Diva | |
---|---|
Pengarah | Sharad Sharan |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Chirantan Das |
Disunting oleh | Suresh Pai |
Muzik oleh | Mithoon Sharma |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Buena Vista Columbia Tristar Films (kini Sony Pictures Malaysia) |
Tarikh tayangan | 28 Jun 2007 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM3.5 juta |
Pecah panggung | RM 213,245 |
Diva ialah sebuah filem drama muzikal Malaysia 2007 arahan Sharad Sharan dengan skrip oleh Sharad dan Vikram Sood.[1][2][3] Ia mengisahkan tentang kehidupan dan masalah peribadi seorang anak Malaysia yang berjaya dalam persada muzik antarabangsa. Dibintangi oleh Ning Baizura, Jeremy Thomas, Awal Ashaari, Adam AF2, Jessica Iskandar, Balkisyh Semundur Khan, AC Mizal, Shenny Andrea, Fauziah Nawi dan Pushpa Narayan, filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2007 dan diterbitkan oleh Astro Shaw, Tarantella Pictures dan Nusantara Pictures.[4][5]
Sinopsis
Kartika (Ning Baizura) ialah seorang diva popular yang berasal dari Malaysia. Dia seorang yang berjaya di-serata dunia dan amat diminati orang jutaan peminat di tanah airnya. Disebalik kejayaan gemilangnya tersembunyi sebuah kisah yang sedih. Di mana sekalipun Kartika berada, semua peminatnya ingin meluangkan masa bersamanya. Dalam situasi ini, Kartika hanya inginkan seorang memahami isi hatinya iaitu ibunya. Ibunya tidak ingin bertemu mahupun berbicara denganya sama sekali.
Kartika telah melarikan diri dari rumah untuk mengejar impiannya demi mencapai kejayaan dan mencari wang bagi keselesaan keluarganya dan sekarang dia telah mencapai segala impiannya. Ibu Kartika tidak mahu mengapuni Kartika kerana adalah sebab untuk menyakiti perasaan dan hati bapanya yang telah meninggal dunia selepas Kartika melarikan diri. Bapa Kartika suatu ketika dahulu pernah memiliki sebuah sekolah muzik tradisional dikampungnya. Bapanya ketika itu telah mempunyai cita-cita untuk Kartika dan anak muridnya yang paling cemerlang iaitu Arman (Jeremy Thomas) untuk menjadikan sekolah itu terkenal di serata dunia. Selain itu, bapanya ketika itu telah berhasrat untuk menjadikan Arman sebagai anak mertuanya.
Kartika yang tidak ingin melihat keluarganya sengsara dan telah mengambil keputusan dengan niat baik untuk pergi ke bandar dan menolong keluarganya. Dengan duit yang akan dicari oleh Kartika, dia pasti ia akan menolong keluarganya untuk hidup selesa. Tetapi, Kartika lupa, yang keputusannya akan menyakiti hati dan menghancurkan harapan bapanya. Ibunya percaya bahawa Kartika adalah penyabab kematian bapanya tidak ingin menerima Kartika sebagai anaknya.
Selepas beberapa tahun sejurus Kartika pulang ke Kuala Lumpur untuk sebuah konsert, ramai berfikir yang kariernya telah berakhir di luar negara dan ada yang lain berpendapat dia mempunyai motif lain di Malaysia. Selepas kejayaan konsertnya di Malaysia, Kartika pulang ke kampungnya untuk memujuk dan meminta ampun daripada ibunya. Akan tetapi usahanya telah gagal untuk memujuk ibunya. Selepas kejadian itu, Kartika pergi bertemu dengan cinta pertamanya, Arman. Arman adalah satu-satunya orang yang pernah dicintai oleh Kartika. Arman yang berhati baik menolong memujuk hati Kartika dan memberitahunya supaya dia kembali dan mengambil alih sekolah ayahnya dan menjadikan hasrat arwah ayahnya tercapai dan ia pasti akan meredakan kemarahan ibunya terhadap Kartika. Arman juga memberitahu yang inilah satu-satunya peluang yang mereka punyai untuk merealisasikan impian yang telah terkubur bersama bapanya.
Dengan hanya dua anak murid dari sekolah bapanya dan dua lagi remaja yang Kartika kenal, dia bermula untuk melatih mereka berempat dengan menggabungkan aspek seni muzik tradisional dengan irama melodi muzik moden. Kartika bukan sahaja memberikan irama rentak yang baru untuk dunia muzik malah menberikan gaya dan harapan kepada dunia muzik dari kumpulan yang baru diwujudkan iaitu JIWA.
Kumpulan JIWA terdiri daripada Idit (Adam AF2), Mera (Jessica Iskandar), Eja (Balkisyh Semundur Khan), dan Jay (Awal Ashaari). Eja yang berasal dari kampung yang sama dengan Kartika sebelum ini pernah berlatih dibawah pimpinan Arman yang dicintainnya. Eja bersikap cemburu terhadap Kartika dan memberikannya pelbagai masalah tanpa mengetahui niat sebenarnya. Selepas album pertama JIWA telah berjaya, kumpulan mereka menjadi bintang baru di arena muzik tanah air. Kesemua mereka daripada kumpulan JIWA tidak pasti mengapa Kartika yang sebegitu popular bertungkus-lumus ingin menjadikan kumpulan mereka paling popular dan berjaya dan tidak tahu yang Kartika hanya mempunyai sedikit sahaja masa lagi untuk hidup di dunia ini. Eja yang amat menyintai Arman, mencemburui Kartika kerana berfikir Kartika hanya iigin menipu Arman untuk mendapatkan nama baik untuk dirinya sendiri daripada kejayaan kumpulan JIWA. Eja yang berkepala keras dan bersifat cemburu untuk membalas dendam terhadap Kartika mendapat peluangnya selepas Idayu dari empayar muzik Zack menawarkan peluang keemasaan untuk kontrak rakaman baru bagi kumpulannya. Eja kini perlu berusaha unutk mencuci fikiran kumpulannya untuk mengambil kontrak tersebut.
Selepas kejayaan album JIWA, Kartika yang sedang sibuk meyiapkan konsert pelancaran JIWA untuk menjadikan imej JIWA dan sekolah ayahnya dikenali di-serata dunia tidak tahu yang rancangannya akan tergendala dan menghadapi masalah yang besar.
Selepas Kartika mendapat tahu bahawa anak-anak muridnya telah berpaling tadah terhadapnya, Kartika telah berputus asa dan tahu yang dia tidak menpunyai masa lagi untuk memujuk muridnya untuk kembali kepadanya. Pada saat inilah rahsianya akan terbongkar kepada seorang kawannya, Rudy (AC Mizal) dan pengurusnya, Siska (Shenny Andrea). Selepas mendapat tahu rahsia Kartika, mereka berjanji untuk menolong Arman dan mencari Kumpulan JIWA dan memujuk mereka untuk kembali ke pangkuan jalan. Kartika pergi ke konsert JIWA dan memberitahu bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan tersebut. Tetapi sebelum Kartika ingin berbuat demikian JIWA akan menjalankan persembahan mereka yang tiada bandingan dalam sejarah muzik tanah air.
Selepas konsert itu, kesemua mereka akan bergegas untuk berjumpa dengan Kartika. Eja dan yang lain berasa malu kerana telah menyalah sangka niat dan hati baik Kartika. Mereka meminta supaya Kartika memaafkan mereka.
Pelakon
- Ning Baizura sebagai Kartika[6]
- Jeremy Thomas sebagai Arman[6]
- Awal Ashaari sebagai Jay[6][7][8]
- Adam AF2 sebagai Idit[6][7][8]
- Jessica Iskandar sebagai Mera[6][7][9]
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Eja[6][7]
- AC Mizal sebagai Rudy[a][6]
- Shenny Andrea sebagai Siska[6]
- Fauziah Nawi sebagai ibu Niken[6]
- Pushpa Narayan sebagai Sasha[6]
Penerbitan
Diva merupakan filem sulung arahan Sharad Sharan, pengarah dan penulis skrip kelahiran India yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengarah siri drama televisyen di Indonesia.[4][10] Ia menggabungkan latar budaya pembikin filem dari tiga negara – barisan pelakonnya dari Malaysia dan Indonesia manakala pengarah dan krew teknikalnya pula dari India.[4][11][12][13]
Menurut Sharad, filem ini mempunyai prospek cerah untuk diterima khalayak memandangkan jalan ceritanya yang menarik.[4] Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, beliau berkata: "Kami cuba mencipta filem untuk tontonan dunia serta penggemar filem Melayu yang tinggal di negara luar,". Skrip filem ini mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan dan telah dirombak sebanyak 22 kali bagi mendapatkan hasil terbaik.[4] Ning Baizura memegang watak Kartika,[14] seorang penyanyi popular yang melarikan diri dari rumah demi mengejar impian dan mencari wang bagi membantu keluarganya.[15] Menurut Ning, skrip filem ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan kisah hidup beliau secara peribadi.[4][16][17] Selain Ning, barisan pelakon lain terdiri daripada pelakon dari Malaysia – Awal Ashaari, Adam AF2, Balkisyh Semundur Khan, AC Mizal, Fauziah Nawi dan Pushpa Narayan, serta pelakon dari Indonesia – Jeremy Thomas, Jessica Iskandar dan Shenny Andrea. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM3.5 juta dan merupakan kos yang paling termahal yang diperuntukkan oleh Astro Shaw. Penggambaran dijalankan pada November 2005 dan pernah tertangguh selama 6 bulan berikutan masalah teknikal. Penggambaran disambung semula pada Julai 2006.[18][19]
Keluaran dan sambutan
Tayangan
Majlis pratonton filem Diva diadakan di Cathay Cineplexes Damansara pada 19 Jun 2007 dan dihadiri oleh barisan pelakon filem ini. Turut hadir ialah pengarahnya, Sharad Sharan dan isterinya, Renu Sharan.[20]
Diva dikeluarkan pada 28 Jun 2007 di Malaysia, Indonesia dan Brunei.[21][22] Ia turut ditayangkan di lapan pawagam di India bermula 23 Julai, manakala tayangan di Singapura bermula pada 2 Ogos.[4][23][24]
Kutipan
Filem ini menjadi kegagalan komersial apabila ia hanya mampu mengumpul kutipan pecah panggung sebanyak RM300,000 dalam tempoh empat hari.[25][26]
Ulasan kritis
Secara keseluruhan, filem ini menerima pelbagai ulasan dariapda pengkritik.[27] Menulis untuk Metro Ahad, Shakilawati Abd Rahman mempunyai pendapat skeptikal mengenai filem ini sambil berkata: "Tidak seindah yang diuar-uarkan, itu yang boleh saya katakan mengenai filem drama muzikal ini".[28] Zainuri Misfar dari Berita Harian dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini menulis: "Biarlah filem Diva nampak macam Hindustan sebab kena menari, menyanyi dan bergaya sakan di atas pentas dengan senyuman yang kelihatan seperti tidak ikhlas. Mungkin itulah sepatutnya cara seorang diva, yang dahagakan kemasyhuran, pujian dan sanjungan".[29] Sharifah Arfah, menulis untuk New Straits Times memuji filem ini secara keseluruhan dan berpendapat bahawa ia mempunyai "sentuhan ajaib Bollywood".[30] Mengulas untuk Berita Minggu, Kak Pora memberi penarafan 3 daripada 5 bintang dan menulis: "Jalan cerita Diva sebenarnya menarik juga tapi skrip dan garapan pengarahnya ada kelemahan di sana sini". Beliau turut memuji persembahan Balkisyh Semundur Khan yang dirasakan "ada potensi jadi pelakon baik satu hari nanti".[31] Mengulas untuk Harian Metro, Hartati Hassan Basri berpendapat bahawa kualiti filem ini kelihatan lemah meskipun membariskan nama besar dalam bidang lakonan.[32] Joe Lee, menulis untuk The Malay Mail memuji plot dan persembahan barisan pelakon filem ini.[33] Beliau turut memuji persembahan Ning dalam filem ini sambil berkata: "...Boleh dikatakan Ning Baizura Hamzah menyampaikan persembahan paling tidak dapat dilupakannya dalam filem - sekurang-kurangnya buat masa ini".[34]
Runut bunyi
Diva: Original Soundtrack | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | |
Dilancarkan pada | 15 Mac 2007 |
Dirakamkan pada | 2006–2007 |
Tempat | Malaysia |
Genre | Runut bunyi |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Syarikat |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Album runut bunyi filem ini, yang merupakan hasil kolaborasi muzik pertama antara India dan Malaysia, telah dikeluarkan pada 15 Mac 2007 di Brunei, India, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Mithoon Sharma menggubah lima lagu, manakala Loloq berkhidmat sebagai penulis lirik.[35][36][37]
Senarai runut
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Bintang Impianku" (Lagu tema) | Ning Baizura | 4:49 | |
2. | "Kasih" |
| 4:24 | |
3. | "Nafas Hidup" (Lagu konsert) |
| 4:35 | |
4. | "Lagu Angin" (Lagu tradisional Indonesia) | Manik Purwakrisna | 1:06 | |
5. | "Bintang Impianku" (Versi kedua) | Ning Baizura | 4:32 | |
6. | "Padamkan Ragu" |
| 3:59 | |
7. | "Menanti Kekasih" (Lagu asli) |
| 3:01 | |
8. | "Padamkan Ragu" (Latihan studio) |
| 2:31 | |
Tenaga kerja
Diperoleh daripada catatan media album runut bunyi Diva.[38]
- Ning Baizura - vokal
- Awal Ashaari - vokal
- Adam AF2 - vokal
- Nas Adila - vokal
- Manik Purwakrisna - vokal
- Azneal Azam - vokal
- Mithoon Sharma - komposer
- Loloq - lirik
- Dimas - lirik
Pemasaran
Diva diedarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei oleh Buena Vista Columbia Tristar Films.[24] Di Indonesia, urusan pengedaran filem ini dilakukan oleh PT Kharisma Starvision Plus.[39][40]
Catatan
- ^ Watak ini pernah dilakonkan oleh AC Mizal dalam filem Buli (2004) dan Buli Balik (2006) arahan Afdlin Shauki.
Rujukan
- ^ Rudy Imran Shamsudin (2 Ogos 2006). "Diva ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Zainuri Misfar (22 Jun 2007). "Sharad saji konsep menarik dalam Diva". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Budiey (1 Julai 2007). "Kata aluan dari Sharad Sharan, pengarah Diva". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 April 2017.
- ^ a b c d e f g "Diva filem untuk Nusantara". Utusan Malaysia. 28 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2007. Dicapai pada 14 Januari 2017.
- ^ Mohd Razif Mohd Rosdi (1 Julai 2007). "Babak sedih, dramatik selamatkan Diva Kartika". Berita Minggu. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c d e f g h i j Budiey (14 Jun 2007). "Biodata Pelakon Filem DIVA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ a b c d Ellyna Ali (18 Jun 2007). "Menjiwai Jiwa dalam Diva". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (24 Jun 2007). "Awal, Adam sanggup tanggung risiko demi Diva". Berita Minggu. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Norhayati Nordin (27 Mei 2007). "Chika teruja". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Bhavani Krishna Iyer (17 Jun 2007). "Sharad's journey" [Perjalanan Sharad] (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (22 November 2005). "DIVA gabung artis 3 negara". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Azman Ahmad (18 Ogos 2006). "Diva back on track" [Diva kembali kepada trek] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Rozdan Mazalan (14 September 2006). "Diva tembusi pasaran luar". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Shakilawati Abd Rahman (24 Jun 2007). "Kartika refleksi Ning". Metro Ahad. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ "Artis Melayu popular di Barat". Metro Ahad. 20 Mei 2007. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Jade Yoong (3 April 2006). "Ning plays the diva" [Ning memegang watak diva] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (29 Ogos 2006). "Ning dah jatuh cinta!". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Meor Shariman (22 Disember 2005). "Is it worth the venture?" [Adakah ia berbaloi untuk diusahakan?] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Sheela Narayanan (17 Januari 2006). "Diva on hold" [Diva sedang dibikin] (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 21.
- ^ Cammy Zulkifli (20 Jun 2007). "A glittering event to mark the premiere of local musical, Diva" [Acara gilang-gemilang untuk meraikan tayangan perdana filem muzikal tempatan, Diva] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (29 Mei 2007). "Diva di pawagam 28 Jun". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ "Terkini di pawagam". Berita Harian. 29 Jun 2007. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Ellyna Ali (23 Mei 2007). "Diva untuk pasaran global". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b Cammy Zulkifli (24 Mei 2007). "Musical "Diva" to be released in five countries on 28 June" [Filem muzikal "Diva" akan ditayangkan di lima negara mulai 28 Jun] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (5 Julai 2007). "Diva mangsa terbaru filem blockbuster Hollywood". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2007. Dicapai pada 15 Januari 2013.
- ^ "Nasib berbeza untuk Transformers dan Diva". Utusan Malaysia. 7 Julai 2007. Dicapai pada 15 Januari 2013.
- ^ "Film Musikal Rasa India" [Filem Muzikal Citarasa India] (dalam bahasa Indonesia). Suara Merdeka. 29 Jun 2007. Dicapai pada 15 Januari 2013.
- ^ Shakilawati Abd Rahman (24 Jun 2007). "Diva tidak segah diperkata". Metro Ahad. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Zainuri Misfar (26 Jun 2007). "Gaya Diva". Berita Harian. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Sharifah Arfah (28 Jun 2007). "A glimpse of Bollywood magic" [Kerdipan ajaib Bollywood] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ "Kalau nak tunjuk penaja pun, biarlah kreatif, bijak sikit". Berita Minggu. 1 Julai 2007. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (9 Julai 2007). "Nama gah, kualiti lemah". Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Joe Lee (10 Julai 2007). "The Diva has landed" [Diva telah tiba] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Joe Lee (23 Jun 2007). "Diva on Diva" [Diva dalam Diva] (dalam bahasa Inggeris). Weekend Mail. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched" [Runut bunyi filem Diva dilancarkan] (dalam bahasa Inggeris). The Star. 24 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2013. Dicapai pada 18 Januari 2013.
- ^ Mohd Razif Mohd Rosdi (27 Mei 2007). "Mungkinkah Diva ilham filem hit Mohabbatein?". Berita Minggu. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ Mumtaj Begum (30 Mei 2007). "Sold on a song" [Menjual lagu] (dalam bahasa Inggeris). The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2013. Dicapai pada 18 Januari 2013.
- ^ Diva: Original Soundtrack (Catatan media). Pelbagai artis. Astro Shaw, Tarantella Pictures, Sony BMG Music Entertainment. 2007. 88697109172.CS1 maint: others (link)
- ^ "Film 'DIVA' Diluncurkan di Indonesia" [Filem 'DIVA' dilancarkan di Indonesia] (dalam bahasa Indonesia). KapanLagi.com. 27 Jun 2007. Dicapai pada 30 Jun 2013.
- ^ "DIVA: Mellownya hidup penuh drama sang diva Malaysia" [DIVA: Lembutnya kehidupan penuh drama seorang diva Malaysia] (dalam bahasa Indonesia). Detik.com. 27 Jun 2007. Dicapai pada 30 Jun 2013.
Pautan luar
- Tapak web rasmi (diarkibkan)
- Diva di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)