"Ekspres Rakyat" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Kembara | ||||
daripada album Kembara | ||||
Dilancarkan | Januari 1982 | |||
Dirakamkan | 1981 | |||
Format | ||||
Genre | Country, folk rock | |||
Panjang | 4:35 | |||
Syarikat | PolyGram | |||
Penulis | M. Nasir, S. Amin Shahab | |||
Penerbit | M. Nasir, S. Amin Shahab | |||
Kronologi single Kronologi single Kembara | ||||
| ||||
|-
! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
|- | colspan="3" |
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Ekspres Rakyat"[a] ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan pop Singapura, Kembara, dikeluarkan pada 1982 sebagai single kedua dari album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album.[1] Ia ditulis dan digubah oleh M. Nasir dan S. Amin Shahab. Lagu ini mendapat anugerah khas di Pesta Lagu-lagu Pop Asean yang berlangsung di Bangkok, Thailand.[2]
Penulisan
Berdurasi selama 4 minit dan 35 saat, "Ekspres Rakyat" ialah lagu hasil nukilan sepenuhnya oleh M. Nasir dan S. Amin Shahab.
Kritikan
Menurut Faisal Khan Suratee dalam satu surat yang dikirim kepada Berita Harian Singapura untuk Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) bertarikh 27 Mac 1982, "Ekspres Rakyat" ialah sebuah lagu yang "ternyata berbau komersil".[3] Pegawai Perhubungan Awam SBC ketika itu, V.S. Sundram memberi maklum balas dengan mengatakan lagu itu disiarkan untuk tujuan hiburan sahaja.[4]
Keluaran
"Ekspres Rakyat" dikeluarkan pada Januari 1982 sebagai single kedua Kembara untuk album studio pertama mereka selepas single pertama, "Hati Emas".[1] Lagu ini menerima Anugerah Istimewa di Pesta Lagu-lagu Pop Asean yang berlangsung pada 29 November 1982 di Bangkok, Thailand.[2][5] M. Nasir bagaimanapun mengatakan "Ekspres Rakyat" diterbitkan bukan untuk dipertandingkan. Namun lagu itu layak dipertandingkan selepas memperolehi markah.[2]
Senarai runut
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Ekspres Rakyat" | 4:35 | |
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
1982 | Pesta Lagu-lagu Pop Asean | Anugerah Istimewa | "Ekspres Rakyat" | Menang | [2] |
Catatan
- ^ Kadangkala ditulis sebagai "Ekspress Rakyat" dan "Express Rakyat".
Rujukan
- ^ a b "Ekspress Rakyat dijangka popular". Berita Harian Singapura. 13 Januari 1982. m/s. 5. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ^ a b c d "Kembara menang Anugerah Istimewa". Berita Harian. 5 Disember 1982. Dicapai pada 22 April 2011 – melalui Prahara Seni.
M. Nasir tidak menjangka lagu Ekspres Rakyat akan mendapat anugerah.
- ^ "Ekspres Rakyat berbau komersil". Berita Harian Singapura. 27 Mac 1982. m/s. 4. Dicapai pada 31 Ogos 2015.
- ^ "Ekspres Rakyat hanya utk hiburan". Berita Harian Singapura. 17 April 1982. m/s. 4. Dicapai pada 31 Ogos 2015.
- ^ Haron Abdul Majid (28 November 1982). "Kembara wakili Singapura". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 30 Ogos 2015.