EXO | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | Pop, R&B, tarian, elektronik |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | SM Entertainment |
Pengkarya berkait | Exo-K, Exo-M, SM Town, Super Junior, SNSD, TVXQ, Red Velvet, SHINee, f(X) |
Laman sesawang | exo |
Ahli | Suho Xiumin Lay Baekhyun Chen Chanyeol D.O. Kai Sehun |
Bekas ahli | Kris, Lu Han, Tao |
EXO (Korea: 엑소) merupakan sebuah kumpulan muzik lelaki China–Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2011 oleh syarikat rakaman SM Entertainment. Pada asal mulanya, kumpulan muzik ini terdiri daripada 12 orang ahli (2012), namun ia semakin berkurangan selepas 3 orang ahli terpaksa meninggalkan kumpulan ini. Kini, cuma 9 orang ahli (2016) sahaja yang tinggal. Mereka dibahagikan kepada dua buah sub-unit iaitu EXO-K dan EXO-M. EXO-K bermaksud EXO Korea iaitu ahli yang berasal daripada Korea seperti Suho, D.O, Baekhyun, Chanyeol, Kai dan Sehun, manakala EXO-M pula EXO Mandarin yang berasal daripada China seperti Kris, Lu Han, Tao dan Lay manakala Xiumin dan Chen merupakan ahli EXO-M tetapi berasal daripada Korea Selatan. Selain itu, mereka mempunyai kelab peminat yang paling teramai di Korea Selatan iaitu lebih kurang 4 juta lebih peminat yang mengundi [1] (pada tahun 2017) dari seluruh dunia dan dikenali sebagai EXO-L yang bermaksud EXO Lover. EXO dikenal sebagai “King Of Kpop”. Nama EXO-K ,EXO-L dan EXO-M secara tidak langsung menjadi nama yang kebetulan mengikuti abjad menurut turutan. Nama 'EXO' diambil daripada sebuah planet di angkasa lepas iaitu exoplanet (planet luar suria).[2] EXO memulakan penampilan sulung rasmi mereka pada 8 April 2012 dengan single "Mama".[3][4] Versi EXO-M untuk lagu tersebut berjaya menduduki tangga teratas dalam carta muzik China dan video muzik versi EXO-K pula berjaya menduduki nombor tujuh dalam Carta Global YouTube.[5] Dua album kumpulan muzik ini iaitu album mini Mama (2012) dan album studio XOXO (2013) merupakan kejayaan besar bagi mereka apabila ia terjual melebihi 152,255 unit di seluruh dunia.[6][7]
EXO sekali lagi menggegarkan dunia hiburan Korea dengan album terbaru mereka iaitu EX'Act pada 8 Jun 2016. EX'Act juga merupakan album EXO yang paling laris sepanjang karier mereka. Pada mulanya SM Entertainment mengeluarkan MV Lucky One. MV Lucky One yang baru dimuat naik di saluran YouTube telah mencecah lebih 3 juta tontonan tidak sampai 24 jam dan tidak lama kemudian MV Monster yang telah mencecah sebanyak 4.8 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini menjadikan mereka ranking No.1 di kebanyakan carta Muzik di Korea dan beberapa negara lain.
Pada 18 Ogos 2016, EXO mengeluarkan lagi album ketiga mereka iaitu Lotto. MV Lotto sekali lagi memecahkan rekod apabila mendapat sebanyak 3 juta tontonan di YouTube dalam masa tidak sampai 24 jam.
Pada 19 Januari 2017, di Stadium Jamsil, Korea Selatan, EXO telah berjaya meraih anugerah di Seoul Music Awards atau lebih dikenali dalam bahasa Melayu 'Anugerah Muzik Seoul' iaitu sebuah anugerah yang akan diberikan kepada penyanyi-penyanyi terhebat di Korea Selatan. EXO telah mencipta rekod apabila telah memenangi empat anugerah selama 4 tahun berturut-turut. Anugerah yang juga dikenali sebagai 'Daesang Award' yang bermaksud 'Anugerah Utama' sejak dari tahun 2014 sehingga ke tahun 2017. Mereka merupakan penyanyi lelaki berkumpulan pertama dan penyanyi berkumpulan pertama yang telah memegang rekod 4 tahun menerima 'Daesang Awards' berturut-turut. Selain itu, mereka telah memenangi 13 anugerah daripada 20 senarai pencalonan di 'Seoul Music Awards'.
Pada 2 November 2018, EXO mengeluarkan album yang ke-5 iaitu DON'T MESS UP MY TEMPO yang turut disertai ahli kumpulan Cina iaitu Lay sejak mengeluarkan album musim sejuk mereka yang terdahulu iaitu For Life (2016). Disertai dengan 3 versi iatiu Allegro, Moderato, dan Andante. Video muzik ''Don't Mess Up My Tempo'' telah memecah rekod tersendiri setelah mendapat lebih 6 juta tontonan di YouTube dalam masa 24 jam. Pada 11 November, 1,179,997 juta album telah terjual dan menjadikan mereka ''quintuple million seller'' yang telah menjual sebanyak 10 juta+ album secara keseluruhan album.
Keseluruhan anugerah yang dimenangi oleh EXO dalam keseluruhan acara terbesar ialah sebanyak 263 anugerah (termasuk anugerah rancangan muzik) daripada 240 senarai pencalonan. Lebih daripada separuh anugerah yang mereka terima daripada jumlah pencalonan. Hal ini membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang kumpulan dalam sejarah industri muzik di Korea Selatan.
Awal tahun 2017, kumpulan ini (EXO) telah mengadakan world tour. Pada 27 dan 28 Mei 2017 yang lalu, EXO telah mengadakan sebuah konsert(EXO'rdium Dot) sebagai konsert penutup di Stadium Olimpik Jamsil. EXO menjadi kumpulan kelima membuat persembahan di situ selepas H.O.T, TVXQ malah lagenda pop dunia iaitu Micheal Jackson juga pernah membuat persembahan di sana. Selain itu, penjualan tiket bagi konsert ini amat membanggakan kerana tiket untuk kedua-dua hari konsert habis terjual kurang 1 minit menjadikan mereka sebagai pemegang rekod tiket konsert yang paling cepat terjual habis dengan masa “0.2s”.Konsert ini telah menarik seramai 144,000 orang penonton. Walaupun begitu, masih ramai lagi EXO-L (peminat EXO) yang tidak dapat menghadirkan diri di konset tersebut. Walaupun begitu, EXO-L antarabangsa telah menyediakan makanan untuk diberikan kepada EXO-L yang hadir pada konsert itu untuk kedua-dua hari dan semuanya percuma. Hal ini menunjukan bahawa EXO-L saling bergantung sesama mereka. Berbalik kepada konsert EXOR'dium Dot tadi, dengan penjualan tiket dan bilangan penonton yang amat mengujakan hal ini telah membuktikan bahawa EXO bukan calang-calang boyband dalam industri muzik di dunia. Ditambah lagi dengan sokongan peminat yang memang memberansangkan.EXO secara rasmi mendapat gelaran Nation's Pick pada tahun 2018. EXO kini comeback dengan lagu “DON’T FIGHT THE FEELING” setelah hampir 1.7 tahun berada dalam hiatus. Preorder album mencecah 1.2M membuktikan mereka tetap berada di puncak teratas. Member soloist “BAEKHYUN” juga telah mendapat gelaran “double million seller” url=https://www.allkpop.com/article/2021/07/exos-baekhyun-becomes-the-first-artist-to-become-a-double-million-seller-with-a-group-album-and-solo-album-since-seo-taiji pada tahun 2021 dengan album ketiganya “BAMBI” sebelum melakukan tugas negara. BAEKHYUN berhasil memecahkan rekod 19 tahun million seller soloist selepas Seo Taiji. url=https://www.soompi.com/article/1410158wpp/exos-baekhyun-becomes-1st-million-seller-solo-artist-in-19-years-with-delight Nyatanya member soloist yang lain seperti LAY, CHEN, SUHO, D.O dan KAI juga meraih kesuksesan sebagai soloist bukan hanya sebagai group. EXO dikenal sebagai group “multi fungsi” kerana member group yang tidak hanya berkarier sebagai idol, tetapi juga sebagai pelakon. Group ini berjaya menarik peminat dan menjadi panutan idol lainnya.
Rancangan TV
- EXO Showtime (2013)
- EXO SurpLINEs Tv (2014)
- V-App Live Broadcasting (2016)
Drama
- EXO Next Door (2015)
Album
- MAMA (2012)
- XOXO (2013)
- Growl Repackaged Album (2013)
- Miracles In December (2013)
- Overdose (2014)
- EXOLOGY Chapter 1:The Lost Planet (2014)
- EXOdus (2015)
- Sing For You (2015)
- EX'Act (2016)
- Lotto Repackaged Album (2016)
- For Life (2016)
- The War (2017)
- The War: The Power of Music Repackaged Album (2017)
- Countdown versi Jepun (2018)
- Universe (2017)
- Don't Mess Up My Tempo (2018)
- LOVE SHOT Repackaged Album (2018)
- OBSESSION (2019)
- Don’t Fight The Feeling Special Album (2021)
- EXIST (2023)
Jelajah
- Jelajah bersama
- SM Town Live World Tour III (2012–13)
- Sokongan
- Super Show 4 (2012) – Exo-M
- Rancangan syarikat
- SM Town Week: Christmas Wonderland (2013)
Rujukan
- ^ "(Stars count)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-20. Dicapai pada 2014-09-18.
- ^ "SM introduces new boy group member, KAI". Allkpop (dalam bahasa Inggeris). 22 Disember 2011. Dicapai pada 9 April 2012.
- ^ "SMTOWN releases official footage from Exo's showcase, to officially debut on April 9th with "MAMA"". Allkpop (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2012. Dicapai pada 24 April 2012.
- ^ "S.M.'s new group Exo releases their new album". Newsen (dalam bahasa Korea). 8 April 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "EXO-K's Music Video Comes In Seventh on Youtube Chart". Mnet. 9 April 2012. Dicapai pada 13 April 2012.
- ^ rocojulie (18 Jun 2012). "EXO-K finishes up 'Mama' promotions as top new group of the year". Soompi. Dicapai pada 1 Julai 2013.
- ^ carolicity (30 Mei 2013). "Pre-orders for EXO's first album 'XOXO' about to reach 300,000 copies" (dalam bahasa Inggeris). Allkpop. Dicapai pada 1 Julai 2013.
Pautan luar
- Laman web rasmi (Korea)
- Tapak sesawang rasmi EXO-K: Laman rasmi (Korea), Facebook, Weibo (Cina)
- Tapak sesawang rasmi EXO-M: Laman rasmi (Korea), Facebook, Weibo (Cina)
- Tapak sesawang rasmi EXO-L(FanClub) : Laman Rasmi Diarkibkan 2017-09-20 di Archive-It,