Pendiskadaran, juga dikenali sebagai tindak balas tak berkadaran dan dismutasi,[1] ialah sejenis tindak balas redoks. Dalam tindak balas ini, suatu bahan tindak balas menjadi sekurang-kurangnya dua hasil tindak balas, dengan satu hasil tindak balas mengalami pengoksidaan manakala satu lagi hasil tindak balas mengalami penurunan pada masa yang sama.[1][2] Proses yang berlawanan dengan pendiskadaran dipanggil sebagai pensinkadaran (synproportination) atau kommutasi (comproportionation).
Selain itu, pendiskadaran boleh merujuk kepada sebarang tindak balas yang tidak bersimetri, iaitu 2 A → A' + A", tetapi takrifan ini tidak selalunya diterima.[3]
Sejarah
Tindak balas pendiskadaran pertama yang dikaji secara mendalam ialah tindak balas yang melibatkan ion timah seperti di bawah. Tindak balas ini dikaji oleh Johan Gadolin dengan menggunakan tartrat pada 1788.[4][5]
Kimia tak organik
Contoh-contoh pendiskadaran adalah seperti yang berikut:
- Penambahan klorin dalam proses rawatan air (pengklorinan air). Dalam hal ini, molekul klorin dan air bertukar menjadi asid hidroklorik dan asid hipoklorus bergantung kepada nilai pH.[6]
- Penguraian hidrogen peroksida kepada molekul air dan oksigen dengan mangkin kalium iodida atau dengan bantuan enzim katalase.[7]
Pendiskadaran biokimia
Secara lazimnya, enzim-enzim yang membantu dalam proses pendiskadaran dipanggil sebagai dismutase.
Pada 1927, Hans Krebs, penemu kitaran asid sitrik mengesahkan kewujudan pendiskadaran asid piruvik dalam asid laktik, asid asetik dan karbon dioksida oleh suatu bakteria menurut tindak balas berikut:
2 asid piruvik + H2O → asid laktik + asid asetik + CO2
Tindak balas pendiskadaran asid piruvik kepada molekul-molekul organik yang lebih kecil adalah tindak balas yang penting dalam proses penapaian.
Nota
- 1.↑ Istilah pendiskadaran dan tindak balas tak berkadaran adalah berdasarkan rujukan di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.[8] Istilah dismutasi ialah penterjemahan terus daripada istilah dismutation.
Rujukan
- ^ Shriver, D. F.; Atkins, P. W.; Overton, T. L.; Rourke, J. P.; Weller, M. T.; Armstrong, F. A. “Inorganic Chemistry” W. H. Freeman, New York, 2006. ISBN 0-7167-4878-9.
- ^ Holleman, A. F.; Wiberg, E. "Inorganic Chemistry" Academic Press: San Diego, 2001. ISBN 0-12-352651-5.
- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "disproportiantion". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
- ^ Gadolin Johan (1788) K. Sv. Vet. Acad. Handl. 1788, 186-197.
- ^ Gadolin Johan (1790) Crells Chem. Annalen 1790, I, 260-273.
- ^ Fair, G. M., J. Corris, S. L. Chang, I. Weil, and R. P. Burden. 1948. The behavior of chlorine as a water disinfectant. J. Am. Water Works Assoc. 40:1051–1061.
- ^ General Chemistry: Principles & Modern Applications (dalam bahasa Inggeris). Macmillan. m/s. 152. ISBN 9780023949319.
- ^ "disproportionation". Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 13 Februari 2020.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Pendiskadaran di Wikimedia Commons