Dominan | |
---|---|
Pengarah | Khir Mohd Nor |
Penulis | Mohd Noor Kadir |
Dihasilkan oleh | Mohd Noor Kadir |
Dibintangi | Sidi Oraza Azizah Mahzan Rahim Jailani Intan Azura Ahmad Idham Didie Alias Arash Mohamad |
Sinematografi | Najamul Haq |
Disunting oleh | Mat Bros |
Diedarkan oleh | Kuasatek Pictures |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 124 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | English Malay |
Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Noor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.
Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya. Sementara itu, di dunia yang sederhana, Lokman merahsiakan identiti dirinya sejak mula berkahwin dengan Suraya (Azizah Mahzan). Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya. Suatu hari anaknya Lynn (Intan Azura) mula berminat untuk mencari siapa sebenarnya tokoh korporat Tan Sri Lokman. Lokman terus bersikap endah tak endah dan merahsiakannya daripada isteri dan anak-anaknya termasuk juga syakwasangka yang diberikan terhadapnya dan Liza. Anak-anak dan isterinya mengesyaki Lokman mempunyai hubungan sulit dengan Liza (Rina Khan).
Pelakon
- Sidi Oraza
- Azizah Mahzan
- Rina Khan
- Rahim Jailani
- Intan Azura
- Ahmad Idham
- Didie Alias
- Arash Mohamad
- Umie Aida (penampilan istimewa)