Nama dagang | Disney Branded Television |
---|---|
Nama dahulu |
|
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
Industri | Hiburan |
Genre | Kanak-kanak dan keluarga |
Ditubuhkan | 15 Julai 1982 30 April 2020 (Australia) 1 Mei 2020 (Itali) 1 Jun 2020 (Singapura) 1 Oktober 2020 (UK) 1 Januari 2021 (Malaysia) | 30 November 2019 (Zealand Baru)
Pengasas | Alan Wagner |
Ibu pejabat | Burbank, California, Amerika Syarikat |
Bilangan lokasi | 37 |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia (kecuali Cuba, Croatia, Serbia, Slovenia, Iran, Syria, Sudan, Mongolia, Korea Utara dan United Kingdom, Singapura dan Malaysia) |
Tokoh penting | Gary Marsh (Presiden, CCO) |
Perkhidmatan | Kandungan televisyen |
Pemilik | The Walt Disney Company |
Syarikat induk | Disney General Entertainment Content |
Pembahagian | |
Anak syarikat | It's a Laugh Productions |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
ABC Cable Networks Group, Inc., menjalankan perniagaan sebagai Disney Branded Television[1] (dahulu Disney Channels Worldwide), ialah anak syarikat Disney General Entertainment Content (untuk unit A.S.) dan pembahagian Operasi Antarabangsa (unit antarabangsa) The Walt Disney Company. Disney Channels Worldwide memantau rangkaian televisyen Disney sehingga penyusunan segmen Walt Disney Direct-to-Consumer & International pada 14 Mac 2018, apabila syarikat itu disusun kepada dua.
Unit A.S. diketuai oleh Presiden/CCO Gary Marsh dan bertangungjawab untuk operasi kreatif rancangan asal Disney Channel, Disney XD, Disney Junior, dan Disney+. Selain itu, Disney Branded Television juga memiliki dan mengendalikan Disney Television Animation dan It's a Laugh Productions. Pengurusan kewangan rangkaian dipantau di Disney Media and Entertainment Distribution.
Unit antarabangsa mengendalikan pelbagai saluran TV berorientasikan kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia, termasuk kepelbagaian saluran TV A.S. termasuk Disney International HD, Dlife, dan Hungama TV.
Disney Channel asalnya ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1983 sebagai saluran premium dan telah beralih kepada perkhidmatan asas; selain itu, rancangan-rancangan Disney Channel juga berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pelancaran pelbagai versi serantau saluran, dan juga perjanjian perlesenan rancangan yang dicapai bersama rangkaian televisyen yang tidak berkaitan dengan Disney Channel.
Nama korporat terdahulu syarikat ialah: Walt Disney Entertainment, Inc. (1982–1983), The Disney Channel, Inc. (1983–1997), Disney Channel, Inc. (1997–2001).
Afrika
Afrika Barat
Disney Channel Ghana dan Nigeria tersedia di Afrika Barat. Saluran ini tersedia di Benin, Burkina Faso, Tanjung Verde, Pantai Ivory, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Liberia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan Togo. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris dan Perancis.
Afrika, Selatan
Disney Channel Afrika Selatan tersedia di Afrika Selatan. Saluran ini tersedia di Afrika Separa Sahara. Ia dilancarkan pada 1 Disember 2000. Saluran ini tersedia di Afrika Selatan, Angola, Botswana, Kongo (Republik Demokratik), Ghana, Kenya, Lesotho, Madagaskar, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Nigeria, Swaziland, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris.
Afrika Utara
Lihat Disney Channel Timur Tengah yang disiarkan juga di Afrika Utara.
Amerika, Benua
Amerika Latin
Pada 90'an Disney Channel mula disiarkan di Amerika Latin melalui DirecTV sebagai saluran premium. Kemudian, antara 2000an ia tersedia di syarikat kabel lain. Pada 2003, disebabka oleh krisis di Argentina dan Mexico, DirecTV mengeluarkan saluran ini daripada semua langganan (Ruangan itu "diisi" sementara oleh Fox Kids, tetapi kemudian kembali dan kedua-duanya saluran di DirecTV, Fox Kids dahulunya eksklusif di SKY) dan kembali pada 2004 sebahagian daripada grid saluran asas. Di Amerika Latin, rancangan termasuk Zapping Zone.
Amerika Syarikat
Saluran ini disiarkan ke Amerika Syarikat, Puerto Rico dan Amerika Anglofon serta menyiarkan audio bahasa Inggeris dan Sepanyol.
Brazil
Pada awal 2000an Disney Channel Brazil mula disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad melalui DirecTV saluran premium. Kemudian pada masa yang sama, apabila Sky Brazil dan Globosat membeli Directv Brazil, saluran ini tersedia di syarikat kabel lain dan menjadi saluran biasa dengan jadual hari Isnin hingga Jumaat. Saluran ini terdapat jadual biasanya, dan disiarkan dalam bahasa Portugis.
Caribbean
Penonton di Puerto Rico, Kepulauan Virgin, Bahamas, Haiti, dan seluruh Caribbean menerima Disney Channel AS. Cuba dan Republik Dominica menerima Amerika Disney Channel Amerika Latin.
Asia & Pasifik
Disney Channel Asia disiarkan ke Papua New Guinea, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Asia Tenggara. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris.
Asia Barat
Ia disiarkan di platform Orbit Showtime dan di sistem kabel dan perkhidmatan siaran lain di Pakistan. Saluran ini disiarkan ke Timur Tengah, Afrika Utara serta Pakistan dan Maldives serta menyiarkan audio bahasa Arab, Inggeris dan Sweden.
Israel
Disney Channel Israel dilancarkan pada 9 September 2009 dan menggantikan Jetix. Saluran ini tersedia di Israel sahaja. Bahasa tersedia merupakan bahasa Ibrani dan Inggeris.
Asia Selatan
Saluran ini tersedia di Asia Selatan. Bahasa tersedia merupakan bahasa Hindi, Tamil, Telugu, Bengali, Marathi dan Inggeris.
Asia Tengah
Rangkaian Disney Channel di Asia Tengah berkongsi siaran dengan Disney Channel Rusia dan sentiasa menyediakan bahasa Rusia.
Asia Tenggara
Filipina
Saluran ini berkongsi jadual dengan Indonesia-Thailand-Vietnam, disiarkan ke Filipina serta menyiarkan audio bahasa Filipino dan Inggeris. Terdapat juga suatu blok pada waktu pagi dinamakan Disney Clubhouse, dan blok petang dinamakan Disney Club yang disiarkan di TV5 dari 13 Disember 2010 sehingga kini, tetapi ditunjukkan hanya 2 program untuk pagi dan petang, ia bermula pada pagi Isnin hingga Jumaat pada 8:00 AM, Sabtu 7am dan Ahad 10:30 AM.
Indonesia
Saluran ini berkongsi suapan video Disney Channel Thailand dan Disney Channel Vietnam dan berkongsi jadual dengan Filipina disiarkan ke Indonesia serta menyiarkan audio bahasa Indonesia dan Inggeris.
Thailand
Disney Channel di Thailand sebelumnya blok TV di TV5 sejak Disember 2006 sehingga Mac 2008, dan disiarkan sebagai blok TV di NBT sejak April sehingga Julai 2008. Sejak Julai 2008 sehingga Mei 2010 tiada DC di Thailand, dan kembali sebagai saluran terasing tetapi hanya tersedia di kabel & satelit. Bahasa tersedia merupakan bahasa Thai dan Inggeris.
Vietnam
Saluran ini berkongsi jadual dengan Asia, disiarkan ke Vietnam serta menyiarkan audio bahas Inggeris dan sari kata bahasa Vietnam.
Asia Timur
Hong Kong
Disiarkan di now TV (Saluran 441), Hong Kong BBTV dan TV Kabel Hong Kong. Saluran ini disiarkan ke Hong Kong serta menyiarkan audio bahasa Kantonis, Mandarin dan Inggeris.
Jepun
Disney Channel Jepun (ディズニー・チャンネル) disiarkan di Jepun. Disney Channel Jepun juga mempunyai rancangan Amerika dialih suara semula dalam Bahasa Jepun.
Korea Selatan
Disney Channel tersedia melalui Disney Channel Asia di Korea sehingga Disney Channel Korea dilancarkan pada April 11, 2011,[2] following an agreement between Korean company SK Telecom and The Walt Disney Company to form a joint venture for operating all future Disney-branded channels. SK will own the majority 51% of the new company. It'll replace the Disney Channel Asia available in Korea.[3] Saluran ini disiarkan ke Korea Selatan serta menyiarkan audio bahasa Korea.
Taiwan
Semua rancangan di Disney Channel Taiwan disiarkan dalam audio dan sari kata bahasa Cina Mandarin. Saluran ini tersedia di Taiwan dan merupakan cawangan Disney Channel pertama di luar Amerika Sarikat.
Dahulu
Singapura
Saluran ini berkongsi jadual tetapi mempunyai lebih banyak siri aksi langsung disiarkan pada tengah hari dan iklan berlainan daripada suapan Filipina, Malaysia dan Indonesia-Thailand-Vietnam. Ditamatkan siaran pada 1 Jun 2020. ia digantikan dengan Disney+ dalam Singapura pada 23 Februari 2021.
Malaysia & Brunei
Saluran ini berkongsi jadual dengan Filipina dan Indonesia-Thailand-Vietnam, disiarkan ke Malaysia dan Brunei serta menyiarkan audio bahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris dan kadang kala sari kata bahasa Malaysia. Negara ini telah ditamatkan pada 1 Januari 2021. Ia digantikan dengan Disney+ Hotstar pada S3 2021.
Eropah
Eropah Barat & Utara
Belanda & Belgium
Disney melancarkan sebuah saluran Disney Channel yang baru melalui UPC Netherlands analog dan rangkaian kabel digital pada 3 Oktober 2009. Saluran ini menyiarkan siri Disney dalam bahasa Belanda atau Belanda Belgium (Flemish). Hanya selepas 6 PM, siri-siri akan disiarkan dengan sarikata Belanda. Sejak 1 November saluran ini juga disiarkan di Belgium dengan suara Flemish yang akan melakukan pengumuman dalam Telenet Digital TV (kabel digital) dan Belgacom TV (IPTV). 22 Jun 2009, ia juga dilancarkan di rangkaian kabel analog Telenet. Disney Channel dilancarkan di rangkaian kabel digital Ziggo pada 1 September 2011 dan diumumkan akan dilancarkan melalui rangkaian kabel digital Caiway, tarikhnya masih belum diketahui. Saluran ini tersedia di Belanda dan wilayah Flemish Belgium.
Saluran Jetix Belanda dijenama semula sebagai Disney XD Belanda. Penjenamaan semula dilakukan pada 1 Januari 2010.
Jerman & Austria
Disney Channel Jerman dilancarkan pada 16 Oktober 1999 dan disiarkan di Sky Deutschland. Saluran ini disiarkan ke Jerman, Austria, Switzerland dan Liechtenstein serta menyiarkan audio bahasa Jerman.
Perancis
Dari 1986-1988, Disney Channel blok rancangan di France 3. Saluran ini disiarkan ke Perancis, wilayah berbahasa Perancis Belgium, dan Switzerland serta menyiarkan audio bahasa Perancis.
Poland
Dari 2 Disember 2006, Disney Channel tersedia id Cyfra+, Polsat dan N. Pada 22 Julai 2011 ia menukar logonya. Saluran ini disiarkan ke Poland serta menyiarkan audio bahasa Poland.
Portugal
Disney Channel tersedia di ZON TVCabo di saluran 40, di meo di saluran 40 juga, Cabovisão dan saluran 55 dan Ar Telecom di saluran 26. Kini ia tersedia dengan percuma kepada setiap pelanggan di rangkaian kabel/satelit/IPTV di atas. Ia diderma melalui keawaman dan langganan. Sejak 2008, Disney Channel di Portugal disiarkan tanpa penyulitan di rangkaian digital. Ia masih premium di rangkaian analog. Ia dilacarkan pada November 2001. Bahasa tersedia merupakan bahasa Portugis.
Sepanyol
Disney Channel dan Disney Channel +1 tersedia di Digital+ di saluran 30 dan 31, dan di platform kabel. Juga Disney Channel tersedia dengan percuma di sistem terestrial digital sejak 1 Julai 2008 (saluran 68). Saluran ini disiarkan dalam bahasa Sepanyol dengan pilihan bahasa asal, rancangan Amerika dan British disiarkan dalam bahasa Inggeris dalam trek suara kedua sementara anime disiarkan dalam bahasa Jepun.
Skandinavia & Negeri Baltik
Saluran ini disiarkan ke Denmark, Norway, Sweden, Finland, Iceland, Estonia, Latvia dan Lithuania serta menyiarkan audio bahasa Denmark, Norway, Sweden dan Finland.
United Kingdom & Ireland
Disney Channel tersedia di United Kingdom dan Republik Ireland sejak 1 Oktober 1995. Suatu servis peralihan masa 1 jam dipanggil Disney Channel +1 tersedia di Sky dan Virgin Media. Disney Channel HD dilancarkan pada 16 September 2011 dengan logo barunya.
Europe Tengah dan Timur
Bulgaria
Saluran ini berkongsi siaran dengan Romania, Croatia dan Serbia, disiarkan ke Bulgaria dan Macedonia serta menyiarkan audio bahasa Bulgaria.
Croatia
Saluran ini berkongsi siaran dengan Bulgaria, Romania, dan Serbia, disiarkan ke Croatia serta menyiarkan audio bahasa Croatia.
Czech, Republik & Slovakia
Saluran ini berkongsi siaran dengan Hungary, disiarkan ke Republik Czech dan Slovakia serta menyiarkan audio bahasa Czech.
Greece
Disney Channel Greece dilancarkan pada 7 November 2009. Saluran ini disiarkan ke Greece dan Cyprus serta menyiarkan audio bahasa Yunani.
Hungary
Saluran ini berkongsi siaran dengan Republik Czech, disiarkan ke Hungary serta menyiarkan audio bahasa Hungary.
Kazakhstan
Saluran ini dahulu berkongsi siaran dengan Rusia tetapi telah berpisah pada Mac 2012 tetapi masih menyiarkan audio bahasa Rusia dan juga Kazakh.
Romania
Saluran ini berkongsi siaran dengan Bulgaria, Croatia dan Serbia, disiarkan ke Romania dan Moldova serta menyiarkan audio bahasa Romania.
Rusia
Disney Channel Rusia dilancarkan pada 10 Ogos 2010 dan menggantikan Jetix. Saluran ini berkongsi siaran dengan Kyrgyzstan dan Uzbekistan, disiarkan ke KNM serta menyiarkan audio bahasa Rusia
Serbia
Saluran ini berkongsi siaran dengan Bulgaria, Romania, dan Croatia, disiarkan ke Serbia serta menyiarkan audio bahasa Serbia.
Turki
Disney Channel Turki dilancarkan pada 29 April 2007 dan tersedia di Teledünya di saluran 169 dan di Digiturk di saluran 167. Semua siri live action bersari kata kecuali Hannah Montana yang ada dalam bahasa Turki. Semua siri animasi dan filem disuara semula dalam bahasa Turki. Pada 1 Mei 2011 ia menukarkan logonya. Saluran ini tersedia di Turki
Ukraine
Saluran ini disiarkan ke Ukraine dan Poland timur serta menyiarkan audio bahasa Ukraine dan Rusia.
Dahulu
Australia & New Zealand
Saluran ini tersedia di Australia, New Zealand, Tuvalu dan Fiji. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris.
Rujukan
- ^ Low, Elaine (November 10, 2020). "Disney Reorganizes TV and Streaming Content Units Under Peter Rice". Variety. Dicapai pada November 10, 2020.
- ^ "Disney Channel Korea Launch on April 11, 2011". 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-27.
- ^ http://disneyabctv.com/web/NewsRelease/DispDNR.aspx?id=051110_08 Diarkibkan 2010-05-18 di Wayback Machine - THE WALT DISNEY COMPANY AND SK TELECOM ANNOUNCE INTENT TO FORM A JOINT VENTURE TO LAUNCH KOREAN-LANGUAGE DISNEY CHANNELS IN SOUTH KOREA, Disney-ABC Television Group, retro. 2010-05-13
Pautan luar
- Official Disney Channel press website, Disney General Entertainment Content