Ekdisis (daripada Bahasa Yunani Kuno: ἐκδύω – ekduo – menanggalkan[1]) merupakan peluruhan kulit ari bagi kebanyakan invertebrata. Proses peluruhan ini merupakan ciri penentuan klad Ecdysozoa,[2] yang terdiri daripada artropod, nematod, cacing baldu, cacing bulu kuda, rotifer, tardigrad, dan Cephalorhyncha.[3] Memandangkan kulit ari haiwan ini selalunya membentuk rangka luar yang tidak anjal, ia terpaksa digugurkan ketika pembesaran untuk digantikan oleh litupan yang lebih besar.[2]
Istilah untuk kutikel atau kulit ari yang ditanggalkan ialah exuviae.[4]Selepas proses ekdisis, arthropod dipanggil teneral; berwarna pucat dan berbadan lembut.[4]
Rujukan
- ^ Liddell & Scott (1889). An Intermediate Greek-English Lexicon. Oxford: Clarendon Press.
- ^ a b John Ewer (2005). "How the ecdysozoan changed its coat". PLoS Biology. 3 (10): e349. doi:10.1371/journal.pbio.0030349. PMC 1250302. PMID 16207077.
- ^ O. Erik Tetlie, Danita S. Brandt & Derek E. G. Briggs (2008). "Ecdysis in sea scorpions (Chelicerata: Eurypterida)". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 265 (3–4): 182–194. doi:10.1016/j.palaeo.2008.05.008.
- ^ a b Admin (10 November 2021). Ekdisis Pada Manusia, Proses dan Contohnya Bisnissatu. Dicapai pada 14 November 2021.