Azuraida Shahadan | |
---|---|
Kelahiran | Kuala Lumpur Malaysia | 6 Ogos 1984
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | California State University Fullerton
University of Pittsburgh Harvard University University Malaya |
Pekerjaan | Author dan Pakar Terapi Minda (Mind Strategist) |
Terkenal kerana | Mencipta Peranti Kesihatan Minda The Mind Tune |
Karya | Rahsia Kuasa Minda, Hukum Daya Tarik, Panduan Unggul Ubah Hidup |
Pasangan | Ir Hj Dato Mohd Nazrin Ridhwan |
Azuraida Shahadan (Jawi: أزورايدا شهدان; lahir 06 August 1984), lebih dikenali sebagai Dr Azu Shahadan atau Dr Inspirator, adalah seorang Professor Adjung [1], Pakar Motivasi Malaysia / International Motivator [2], Hos TV (pengacara) , Author/ Penulis Buku [3] , Ahli Perniagaan [4] [5], Pencipta Inovasi Minda [6] [7] ,pempengaruh media sosial dan mantan guru serta pensyarah. Kebanyakan modul dan buku-bukunya berkonsep self guide, "Hukum Daya Tarik" dan "Rahsia Kuasa Minda" telah melonjakkan beliau dalam bidang kesihatan mental di Malaysia [8] walaupun ramai yang tidak mengetahui kemunculan beliau di kaca tv dan radio semenjak tahun 2018 melalui slot mingguan TV1 Aura & Minda serta slot harian Radio; Motivasi d'Klasik, Aura Zayan, dan Ilmu & Islam Bernama Radio. Dr Azu juga merupakan pencipta bagi Peranti Pemprograman Minda, The Mind Tune [1].
Darjah Kebesaran & Pengiktirafan
Darjah Seri Melaka
Darjah Seri Melaka merujuk kepada anugerah kebesaran kelima tertinggi yang diberikan kepada individu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negeri Melaka. [9]
Pada 25 Ogos 2025, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka diadakan sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Dr Azuraida Shahadan merupakan salah seorang penerima Darjah Seri Melaka untuk sesi ketiga. Turut menerima Darjah Seri Melaka ialah Dato’ Dr. Zuraidi Ishak, Ketua Komunikasi dan Media Pejabat Ketua Menteri Melaka, Habib Ali Zainal Abidin (penerima tahun 2024) dan Hashim Anang, Pengurus Kanan Karangkraf [10]
Inovasi & Penciptaan
Peranti Minda The Mind Tune
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), mendedahkan tiga daripada setiap 10 orang dewasa berusia 16 tahun dan ke atas di negara ini akan menderita masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Azuraida Shahadan, antara faktor berlakunya masalah mental dalam kalangan orang ramai ialah cara berfikir (set minda) yang tidak tepat, dan pada tahun 2021, Dr Azu telah menginovasikan satu peranti yang digunakan untuk memprogramkan semula minda separa sedar dikenali sebagai The Mind Tune.[11] . Peranti minda The Mind Tune telah diiktiraf sebagai Peranti Kesihatan Minda Keluarga Malaysia oleh Menteri Wilayah Persekutuan semasa berlakunya Pendamik Covid. [12] Peranti ini mampu membantu memprogramkan semula minda separa sedar menukar kesedihan kepada kebahagiaan, kegagalan kepada kejayaan dan membantu mengurangkan masalah stress tekanan kegelisahan kemurungan atau masalah tidur.[13]
Kontroversi
Aktiviti Kemanusiaan ke Syria
Pada akhir Disember 2019, Dr Azu bertolak ke Syria untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana dalam misi bantuan musim sejuk di Turki, Syria dan Labenon [14] . Misi ini dijalankan bersama NGO Serantau Muslim yang diketuai oleh pengerusinya, Hakim Mohd Nor [15] . Dalam misi ini, beliau bersama dua orang sukarelawan Serantau Muslim termasuklah Penceramah Bebas, Ustazah Isfadiah Dasuki, Parenting Expert Dr Taufiq Razif, Pempengaruh Sosial Media Afnan Rosli dan jurugambar Faeiz Azhar. Melalui misi ini, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM3 Juta Ringgit dan Dr Azu mengeluarkan senaskah buku mengenai perjalanan serta pengalaman mereka ke Syria berjudul "Selimut Untuk Asma".[16]
Walau bagaimanapun, satu siasatan telah dibuat ke atas NGO tersebut dan mendapati wang dana berjumlah kira-kira RM26 juta[17] yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai digunakan untuk tujuan peribadi. Isu ini mendapat perhatian ramai dan menjadi tular di Malaysia, namun, Dr Azu dan Tuan Afnan Rosli dikatanya tidak tersabit dalam kes ini [18] kerana sejurus pulang daripada misi pada tahun 2020, mereka mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti Serantau Muslim.
Program Ajaran Songsang EHati
Pada June 2025 telah tular mengenai satu program motivasi berasaskan ajaran sesat dan pengaruh ganja sintetik yang diketuai oleh Diyana Nasir [19]. Program motivasi ini disifatkan sebagai program motivasi ‘terlampau’ yang melanggar syariat Islam, dengan pelbagai aktiviti yang melampaui batas etika dan agama [20]. Program ini menyasarkan individu yang ingin memperbaiki diri, tetapi sebaliknya memperkenalkan amalan songsang bertopengkan “motivasi rumah tangga”. Dalam isu yang tular tersebut, nama Drazu Academy telah dikaitkan terlibat kerana rancangan penganjuran program Ladies Retreat yang dikatakan diketuai oleh seorang coach serta peserta Ehati, Wani Hamdan yang mencadangkan kolaborasi empat bulan sebelum tukarnya Isu EHati. Walau bagaimanapun satu kenyataan rasmi, Dr Azu menolak sepenuhnya [21] penglibatan beliau dalam program tersebut, membatalkan program Ladies Retreat dan menyatakan bahawa telah serta merta menamatkan hubungan kolaborasi dengan Coach Wani Hamdan melalui Podcast Bunga Besi yang menjemput Dr Azu sebagai panel tetap untuk bersiaran setiap minggu. Dr Azu menyatakan bahawa beliau akan lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerjasama di masa hadapan dan akan bekerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Malaysia AADK dalam membantu isu ini kerana percaya ada unsur kerosakan minda melalui Air Piya yang diberikan kepada peserta EHati.
Hasil Karya dan Terbitan (Buku)
Hasil Karya & Terbitan | Tahun |
---|---|
How to Deal with Self Sabotage Habits (Versi Bahasa Melayu) | 2025 |
Rahsia 4 Juta Followers Zarul Hafiz (bersama Zarul Hafiz) | 2025 |
Rahsia Wanita (bersama Dr Azimah Aziz) | 2025 |
How to Deal with Self Sabotage Habits | 2024 |
Rahsia Kuasa Minda | 2024 |
Healing: Wisdoms From the Quran | 2024 |
Nota Semangat: Healing Sampai Pagi | 2024 |
Umrah DIY (Terbitan) | 2024 |
Rahsia Usahawan Jutawan (Terbitan) | 2023 |
The Heavenly Bride | 2023 |
Book of Manners: Hair is not for Pulling | 2023 |
Book of Manners: Eyes are not for Crying | 2023 |
Book of Manners: Mouth is not for Complaining | 2022 |
Hukum Daya Tarik | 2022 |
The Ultimate Guide to Make Your Dreams Come True | 2022 |
Suria yang Hilang | 2021 |
Adam's Adventure Travelling Western Australia | 2021 |
School Leadership in Malaysia | 2021 |
Panduan Unggul Ubah Hidup Mimpi Jadi Realiti | 2021 |
Selimut Untuk Asma | 2020 |
Jejak Kembara Asli | 2019 |
The Voice: Headmastership in Malaysia | 2018 |
Rujukan
- ^ Shuib, Nor Hatina (2018-05-27). "Tinggal kerjaya pensyarah, tumpu kerja kebajikan". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "Dr. Hjh. Azuraida Shahadan - Jenama Pilihan Majalah Pa&Ma". Jenama Pilihan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ Shahar, Fatin Hafizah Mohd (2018-10-11). "Buku panduan hamil kongsi panduan bakal ibu sambut bayi". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ Hassan, Hadzlan (2023-05-23). "Forum Kazan 2023 kukuh kerjasama Malaysia - Russia". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ ABDULLAH, RABIATUL ADAWIYAH KOH (2021-11-27). "Bangkit selepas 12 tahun menderita". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "Peranti Mind Tune mahu bantu 200 individu bermasalah - Malaysiapost". Malaysiapost (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-01. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ Development, PodBean. "Kisah Inspirasi Sukses - EP9 | Dr Azu Cipta Peranti Minda, The Mind Tune Untuk Hilangkan Stress | Kisah Inspirasi Sukses - SEENI Podcast [BM]". kisah-inspirasi-sukses.podbean.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ Sahabudin, Liana (2025-08-24). "KETUA HAKIM NEGARA DAHULUI SENARAI 331 PENERIMA PINGAT DARJAH KEBESARAN MELAKA". Dicapai pada 2025-08-28.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2025-08-24). "Pengurus Kanan Karangkraf terima anugerah Darjah Seri Melaka". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-08-28.
- ^ ABDULLAH, RABIATUL ADAWIYAH KOH (2021-05-17). "Programkan minda jadi positif". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-07-22.
- ^ ABDULLAH, RABIATUL ADAWIYAH KOH (2021-11-27). "Bangkit selepas 12 tahun menderita". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-07-22.
- ^ "Kisah Inspirasi Sukses - EP9 | Dr Azu Cipta Peranti Minda, The Mind Tune Untuk Hilangkan Stress". Listen Notes (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-06T23:47:47.001000-07:00. Dicapai pada 2025-07-22. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ SHAHADAN, DR AZURAIDA (2020-03-09). "'Tak takutkah Dr Azu masuk Syria?'". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara". Sinar Harian. 2025-02-18. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ HASSAN, MOHD RIDZUAN ABU (2019-12-29). "Kumpul dana RM3 juta untuk bantuan musim sejuk pelarian Syria". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "Op Serantau: Pengerusi NGO di Melaka suspek utama kes seleweng dana RM26 juta". Astro Awani. 2025-06-25. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2025-06-16). "Pengerusi NGO antara 5 ditahan seleweng dana RM26 juta". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ "Cops detain eHati founders after controversial programme". Malaysiakini. 2025-07-15. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ YAKKUB, MOHD YUNUS (2025-07-13). "eHATI motivasi terlampau, memalukan". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-07-16.
- ^ Waniey Channel (2025-07-13), "Isu Program eHati"- DR AZU SHAHADAN NAFI TERLIBAT PROGRAM 'GELI-GELI' SESAMA WANITA, dicapai pada 2025-07-16