Holometabola Julat zaman: Mississippi[1]
Jam molekul memberi indikasi kemungkin susur galur terawal pada tempoh | |
---|---|
Panorpa communis, sejenis serangga jengking (order Mecoptera) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
(tanpa pangkat): | Eumetabola |
(tanpa pangkat): | Holometabola Burmeister, 1835 |
Orders | |
Lihat teks | |
Sinonim | |
Endopterygota Sharp, 1898 |
Holometabola (daripada bahasa Yunani Purba holo- "lengkap" + metabolḗ "perubahan"), juga dikenali sebagai Endopterygota (daripada endo- "dalam" + ptéryg- "sayap" + bahasa Neo-Latin -ota "(bentuk akhiran) mempunyai"), ialah sejenis klad supraorder serangga dalam infrakelas Neoptera yang melalui peringkat larva, pupa dan dewasa yang tersendiri. Serangga jenis ini menjalani metamorfosis radikal, dengan peringkat larva dan dewasa berbeza dengan ketara dari segi struktur dan tingkah laku mereka. Hal ini juga dikenali sebagai holometabolisme, atau metamorfisme penuh.
Evolusi
Holometabola merupakan superorder serangga yang paling tinggi kepelbagaiannya, dengan lebih 1 juta spesies hidup yang terbahagi kepada 11 order yang mengandungi serangga seperti rama-rama, lalat, kutu, lebah, semut dan kumbang.[2]
Fosil holometabola terawal berasal daripada tempoh Karboniferus.[3]
Holometabola kadangkala terbahagi kepada tiga kelompok besar iaitu: Neuropterida (Neuroptera, Megaloptera, Raphidioptera, Strepsiptera dan Coleoptera), Hymenopteroida (Hymenoptera), dan Panorpida (Siphonaptera, Diptera, Trichoptera, Lepidoptera dan Mecoptera).
Analisis molekul telah menjelaskan filogeni kumpulan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam kladogram berikut.[4]
Holometabola |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keterangan
Endopterygota berbeza dengan Exopterygota dari segi cara sayapnya berkembang. Endopterygota (harfiahnya "bentuk sayap dalaman") mengembangkan sayap di dalam badan dan menjalani metamorfosis rumit yang melibatkan peringkat pupa. Exopterygota ("bentuk sayap luar") mengembangkan sayap di luar badan mereka dan tidak melalui peringkat pupa. Sifat untuk kumpulan terkemudian tersebut juga dikenali sebagai plesiomorf, namun ia juga terdapat dalam kumpulan seperti Odonata (pepatung dan belalang jarum) yang bukan Neoptera, tetapi lebih asas dalam kalangan makhluk serangga.
Lihat juga
- Morfologi serangga
- Holometabolisme
Rujukan
- ^ Wang, Y.-h. et al. Fossil record of stem groups employed in evaluating the chronogram of insects (Arthropoda: Hexapoda). Sci. Rep. 6, 38939; doi:10.1038/srep38939 (2016).
- ^ Rolf G. Beutel; Hans Pohl (2006). "Endopterygote systematics – where do we stand and what is the goal (Hexapoda, Arthropoda)?". Systematic Entomology. 31 (2): 202–219. doi:10.1111/j.1365-3113.2006.00341.x.
- ^ A. Nel; P. Roques; P. Nel; J. Prokop; J. S. Steyer (2007). "The earliest holometabolous insect from the Carboniferous: a "crucial" innovation with delayed success (Insecta Protomeropina Protomeropidae)". Annales de la Société Entomologique de France. 43 (3): 349–355. doi:10.1080/00379271.2007.10697531.
- ^ Kjer, Karl M.; Simon, Chris; Yavorskaya, Margarita; Beutel, Rolf G. (2016). "Progress, pitfalls and parallel universes: a history of insect phylogenetics". Journal of the Royal Society Interface. 13 (121): 121. doi:10.1098/rsif.2016.0363. PMC 5014063. PMID 27558853.