FN untuk versi MINIMI Mk2.
Versi ringan bagi Para dengan landasan Picatinny dikenali sebagai MINIMI SPW (Special Purpose Weapon). Ia mempunyai pemegang kelopak yang boleh mengurangkan tambahan berat, dan pemegang pada landasan MIL-STD-1913 boleh digunakan dengan aksesori taktikal.
Pengguna
NATO
- Belgium - Infantri darat dan udara Belgium menggunakan MINIMI Standard(M1). Unit payung terjun menggunakan model Para (M3).
- Kanada - C9 buatan infantri Kanada adalah Minimi standard dilengkapi dengan udi tiub logam. C9A1 dilengkapi dengan landasan Picatinny dan pejera optik 3.4x Elcan C79. C9A2 direka dengan laras pendek, warna hijau, kotak peluru kanvas (menggantikan kotak peluru biasa), udi yang sama versi dengan raifal C8, tangkai pemegang pistol dan pejera laser. Dua mesingan C9 digunakan oleh unit seksyen infantry.
- Perancis - Digunakan oleh infantri Perancis. Menggantikan AAT-F1 GPMG.
- Greece - Digunakan oleh infantri Hellenic Army dan pasukan elit.
- Itali - MINIMI yang dicipta secara berlesen oleh Beretta, yang menjadi rakan kongsi dengan FN, menggantikan versi MG42/59 (versi pada Perang Dunia Kedua).
- Belanda - Tentera Belanda menggunakan versi Para dalam MINIMI untuk menggantikan FN MAG dalam pasukan infantrinya. MAG masih digunakan sebagai Mesingan Kegunaan Am, sebagai senjata bantuan dan sebagai senjata kenderaan tempur.
- Norway - Digunakan oleh renjer Norway dan renjer infantri.
- Slovenia
- United Kingdom - Dikenali sebagai L108A1 SAW dan L110A1 Para.
- Amerika Syarikat - Digunakan pada 1 Februari 1982 sebagai M249 Squad Automatic Weapon.
Bukan-NATO
- Argentina - Tentera marin Argentina menggunakan M249 SAW dalam semua unit infantri tempur (seperti infantri, artileri, peninjau).
- Australia - Rekabentuk F89.
- Brazil - Tentera marin Brazil menggunakan MINIMI sebagai senjata sokongan platun dalam tahun 1990an.
- Chile - Tentera Chile dan Infantria de Marinas menggunakan MINIMI pada tahun 1990an.
- Timor-Leste - Digunakan oleh angkatan tentera Timor Leste.
- Indonesia - Tentera Nasional Indonesia dan Kor Marinir TNI-AL menggunakan versi standard MINIMI.
- Ireland - Renjer Ireland menggunakan versi MINIMI Para.
- Israel - Digunakan oleh Israeli Defence Force (IDF). Digantikan pada tahun 1995 dengan mesingan ringan Negev.
- Jepun - Menggantikan versi Type 62 oleh Japanese Ground Self-Defense Forces. Direka secara berlesen oleh Sumitomo Heavy Industries.
- Malaysia - Tentera Darat Malaysia menggantikan mesingan HK11A1 dengan MINIMI. Selain itu, ia turut digunakan oleh pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
- Mexico - Tentera darat dan laut Mexico menggunakan M249 dan MINIMI.
- Morocco
- Nepal - Infantri Nepal menggunakan 5,500 laras mesingan MINIMI.
- New Zealand - New Zealand Defence Force menggunakan MINIMI buatan Kanada yang dikenali sebagai C9.
- Filipina - Digunakan oleh pasukan keselamatan Filipina (AFP).
- Sri Lanka - Negara pertama yang memiliki MINIMI senjata bantuan tentera.
- Sweden - Dikenali sebagai Ksp 90. Model Para digelar Ksp 90B.
- Taiwan - Tentera Republik China menggunakan MINIMI direka secara berlesen oleh Combined Service Forces (CSF) dikenali sebagai Type 75.
- Thailand
- Venezuela
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: FN Minimi. |
- U.S. Army M249 Fact File
- FN USA Webpage
- Official FN Herstal Minimi page
- REMTEK article on the M249 (first published by Soldier of Fortune magazine
- RFP for new U.S. LMG
- Nazarian`s Gun`s Recognition Guide (FILM) FN M249 SAW Presentation (.MPEG)
- Small Arms Review article on the MK48 Diarkibkan 2007-01-31 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |