Dustan Endawie Enchana | |
---|---|
Timbalan Ketua Menteri Sarawak | |
Dalam jawatan 1977–1979 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Daniel Tajem |
Presiden Parti Kebangsaan Sarawak ke-2 | |
Dalam jawatan 1974 – Jun 1980 | |
Didahului oleh | Stephen Kalong Ningkan |
Digantikan oleh | James Wong Kim Min |
Ahli Dewan Undangan Sarawak bagi Krian | |
Dalam jawatan 1963–1979 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Malupa, Krian, Saratok, Kerajaan Sarawak | 25 Julai 1937
Mati | 11 April 2014 Saratok, Sarawak, Malaysia | (umur 76)
Parti politik | Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) |
Pasangan | Piling Endawie |
Anak | 5 anak perempuan 3 anak lelaki |
Pekerjaan | Ahli politik, diplomat |
Datuk Amar Dunstan Endawie Enchana (25 Julai 1937 – 11 April 2014) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak, bekas guru dan ahli masyarakat Iban. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1977 sehingga tahun 1979.[1][2] Endawie juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Krian dan presiden parti yang kini dibubarkan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dalam kerjaya politiknya.[2] Beliau juga merupakan ahli beberapa kabinet negeri Sarawak, termasuk tempoh sebagai Menteri negeri untuk Kerajaan Tempatan.[2]
Kerjaya awal politik
Endawie memulakan kerjayanya dalam politik Sarawak semasa zaman penjajahan British.[1] Pada tahun 1963, beliau menjadi menteri kabinet negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Stephen Kalong Ningkan. Endawie menjadi Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada tahun 1970, jawatan yang dipegang sehingga Jun 1980. Di bawah kepimpinan Endawie, SNAP menjadi ahli Barisan Nasional pada tahun 1976.[2] Endawie juga mengambil beberapa tokoh yang ketara ke dalam SNAP, termasuk Daniel Tajem, bekas Naib Presiden SNAP, yang Endawie memujuk untuk menyertai politik pada tahun 1968.[2] Dunstan Endawie berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari 1976 hingga 1979 di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sarawak ke-3, Abdul Rahman Ya'kub.[1][2][3]
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand
Endawie memasuki ke dalam bidang diplomatik selepas bersara daripada politik. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand.[1] Endawie adalah etnik Iban pertama untuk menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara lain.[3]
Kematian
Dunstan Endawie meninggal dunia pada kira-kira 04:00 pagi di Hospital Daerah Saratok pada 11 April 2014, pada usia 76.[2] Endawie, yang merupakan seorang penduduk Letong Sawa, Saratok, meninggalkan seorang isteri, Datin Amar Piling Endawie, dan lima anak.[2][3] Pengebumian beliau telah diadakan pada 18 April 2014, di Taman Indah di Saratok. Beliau dikebumikan di Perkuburan Saratok Memorial Hill di Bukit Perabun, Saratok.[2]
Rujukan
- ^ a b c d Ji, Yu (11 April 2014). "Former Sarawak deputy chief minister Dunstan Endawie dies at 79". The Star (Malaysia). Dicapai pada 6 Mei 2014.
- ^ a b c d e f g h i "Former DCM Dunstan Endawie passes on at 78". Borneo Post. 12 April 2014. Dicapai pada 6 May 2014.
- ^ a b c Valentine, TS (12 April 2014). "Former DCM Dunstan Endawie dies aged 77". New Sarawak Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 6 Mei 2014.
Pautan luar
- The Borneo Insider: The passing of a dream: Dunstan Endawie (dalam bahasa Inggeris)