Ibu pejabat di Jementah, Segamat | |
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | MYX: 5337 |
| Industri | Pemborong dan peruncitan |
| Ditubuhkan | September 2002 |
| Pengasas | Dato’ Sri Lee Kar Whatt |
| Ibu pejabat | Segamat, Johor, Malaysia |
| Bilangan lokasi | 371 cawangan[1] (2025) |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| Hasil | RM 2.787 bilion[1] (2025) |
| Bilangan kakitangan | 8,485[1] (2025) |
| Anak syarikat | eco•plus eco•bakery |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Eco-Shop (digayakan sebagai eco•shop) merupakan sebuah syarikat rangkaian kedai menjual barangan peralatan rumah, makanan, minuman, mainan, dan sebagainya di Malaysia. Syarikat ini terkenal kerana semua produknya hanya ditetapkan pada kadar RM 2.60 setiap satu barangan.[2] Setakat tahun kewangan 2025, Eco-Shop mengendalikan 371 cawangan di seluruh negara.[1]
Sejarah
Pada bulan Mei 2002, Dato’ Sri Lee Kar Whatt bersama-sama ahli keluarganya dan Pang Kueh Khim membuka Kedai Ekonomi Hari-Hari di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lama selepas itu, beliau menutup kedai tersebut dan merancang membangunkan Eco Shop Marketing pada bulan September 2003 bersama adiknya Lee Tiong Bin, Kueh Khim, dan seorang pelabur selaku pihak ketiga. Kemudian, mereka membuka kedai RM 2 pertama di Gemas Baru, Johor pada tahun yang sama.[3]
Pada tahun 2010, syarikat tersebut mewujudkan ibu pejabat dan kemudahan gudang baharu mereka di Jementah, sebuah pekan kecil di Segamat, Johor.[4] Eco-Shop meraikan pembukaan cawangannya yang ke-100 pada tahun 2018 di Gombak, Selangor dan yang ke-300 pada tahun 2024 di Nu Sentral, Kuala Lumpur.[5]
Kewangan
| Tahun | Hasil (RM bilion) |
Keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (RM juta) |
Jumlah tenaga kerja | Jumlah cawangan |
|---|---|---|---|---|
| 2022 | 1.574 | 26.958 | - | 227 |
| 2023 | 1.99 | 104.951 | 6,656 | 240 |
| 2024 | 2.404 | 177.28 | 7,420 | 297 |
| 2025 | 2.786 | 205.034 | 8,485 | 371 |
Galeri
-
Cawangan Eco-Shop dan Eco-plus di Seremban
-
Cawangan di AEON Taman Maluri
-
Cawangan di Mersing
-
Cawangan di Sri Petaling
Rujukan
- ^ a b c d e "2025 Annual Report" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2025.
- ^ "Eco-Shop naik harga mulai 14 April 2025". eCentral. 17 Mac 2025.
- ^ "Corporate Information" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2025.
- ^ "About Us" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2025.
- ^ "Eco-Shop hits major milestone with 300th opening store". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2025.
- ^ "Financial Information" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2025.
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.









