Kawasan | 10,180,000 km2 (3,930,000 bt2)[n] |
---|---|
Penduduk | 739,165,030[n] (2011), ke-3) |
Ketumpatan penduduk | 72.5/km2 |
Negara | 50 |
Bahasa | Senarai bahasa |
Zon masa | UTC hingga UTC+6 |
TLD Internet | .eu (Kesatuan Eropah) |
Bandar terbesar | Senarai kawasan metropolitan di Eropah |
Eropah (Jawi: إيروڤه ; Yunani: Ευρώπη, rumi: Evropi , Latin: Europa ) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.
Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10,400,000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.
Etimologi
Dalam mitologi Yunani, Europe (Yunani Kuno: Εὐρώπη, Eurṓpē) ialah seorang ratu Phoenicia diculik Zeus yang menjelma sebagai seekor lembu jantan putih. Dia dibawa ke pulau Kriti di mana dia melahirkan anak-anak Minos, Rhadamanthus dan Sarpedon. Nama Europe ini mula diungkapkan untuk kawasan pesisiran timur Aegia Yunani pada 700 SM[1] dan sejak 500 SM maknanya telah meluas ke negeri-negeri belah utaranya.
Sejarah
Empayar Yunani Purba ialah tamadun asas kepada kebudayaan Barat, dan prinsip-prinsip demokrasi dan rasionalisme Barat berasal dari empayar ini.[2] Selepas itu, Empayar Rom menjadi kuasa utama di Eropah.
Selepas kejatuhan Empayar Rom, Eropah mengalami Zaman Imaginasi, iaitu zaman dari Zaman Kegelapan hingga Zaman Pembaharuan (Renaissance). Zaman Pembaharuan atau kecerahan dan Monarki Baru menandakan permulaan zaman penemuan, penjelajahan dan peningkatan dalam pengetahuan ilmiah masyarakat Eropah. Pada abad ke-15, Portugal memulakan zaman penjelajahan yang diikuti oleh Sepanyol. Kemudian, Perancis, Belanda dan British turut bergabung dalam membangunkan kerajaan penjajah besar dengan kawasan kekuasaan yang luas di Afrika, Amerika dan Asia.
Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain pada akhir abad ke-18 menyebabkan peralihan daripada sektor bertumpukan pertanian, kemakmuran rakyat yang semakin bertambah dan pertumbuhan penduduk. Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua hingga Perang Dingin, negara-negara Eropah terbagi kepada dua blok politik dan ekonomi utama: Blok Komunis di Eropah Timur dan Blok Kapitalis di Eropah Barat. Sekitar tahun 1989, Blok Komunis pecah berikutan peruntuhan Tembok Berlin.
Geografi
Eropah ialah sebahagian daripada Eurasia, dengan Eropah merangkumi seperlima keluasan Eurasia.[3]
Benua ini bermula dari Pergunungan Ural di Rusia yang menggambarkan sempadan timur Eropah dengan Asia. Sempadan tenggara dengan Asia adalah tidak jelas, dengan sempadan paling diterima umum ialah Sungai Ural atau Sungai Emba. Sempadan berlanjut dengan Laut Kaspia, kemudiannya Pergunungan Kaukasus atau Depresi Kuma-Manych, dan sampai ke Laut Hitam; Bosporus, Laut Marmara, dan Dardanelles yang mengakhiri sempadan Eropah-Asia. Laut Mediterranean di selatan memisahkan Eropah dengan Afrika. Sempadan di bahagian barat ialah Lautan Atlantik.
Negara dan tanah jajahan
Negara berdaulat di Eropah
Setakat kini, terdapat 50 buah negara yang tergolong dalam benua Eropah iaitu:
Sebahagian kecil daripada Turki serta bahagian barat Rusia ialah bahagian Eropah.
Negara dengan pengiktirafan terhad di Eropah
Eropah menempatkan lima buah negara de facto dengan sedikit atau tiada pengiktirafan oleh pihak antarabangsa. Tiada dalam kalangan negara ini ialah anggota PBB.
- Abkhazia (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Georgia)
- Artsakh (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan)
- Republik Turki Cyprus Utara (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Cyprus)
- Kosovo (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia)
- Ossetia Selatan (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Georgia)
- Transnistria (mengisytiharkan kemerdekaan daripada Moldova)
Wilayah tanggungan
Wilayah tanggungan dengan wilayah-wilayah serupa dengan autonomi pentadbiran yang ketara di Eropah adalah seperti di bawah:
- Denmark
- Finland
- Norway
- United Kingdom
Ekonomi
Ekonomi Eropah secara keseluruhan adalah yang terbesar di dunia daripada segi aset kawalan dengan nilai mencacah $32.7 trilion setakat 2008, kira-kira sepertiga kekayaan dunia. Negara-negara Eropah dengan ekonomi maju lebih tertumpu di Eropah Barat, dengan negara-negara di kawasan lain sedang berkembang selepas pembubaran Kesatuan Soviet dan perpecahan Yugoslavia.
Demografi
Bahasa
Kira-kira 225 bahasa ibunda ditutur di Eropah.[4] Kebanyakan bahasa Eropah tertakluk pada kumpulan-kumpulan bahasa Indo-Eropah:
- bahasa-bahasa Romawi yang terbit daripada bahasa Latin dalam Empayar Rom dan ditutur di kawasan barat dan selatan Eropah;
- rumpun bahasa Germanik yang berasal dari selatan Skandinavia dan ditutur di barat, utara dan tengah Eropah;
- bahasa-bahasa Slavik yang lazim ditutur di kawasan tengah, timur dan selatan Eropah.
- bahasa-bahasa Baltik, yakni bahasa Latvia dan Lihuania;
- bahasa-bahasa Celt seperti bahasa Ireland, dan;
- bahasa-bahasa lain seperti bahasa Yunani dan bahasa Albania.
Selain itu, bahasa-bahasa Ural seperti bahasa Finland dan bahasa Estonia ditutur di Estonia, Finland, Hungary dan kawasan-kawasan Rusia. Bahasa-bahasa Turk pula lazim ditutur di kawasan selatan dan timur Eropah. Bahasa Malta ialah satu-satunya bahasa Semitik rasmi di EU, dan bahasa Basque ialah satu-satunya bahasa terpencil di Eropah.
Agama di Eropah
Agama Kristian ialah agama kebanyakan masyarakat Eropah di dunia, dengan 76.2% penduduk Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai beragama Kristian.[5] Agama Islam dianuti oleh kira-kira 6% masyarakat benua, lazimnya di kawasan Balkan dan timur Eropah.[6] Agama Buddha ialah agama majoriti di republik Kalmykia, Rusia. 18.2% daripada masyarakat Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai tidak beragama, agnostik atau ateis.[7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Barry, Michael (1999). L’Europe et son mythe : à la poursuite du couchant (dalam bahasa Perancis). Revue des deux Mondes. m/s. 111. ISBN 978-2-7103-0937-6.
- ^ Jonathan Daly (2013). The Rise of Western Power: A Comparative History of Western Civilization. A&C Black. m/s. 7–9. ISBN 978-1-4411-1851-6.
- ^ Microsoft Encarta Online Encyclopaedia 2007. Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2009. Dicapai pada 27 December 2007.
- ^ Language facts – European day of languages, Council of Europe. Dicapai pada 30 Julai 2015.
- ^ "Regional Distribution of Christians: Christianity in Europe". Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2011. Dicapai pada 22 February 2015.
- ^ "The Global Religious Landscape: Muslims". pewforum. 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.
- ^ "Religiously Unaffiliated". Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2012. Dicapai pada 22 February 2015.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Eropah di Wikimedia Commons
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.