Ezwan Zain | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain 3 Januari 1981 |
| Warganegara | |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Jurusan Mechatronics and Robotics |
| Pekerjaan | Ahli Perniagaan |
| Terkenal kerana | Suami kepada Erra Fazira |
| Pasangan | Erra Fazira (k. 2025) |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu | Rohani binti Abdul Latif |
| Bapa | Haji Mohamad Zain bin Saad |
| Keluarga | Dania Sofia Mohamad Ezwan (anak perempuan kandung) Engku Aleesya (anak perempuan tiri) Azizah Zaik (ibu mentua) Mohamad Azlan bin Mohamad Zain (adik) Mohamad Azhar bin Mohamad Zain (adik) |
Ezwan Zain (lahir 3 Januari 1981) ialah seorang Ahli perniagaan Malaysia yang mula dikenali sejak Tahun 2024 kerana hubungannya dengan Selebriti terkenal, Erra Fazira. beliau menubuhkan Kueh Cafe tahun 2015 dan sehingga kini mempunyai banyak cawangan. Sebelum beliau menubuhkan Kueh Cafe pada tahun 2015, Ezwan telah melalui pelbagai pengalaman dalam mencuba dan mengurus beberapa jenis perniagaan kecil, yang memberi asas kukuh terhadap pemahaman beliau dalam strategi operasi serta selok-belok pasaran. [1] pada 3 Januari 2026, pasangan ini menunaikan Umrah sebagai hadiah kepada Ezwan. [2] [nota 1]
Kehidupan peribadi
Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain dilahirkan pada 3 Januari 1981. Beliau berasal dari Selangor, Malaysia. beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun perkahwinan tersebut gagal lalu pasangan ini bercerai. Sebelum Ezwan berkenalan dengan Erra Fazira selepas 8 tahun bergelar duda.
Kerjaya & Profesional
Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain memulakan kerjaya profesionalnya sebagai seorang jurutera dalam industri minyak dan gas.
Latar belakang keluarga yang dekat dengan dunia perniagaan serta disiplin daripada bapanya yang bekerja sebagai petugas kerajaan dan ibunya yang pernah berkhidmat dalam sektor perbankan membentuk asas nilai kerja keras dan ketekunan dalam dirinya.
Walaupun kerjayanya dalam sektor teknikal bermula kukuh, Ezwan akhirnya memilih untuk menyerahkan jiwa dan raga kepada dunia keusahawanan.
Sebelum menubuhkan Kueh Cafe pada tahun 2015, Ezwan telah melalui pelbagai pengalaman dalam mencuba dan mengurus beberapa jenis perniagaan kecil, yang memberi asas kukuh terhadap pemahaman beliau dalam strategi operasi serta selok-belok pasaran.
Keberanian untuk bereksperimen dalam pelbagai sektor membolehkan beliau menguasai kemahiran penting seperti pemasaran, pengurusan tenaga kerja dan strategi pertumbuhan perniagaan.
Kueh Cafe, yang terkenal dengan sajian kuih tradisional, kek dan kopi istimewanya, melonjakkan nama Ezwan sebagai usahawan di Lembah Klang.
Dalam tempoh lebih 9 tahun, kafe tersebut berkembang menjadi destinasi pilihan pelanggan dari segenap pelosok negara, sekaligus mengukuhkan reputasi Ezwan sebagai usahawan F&B yang berjaya.
Keghairahan Ezwan terhadap dunia perniagaan tidak terhenti di situ. Beliau turut meneroka bidang perniagaan lain seperti perkhidmatan carwash, kilang kayu terpakai, serta pembinaan, hasil pengalamannya bekerja selama tujuh tahun dalam industri construction bersama beberapa syarikat besar.
Pengalaman luas dalam bidang pembinaan menjadikan beliau lebih arif bukan sahaja tentang kemahiran teknikal (“hard skill”), malah kepentingan pemasaran digital, pengurusan strategik dan kepimpinan dalam perniagaan.
Kini, dengan kombinasi pengalaman sebagai jurutera, usahawan makanan dan minuman, pengurus projek pembinaan, serta pemilik beberapa perniagaan sampingan, Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain dikenali sebagai seorang usahawan versatil yang sentiasa berinovasi dan memacu visi jangka panjang dalam bidang keusahawanan.
Fakta Menarik mengenai Ezwan Zain
- Mr E memulakan perjalanan bisnesnya dengan membuka Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, yang asalnya hanya sebuah perniagaan kecil.
- Sifatnya yang ramah dan merendah diri menjadikan Mr E mudah didekati serta disukai ramai.
- Walaupun pernah bekerja dalam industri minyak dan gas, Mr E memilih dunia keusahawanan kerana di situlah beliau menemui kebebasan dan kepuasan sebenar.
Nota
Rujukan
- ^ Aiman (3 Disember 2025). "Biodata". Laman Web E-central. Dicapai pada 4 Januari 2026.
- ^ Aiman (2 Januari 2026). "'Kejutan buat suami' – Erra bawa Ezwan tunai umrah". Kosmo!. Dicapai pada 4 Januari 2026.








