
Istilah divisyen panzer (Jerman: Panzerdivision) seperti yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris hampir merujuk secara eksklusif kepada divisyen armor (kereta kebal) didalam tentera darat Wehrmacht dan Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Divisyen panzer merupakan elemen utama kejayaan Jerman dalam operasi Blitzkrieg pada permulaan perang. Kemudian Waffen-SS membentuk divisyen panzer, dan juga Luftwaffe meletakkan sebuah divisyen panzer, iaitu Divisyen Para Hermann Goring. Istilah Panzerdivision masih digunakan hari ini didalam Heer dari Bundeswehr (sebagai contoh 1. Panzerdivision). Ia tidak secara automatik dikaitkan dengan unit lama Wehrmacht dalam negara-negara yang bertutur bahasa Jerman.
Sebuah divisyen panzer adalah formasi gabungan tempur, mempunyai kedua-dua kereta kebal (Bahasa Jerman Panzerkampfwagen, "kenderaan tempur berperisai", biasanya dipendekkan kepada "Panzer") dan infantri sebagai komponen organik, berserta dengan aset-aset biasa artileri, meriam anti-pesawat, semboyan, dll. Bagaimanapun, pecahan-pecahan komponen divisyen panzer berubah dari masa ke semasa.
Pembangunan sebelum perang
Heinz Guderian yang mula-mula mencadangkan pembentukan unit-unit panzer yang lebih besar dari rejimen, tetapi telah ditolak oleh inspektor pasukan motoris Otto von Stuelpnagel.[1] Selepas beliau digantikan oleh Oswald Lutz, iaitu mentor Guderian, idea tersebut mendapat banyak sokongan dari Wehrmacht, dan selepas tahun 1933 ia juga disokong oleh Adolf Hitler. Pada 15 October 1935 tiga divisyen panzer yang pertama telah dibentuk.[2] Divisyen 1 Panzer telah dibentuk di Weimar dan diperintah oleh Maximilian Freiherr von Weichs, Divisyen Ke-2 Panzer telah dibentuk di Würzburg dan diperintah oleh Guderian dan Divisyen Ke-3 Panzer telah dibentuk di Berlin dan diperintah oleh Ernst Feßmann.
Kebanyakkan tentera darat lain dalam era tersebut menyusun kereta kebal mereka kepada "briged kereta kebal" yang memerlukan infantri tambahan dan sokongan artileri. Divisyen panzer mempunyai infantri organik mereka sendiri dan bantuan artileri. Ini membawa perubahan dalam doktrin operasi: sebagai ganti kereta kebal membantu operasi yang dibuat pasukan lain, kereta kebal memimpin operasi, dengan pasukan lain membantunya. Semenjak divisyen panzer mendapat sokongan dari pasukan, mereka boleh beroperasi secara bebas daripada unit-unit lain.
Pelengkap kereta kebal
Kekuatan kereta kebal divisyen panzer berubah-ubah di sepanjang perang. Kalah pertempuran, pembentukan unit-unit baru, tenaga bantuan dan kelengkapan musuh yang ditawan, semuanya bermaksud kelengkapan sebenar setiap unit jarang-jarang diketahui. Jadual dibawah menunjukkan kekuatan kereta kebal setiap divisyen mengikut dua tarikh yang diketahui.
Unit | Kereta kebal pada 1 September 1939[3] (Pencerobohan Poland) |
Kereta kebal pada 22 Jun 1941[4] (Pencerobohan KRSS) |
---|---|---|
Divisyen 1 Panzer | 309 | 145 |
Divisyen Ke-2 Panzer | 322 | T/Aa |
Divisyen Ke-3 Panzer | 391 | 215 |
Divisyen Ke-4 Panzer | 341 | 166 |
Divisyen Ke-5 Panzer | 335 | T/Ab |
Divisyen Ke-10 Panzer | 150 | 182 |
Divisyen Panzer Kempf | 164 | T/Ae |
Divisyen Ringan 1 / Divisyen Ke-6 Panzer | 226 | 245d |
Divisyen Ringan Ke-2 / Divisyen Ke-7 Panzer | 85 | 265d |
Divisyen Ringan Ke-3 / Divisyen Ke-8 Panzer | 80 | 212d |
Divisyen Ringan Ke-4 / Divisyen Ke-9 Panzer | 62 | 143d |
Rejimen 25 Panzer | 225 | T/Ae |
Divisyen Ke-11 Panzer | T/Ac | 143 |
Divisyen Ke-12 Panzer | T/Ac | 293 |
Divisyen Ke-13 Panzer | T/Ac | 149 |
Divisyen Ke-14 Panzer | T/Ac | 147 |
Divisyen Ke-16 Panzer | T/Ac | 146 |
Divisyen Ke-17 Panzer | T/Ac | 202 |
Divisyen Ke-18 Panzer | T/Ac | 218 |
Divisyen Ke-19 Panzer | T/Ac | 228 |
Divisyen Ke-20 Panzer | T/Ac | 229 |
a Tidak terlibat dalam Operasi Barbarossa, kapal pengangkut tenggelam semasa membawa Divisyen tersebut (1941).
b Tiba di Barisan Timur selepas Operasi Barbarossa. |
Panji-panji
Divisyen panzer menggunakan panji-panji perang berwarna merah jambu.[5][6][7]
Dalam budaya popular
- Panzer Division is the name of an American power noise/industrial act.
- Pansy Division is a queercore punk band.
- Panzer Division Marduk is a 1999 album by Marduk.
- Swedish metal band Sabaton has few songs on this topic including "Ghost Division" (about the famed 7th Panzer Division under Erwin Rommel) from The Art of War.
- "Panzer Division Destroyed" is a song by British hard rock/heavy metal band Budgie recorded in 1980.
Rujukan
- ^ p.7, Mitcham
- ^ p.9, Mitcham
- ^ Achtung Panzer.com - Polish Campaign accessed May 21, 2008
- ^ Achtung Panzer.com - Operation Barbarossa accessed May 21, 2008
- ^ Image of typical Panzer Division standard:
- ^ "Flags of the Third Reich—see under Herman Goering Panzer Division Flag:". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-12. Dicapai pada 2015-11-08.
- ^ Davis, Brian L. Flags of the Third Reich Oxford, U.K.:2000 Osprey Publishing Page 31 Panzer Division Standard is shown as being colored pink
Bibliografi
- Georg Tessin, Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939–1945, Band 1 Die Waffengattungen-Gesammtübersicht, Osnabrück: Biblio Verlag, 1979. ISBN 3-76481-170-6
- Davies, W. J. K. (1977) [1973]. German Army Handbook 1939–1945 (ed. Second U.S.). New York: Arco Publishing. ISBN 0-668-04291-5.
- Guderian, Heinz (2001) [1952]. Panzer Leader (ed. Da Capo Press Reissue). New York: Da Capo Press. ISBN 0-306-81101-4.
- von Mellenthin, Major General F. W. (1956). Panzer Battles: A Study of the Employment of Armor in the Second World War (ed. First Ballantine Books). New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-24440-0.
- Mitcham, Samuel (2001). The Panzer Legions: A Guide to the German Army Tank Divisions of World War II and Their Commanders. Westport: Greenwood Press. ISBN 978-0-313-31640-1.
- Parada, George (2004). "Panzer Divisions 1940-1945", achtungpanzer.com