Kabar Era Pakatan merupakan akhbar tabloid yang diterbitkan di Malaysia. Ketua Pengarang 2 ialah Mat Zahari Ali. Beliau pernah bertugas sebagai editor Harakah web TV dan editor Berita Suara Keadilan.
Dirampas
Pada 23 Mei 2010,3,000 naskah akhbar tabloid Era Pakatan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Selangor dan Perak.
Akhbat itu dirampas kerana kebanyakan isu yang ketengahkan membabitkan beberapa skandal yang membabitkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN. Isu yang di bongkar tidak terdapat dalam media-media lain, apatah lagi media arus perdana.
En Abdul Razak Abdul Talib dari bahagian penerbitan permit memberitahu Mat Zahari bahawa Era Pakatan tiada permit. Moke-up tak sama dengan KEP yang ada di pasaran. Urusan merampas akhbar tabloid itu adalah bidang kuasa bahagian penguatkuasa bukan di bahagian permit.[1]
Rujukan
- ^ "KDN rampas lebih 3,000 naskah Era Pakatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-28. Dicapai pada 2010-05-24.