FML | |
---|---|
Asal | Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | Faithful Music |
Kegiatan berkaitan | Faizal Tahir, Siqma, Shahida Supia, Seachains & Nhật Hoàng |
Anggota semasa | Fahimi Rahmat Mal Hamka |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
FML merupakan kumpulan duo lelaki yang berasal dari Malaysia.
Mereka terkenal dengan lagu single pertama mereka iaitu Sinar yang dikeluarkan pada tahun 2020.
Karier
FML merupakan hasil gabungan nama Fahimi dan Mal serta nama mereka pernah menjadi kontroversi kerana membawa maksud lain dalam urban dictionary. Mereka berdua mula rapat setelah bertukar nombor antara satu sama lain kerana mengagumi bakat dan suara dalam bidang musik bahkan menghasilkan beberapa cover sebelum mendapat perhatian Faizal Tahir [1].
Bagi single Sinar, FML telah terlibat dalam projek JOOX iaitu JOOX Originals bersama Faizal Tahir sebagai Super Producer [2].
FML juga bernaung di bawah syarikat rakaman Faizal Tahir iaitu Faithful Music dan mereka juga pernah mengeluarkan single Payung Terjun bersama Faizal Tahir pada 24 Julai 2020. [3] [4]
Pada 25 Jun 2021, FML telah mengeluarkan lagu single terbaru mereka yang diberi nama "Sepertiga". Lagu ini telah dihasilkan oleh salah seorang ahli kumpulan FML sendiri iaitu Fahimi bersama saudara kembar beliau Firdaus Rahmat. [5]
FML telah mengeluarkan lagu single terbaru mereka Call You Mine pada 14 Januari 2022. Mereka telah berkolaborasi dengan rapper terkenal dari Vietnam iaitu Seachains dan Nhat Hoang. [6] Pada Mac 2022, FML telah mengeluarkan single Call You Mine dalam versi Bahasa Melayu. [7]
Ahli
- Muhammad Ikhmal Mohd Hamka atau Mal
- Muhammad Fahimi Rahmat atau Fahimi
Diskografi
Single
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2020 | Sinar | Single | |
Payung Terjun | menampilkan Faizal Tahir | ||
Dipinggirkan | menampilkan Siqma | ||
Caramu | menampilkan Shahida Supia | ||
2021 | Sepertiga | ||
2022 | Call You Mine | menampilkan Seachains & Nhật Hoàng | |
Call You Mine (Versi Melayu) |
Rujukan
- ^ “Bukan mencarut tapi nak tunjuk kami fun... fun make laugh!” - Penjelasan nama kumpulan FML. oleh Farhan Ikram (mstar) dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ 'Projek besar' Faizal. harian metro.
- ^ FML pertaruh Payung Terjun. berita harian.
- ^ Muzik satukan dua bakat. harian metro.
- ^ Tiga fasa cinta FML. harian metro.
- ^ Kolaborasi luar biasa. harian metro.
- ^ FML - Call You Mine (Malay Ver.) faithful youtube.
Pautan Luar
- FML di Instagram