Empangan hidroelektrik Mingachevir | |
---|---|
Nama rasmi | (Azeri: Mingəçevir Su Elektrik Stansiyası ) |
Negara | Azerbaijan |
Lokasi | Mingachevir |
Status | Di bawah pembinaan |
Pembinaan bermula | 1945 |
Tarikh pembukaan | 1954 |
Pemilik | Azərenerji |
Empangan dan limpahan | |
Jenis empangan | Tanah |
Tampungan | Sungai Kura |
Ketinggian | 80 m |
Panjang | 1,550 m |
Takungan | |
Jumlah muatan | 15.73 km3 |
Muatan aktif | 9 km3 |
Kawasan permukaan | 605 km2 |
Panjang maksimum | 70 km |
Stesen janakuasa | |
Nama | Empangan hidroelektrik Mingachevir |
Pengendali | Azərenerji |
Tarikh mula operasi | 1954 |
Turbin | 6 x 70 MW jenis Francis |
Muatan dipasang | 420 MW |
Empangan hidroelektrik Mingachevir (Azeri: Mingəçevir Su Elektrik Stansiyası ) ialah sebuah empangan hidroelektrik di Mingachevir, Azerbaijan. Iu ialah stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di Sungai Kura, serta Azerbaijan dan Kaukasus. Tujuan empangan adalah pengeluaran tenaga hidroelektrik dan simpanan air untuk pengairan. Ia telah dibina antara 1945 dan 1953 semasa era Soviet.[1]
Empangan ini dibina daripada bahan tanah, panjangnya kira-kira 1,550 meter, dan tingginya 80 meter. Takungan adalah 605 kilometer persegi dan mampu menampung 15.73 kilometer padu air. Jumlah muatan kuasanya ialah 420 megawatt dan adalah stesen janakuasa hidro terbesar di Azerbaijan. 6 set janakuasa merangkumi 6 turbin jenis Francis dengan bersaiz 70 megawatt sebuah.[2]
Rujukan
- ^ "Energy production" (dalam bahasa Inggeris). AzerEnerji. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2015. Dicapai pada 12 Mac 2015.
- ^ "Hydroelectric Plants in the CIS - other countries" (dalam bahasa Inggeris). IndustCards. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2009. Dicapai pada 12 Mac 2015.