AS332 Super Puma | |
---|---|
Peranan | Helikopter |
Pengeluar | Aérospatiale Eurocopter |
Penerbangan sulung | 13 September 1978 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | CHC Helicopter |
Kos seunit | AS$ 15.5 juta (2006) |
Dibangunkan dari | Aérospatiale Puma |
Kelainan | Eurocopter AS 532 Eurocopter EC225 |
Eurocopter AS332 Super Puma adalah sebuah helikopter utiliti sederhana yang berenjin kembar dengan empat bilah rotor. Ia telah dipasarkan bagi kegunaan awam dan ketenteraan. Asalnya ia direka dan dibina oleh Aérospatiale, dan merupakan sebuah versi Aérospatiale Puma yang telah diperbesarkan dan memiliki enjin yang baru. Super Puma membuat penerbangan sulung pada 13 September 1978.