Duri muncung | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Siluriformes |
Keluarga: | Ariidae |
Genus: | Osteogeneiosus Bleeker, 1846 |
Spesies: | O. militaris
|
Nama binomial | |
Osteogeneiosus militaris (Linnaeus, 1758)
| |
Sinonim | |
|
Duri muncung (Osteogeneiosus militaris)[1] ialah spesies ikan duri yang dijumpai di Lautan Hindi dan barat Pasifik dari Pakistan hingga ke Kepulauan Melayu. Ia dijumpai di perairan tawar, payau dan lautan di sepanjang pesisir. Ia membesar sepanjang 35 cm dan ditangkap secara komersil untuk pemakanan manusia. Ia mempunyai sepasang sesungut maksilar tunggal tajam yang kaku.
Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.[2]
Rujukan
- ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). "Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan". Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 19. ISBN 9789834603755.
- ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan