Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot atau Dublin Unting (1953-2009) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan ADUN Batang Ai selama empat penggal (1991-2009). Kematian beliau ketika menyandang jawatan ADUN menyebabkan Pilihan raya kecil Batang Ai 2009 dijalankan.
Datuk Dublin Unting Ingkot | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Batang Ai | |
Dalam jawatan 1991–2009 | |
Didahului oleh | Mikai Mandau |
Digantikan oleh | Malcom Mussen Lamoh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1956 |
Meninggal dunia | 24 Februari 2009 (53 tahun)[1] |
Parti politik | Parti Rakyat Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Peribadi
Beliau berkahwin dengan Datin Froline Moriah Demies Impoi pada 1998 dan sehingga tahun 2009, mereka mendapat 3 orang anak, iaitu Damian, 11, Deandra Faith, lapan, dan Dillion Abit, lima tahun.[2]
Bidang politik
Beliau menjadi timbalan menteri pertanian negeri (Penyelidikan dan Koordinasi), beliau menewaskan pencabarnya Nicholas Bawin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di dalam pilihan raya Negeri Sarawak 2006.