Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sebahagian daripada kategori berkaitan Islam |
Kebudayaan Islam |
---|
Gaya hidup setempat masyarakat Islam |
Busana Muslim |
Hari Kebesaran |
Kesusasteraan |
Muzik |
Pertunjukan |
|
Reka bentuk Seni bina Islam |
|
Seni |
|
Diwani (ديواني) ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip melengkung yang dikembangkan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).
Ia digelar skrip Diwani oleh sebab ia digunakan oleh pihak Uthmaniyah untuk pangkat Diwan dan merupakan salah satu rahsia istana sultan. Peraturan tentang penulisan skrip tidak diketahui orang ramai, tetapi terhad kepada pakar-pakarnya dan anak murid yang pintar. Skrip ini digunakan bagi menulis semua titah perintah, pemberian dana dan resolusi kerajaan sultan.
Jenis
Skrip Diwani dibahagikan kepada dua jenis:
1. Gaya Diwani Riq'a (ديواني رقاع) atau Diwani 'Adi(ديواني عادي), yang tidak memiliki hiasan; garisnya lurus melainkan pada bahagian bawah huruf.
2. Gaya Diwani Jali (ديواني جلي) atau gaya jelas. Tulisan jenis ini dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus dari atas hingga ke bawah. Ia berselang-seli dan dibuat agar kelihatan satu. Huruf-huruf berkait membuatnya sukar dibaca atau ditulis, dan juga sukar ditiru.
Diwani ditandai kecantikan dan keharmonian, hasil karya yang kecil dan tepat dianggap lebih cantik daripada yang besar. Ia masih digunakan dalam persuratan para raja, putera dan presiden, dan pada upacara rasmi serta kad ucapan selamat dan dianggap bernilai tinggi.
Lihat juga
Pautan luar
(Inggeris) Sampel skrip Diwani Diarkibkan 2011-10-06 di Wayback Machine