Monarki Habsburg merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh dinasti Habsburg dari Austria, dan kemudian diikuti oleh dinasti Habsburg-Lorraine, antara tahun 1745 dan 1867/1918. Ibukotanya adalah Vienna (bermula pada tahun 1583 sehingga tahun 1611 di Praha). Bermula pada tahun 1804 sehingga 1867, monarki ini dikenali sebagai Empayar Austria dan dari 1867 sehingga 1918 sebagai Empayar Austria-Hungary.
Nama
[sunting | sunting sumber]Monarki ini tidak mempunyai nama rasmi. Beberapa nama yang digunakan termasuk:
- Monarki Habsburg (Habsburgermonarchie)
- Empayar Habsburg (Habsburgerreich)
- Tanah Keturunan Habsburg/Austria (Habsburgische/Österreichische Erblande)
- Monarki Austria (Österreichische Monarchie)
- Monarki Danube (Donaumonarchie)
Asal usul dan perluasan
[sunting | sunting sumber]Keluarga Habsburg berasal daripada istana kota Habsburg yang kini terletak di negara Switzerland, dan selepas tahun 1279 memerintah di Austria ("Tanah Keturunan Habsburg"). Keluarga Habsburg mula menonjol di Eropah melalui perkahwinan dan penerimaan perjanjian oleh Maharaja Maximilian I di Kongres Vienna Pertama pada tahun 1515.
Selepas mangkatnya Lajos II dari Bohemia dan Hungary dalam Pertempuran Mohács menentang Turki Uthmaniyyah pada tahun 1526,[2] ipar lelaki baginda Ferdinand dari Austria telah dipilih sebagai Raja Bohemia dan Hungary seterusnya.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Smoldering Embers: Czech-German Cultural Competition, 1848–1948" by C. Brandon Hone. Utah State University.
- ^ "Czech Republic - Historic Centre of Prague (1992)" Heindorffhus, August 2007, HeindorffHus-Czech Diarkibkan 2007-03-20 di archive.today.
- ^ "Ferdinand I". Encyclopædia Britannica.
- Sumber utama
- Robert John Weston Evans (1979). The Making of the Hapsburg Monarchy, 1550-1700: An Interpretation. Oxford University Press. ISBN 0-19-873085-3.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari November 2016
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Sejarah Croatia
- Sejarah Hungary
- Sejarah Slovakia
- Sejarah Serbia
- Sejarah Austria
- Sejarah Romania
- Sejarah Republik Czech
- Sejarah Bosnia dan Herzegovina