Evaristo Carvalho | |
---|---|
Presiden São Tomé dan Príncipe | |
Menyandang jawatan 3 September 2016 | |
Perdana Menteri | Patrice Trovoada Jorge Bom Jesus |
Didahului oleh | Manuel Pinto da Costa |
Perdana Menteri São Tomé dan Príncipe ke-5 | |
Dalam jawatan 26 September 2001 – 28 Mac 2002 | |
Presiden | Fradique de Menezes |
Didahului oleh | Guilherme Posser da Costa |
Digantikan oleh | Gabriel Costa |
Dalam jawatan 7 Julai 1994 – 25 Oktober 1994 | |
Presiden | Miguel Trovoada |
Didahului oleh | Norberto Costa Alegre |
Digantikan oleh | Carlos Graça |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Evaristo do Espírito Santo Carvalho 22 Oktober 1942 São Tomé dan Príncipe |
Parti politik | Tindakan Demokratik Bebas |
Evaristo do Espírito Santo Carvalho (lahir 22 Oktober 1942) ialah ahli politik São Tomé yang telah menjadi Presiden São Tomé dan Príncipe sejak 3 September 2016. Beliau sebelum ini Perdana Menteri negara tersebut sebanyak dua kali.
Kerjaya politik
Beliau sebelum ini Perdana Menteri São Tomé dan Príncipe dari 7 Julai 1994 hingga 25 Oktober 1994 dan sekali lagi dari 26 September 2001 hingga 28 Mac 2002. Beliau ialah ahli parti Tindakan Demokratik Bebas (ADI).[1]
Carvalho bertanding dalam pilihan raya presiden São Tomé dan Príncipe 2011, sambil beliau merupakan speaker untuk Perhimpunan Kebangsaan.[2] Beliau telah disokong dalam kempennya oleh Perdana Menteri sekarang pada masa itu Patrice Trovoada.[3] Carvalho mendapat tempat kedua dalam pusingan pertama dengan 21.8 peratus undian, di belakang bekas presiden, Manuel Pinto da Costa. Costa berjaya dalam pilihan raya penentu dua orang, dengan 52.9 peratus undian.[2] Carvalho kemudiannya menjadi timbalan presiden ADI.[4]
Presiden
Dalam pilihan raya presiden Julai 2016, Carvalho memenangi kebanyakan undian tetapi jatuh sedikit majoriti dentan 49.8 peratus, oleh itu penentu pusingan kedua diadakan beberapa minggu kemudian. Walau bagaimanapun, Costa, penyandang presiden, tarik diri daripada pengundian penentu 7 Ogos, dikatakan penipuan dalam pilihan raya Julai. Hal ini secara berkesan memberi jawatan presiden kepada Carvalho.[5] Beliau dilantik dalam upacara khas ke dalam peranan tersebut pada 3 September. Proses pilihan raya tersebut diterima baik di peringkat antarabangsa, dengan siaran akhbar Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan "Pilihan raya ini adalah satu lagi bukti komitmen lama Sao Tome dan Principe kepada nilai demokratik. Melalui pengendalian teladan mereka, rakyat Sao Tome dan Principe terus berkhidmat sebagai suar demokrasi untuk negara-negara lain."[6]
Rujukan
- ^ "Should we celebrate when an African country has a peaceful election?". Nepad. 19 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2018. Dicapai pada 26 November 2016.
- ^ a b Lansford, Tom, penyunting (2015). Political Handbook of 2015. Los Angeles: CQ Press. ISBN 978-148337-158-0.
- ^ Britannica Book of the Year 2012. Chicago: Encyclopædia Britannica, Inc. 2012. ISBN 978-1-61535-618-8.
- ^ Peyton, Nellie (8 Ogos 2016). "Sao Tome's ex-prime minister elected president in one-man race". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-07. Dicapai pada 26 November 2016.
- ^ "Sao Tome and Principe president boycotts own run-off vote". BBC News. 8 August 2016. Dicapai pada 26 November 2016.
- ^ "Congratulations to Sao Tome and Principe's New President Evaristo Carvalho". Jabatan Negara A.S. 3 September 2016. Dicapai pada 26 November 2016.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Norberto Costa Alegre |
Perdana Menteri São Tomé dan Príncipe 1994 |
Diikuti oleh: Carlos Graça |
Didahului oleh Guilherme Posser da Costa |
Perdana Menteri São Tomé dan Príncipe 2001–2002 |
Diikuti oleh: Gabriel Costa |
Didahului oleh Arzemiro dos Prazeres |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan 2010–2012 |
Diikuti oleh: Alcino Pinto |
Didahului oleh Manuel Pinto da Costa |
Presiden São Tomé dan Príncipe 2016–sekarang |
Pemegang jawatan kini |