Negara asal | Sweden |
---|---|
Diperkenalkan | 1996 |
Jenis | Jujukan Diimbas Secara Elektronik Aktif (AESA) mod-pelbagai radar denyutan-Doppler |
Frekuensi | Band S |
Jarak | 450 km |
Altitud | > 20 km (> 65,000 kaki) |
Azimuth | 150° pada setiap sisi |
Sistem radar Erieye adalah sebuah Sistem Kawalan dan Amaran Awal Udara (AEW&C) yang dibangunkan oleh Saab Electronic Defence Systems (dulunya Ericsson Microwave Systems) dari Sweden. Ia menggunakan teknologi jujukan diimbas secara elektronik aktif (active electronically scanned array-AESA). Erieye digunakan pada pelbagai platform pesawat seperti Saab 340 dan Embraer R-99. Baru-baru ini ia telah dipasang pada pesawat Bombardier Global 6000 dan diberi nama GlobalEye.
Erieye Ground Interface Segment (EGIS; jangan dikelirukan dengan sistem tempur Aegis) merupakan komponen perisian utama yang digunakan oleh sistem Erieye.
Radar ini memberi litupan 300 darjah dan memiliki jarak sejauh 450 km dan jarak pengesan sejauh 350 km dalam persekitaran peperangan elektronik—dalam kawalan radar yang tinggi dan altitud sasaran rendah. Selain itu, radar ini juga boleh membezakan sekutu atau musuh, dan mod pengawasan laut.
Sistem Erieye boleh dioperasikan sepenuhnya dengan sistem kawalan dan arahan pertahanan udara NATO.
Sejarah
Pada tahun 1985, Ericsson Microwave Systems telah diberi kontrak oleh Pentadbiran Peralatanan Pertahanan Sweden yang mana kemudian menghasilkan radar PS-890 Erieye AEW. Pada tahun yang sama, sebuah antena jujukan fasa dua-sisi olok telah diuji pada sebuah pesawat berenjin kembar, Fairchild Metro. Pada tahun 1987, pesawat Metro telah dipasang dengan sistem radar untuk ujian penerbangan. Pengeluaran radar bermula pada tahun 1993 diikuti dengan satu tempahan untuk enam buah radar kepada Tentera Udara Sweden untuk dipasang pada pesawat Saab 340. Dua buah radar pertama telah diserahkan pada tahun 1996. The name Erieye is short for Ericsson eye.
Pembangunan
GlobalEye terdiri dari satu sut penderia yang menggunakan sistem radar dan misi Erieye ER (Extended Range), dipasang pada jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global 6000.[1]
Pengguna
- Tentera Udara Greece — Saab 340, Embraer R-99/EMB-145H
- Tentera Udara Mexico — Embraer R-99
- Tentera Udara Pakistan — Saab E-2000
- Tentera Udara Diraja Arab Saudi — Saab E-2000[2][3]
- Tentera Udara Sweden — Saab 340
- Tentera Udara Diraja Thailand — Saab 340
- Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu — Saab 340,[4] Global 6000[5]
Kegunaan
- Embraer R-99 (EMB-145)
- GlobalEye, AEW&C solution on the Bombardier Global 6000
- Saab 340 AEW&C
- Saab 2000
- Fairchild Swearingen Metroliner (trials)
Rujukan
- ^ "Saab launches GlobalEye multi-role airborne surveillance system". Airforce Technology. 17 February 2016.
- ^ "Sweden initiates military cooperation with Saudi Arabia" (dalam bahasa Swedish). Aftonbladet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Royal Saudi Air Force Saab 2000 Erieyes Now in Service". Tangent Link.
- ^ Saab signs contract with United Arab Emirates for airborne surveillance system
- ^ "UAE, Saab Strike $1.27 Billion Erieye Deal - Dubai Air Show 2015 content from Aviation Week". Aviation Week.
Pautan luar
- "Erieye AEW&C - A Complete Airborne Surveillance System". Saab Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-04. Dicapai pada 2015-04-22.
- "Erieye AEW&C Mission System" (PDF). Saab Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-02-16.
- "SAAB 2000 Erieye AEW&C system" (pdf). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-14.
- "HES-21 ESM/ELINT and self protection". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-26.
- "IDAS/CIDAS integrated self-protection suite". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25.
- "9Airborne C2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-02.