Football Club Copenhagen (Denmark: F.C. Københavncode: da is deprecated ) ataupun secara pendeknya, FCK merupakan kelab bola sepak profesional Denmark yang berpangkalan di ibu negara Denmark, Copenhagen. Copenhagen bermain di Liga Super Denmark yang merupakan kelab paling berjaya di bola sepak Denmark dan kelab yang berkedudukan tertinggi berbanding mana-mana kelab Scandinavia dalam kedudukan kelab UEFA dan Copenhagen tempat ke-45 terbaik di Eropah. Kelab ini kini tempat ke-43 kelab terbaik dunia oleh IFFHS.
Pasukan ini layak buat pertama kali ke Liga Juara-Juara Eropah pada edisi 2006-07. Tiga tahun kemudian, kelab ini menjadi kelab bola sepak pertama Denmark yang berjaya melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab. Kelab ini ditubuhan pada 1992 hasil daripada penyatuan daripada juara 15 kali, Kjøbenhavns Boldklub dan juara tujuh kali liga Denmark, Boldklubben 1903. Copenhagen bermain pada perlawannya di Telia Parken dan ia juga merupakan stadium untuk pasukan kebangsaan Denmark. Sejak penubuhannya, Copenhagen mempunyai pesaing terdekat iaitu Brøndby IF dan ia merupakan perlawanan yang amat ramai didatangi para peminat dalam sejarah bola sepak Denmark.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.