Kau Yang Terindah | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Kau Yang Terindah nyanyian Alyah |
Lagu penutup | Kau Yang Terindah nyanyian Alyah |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | |
Siaran asal | 6 Ogos 2012 – 20 September 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dejavu di Kinabalu |
Diikuti oleh | Julia |
Kau Yang Terindah merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Neelofa, Hafil Andrio Putra dan Nazim Othman, Emma Maembong. drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 6 Ogos 2012 hingga 20 September 2012 menggantikan Dejavu di Kinabalu.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 & Drama Sangat.[1] [2]
Sinopsis
Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisha (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisha. Hari demi hari, Alisha telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisha. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisha tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Shamil (Nazim Othman). Kapten Shamil amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.[3]
Pelakon
Pelakon Utama
- Neelofa sebagai Zara Alisha
- Hafil Andrio Putra sebagai Firman
- Nazim Othman sebagai Shamiel
Memperkenalkan
- Emma Maembong sebagai Munirah
- Hafiz Shafie sebagai Akmal Hafiz
Penampilan Khas
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Johan
Pelakon Pembantu
- Azizah Mahzan sebagai Izatul Shafiqah
- Rahim Jailani sebagai Faikhullah
- Eirma Fatima sebagai Bibik Mira
- Heri Aszmo sebagai Malek
- Capt Mohd Nor sebagai Zamrud
- Theera Alias sebagai Ila
- Haniff Karamdin sebagai Rudy
- Marina Jose sebagai Zozo
- Mira Amnas sebagai Rona
- Nur Jannah sebagai Shida
- Fareth Agang sebagai Hisham
- Jay Iswazir sebagai Mario
- Rozie Othman sebagai Marina
- Aleza Shadan sebagai Noraini
- Sharifah Nadia sebagai Zetty
- Miera Leyana sebagai Thea
Rujukan
- ^ Kau Yang Terindah (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ Kau Yang Terindah (2012): Episod Penuh. YouTube. Drama Sangat. Dicapai pada 16 Disember 2020.
- ^ "Sinopsis Drama Kau Yang Terindah". Budiey.com. Dicapai pada 2012-09-23.