Felda Cempaka Jengka 2 (J2), merupakan salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar 1971. J2 berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 3 & Ulu Jempol. Perjalan dari Bandar Jengka yang terletak 10 kilometer mengabil masa kira-kira 15 minit Terdapat lebih daripada 400 buah keluraga yang terdiri daripada generasi pertama & kedua peneroka.
Kawasan penempatan J2 terbahagi kepada 3 kawasan iaitu Peringkat 1 , Peringkat 2 dan Perkampungan Baru. Setiap kawasan mengandungi sekurang-kurangnya 100 orang penduduk. Antara kemudahan yang terdapat adalah masjid, Sek. Ren. Keb J2, Sek. Men. Keb J2, dewan serbaguna, padang bola dll.