Lemah tenaga batin | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | F52.2, N48.4 |
ICD-9 | 302.72, 607.84 |
P. Data Penyakit | 21555 |
eMedicine | med/3023 |
MeSH | D007172 |
![]() |
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.[1]
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens" dalam istilah perubatan.
Punca
Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari [2][3], darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung dengan ubat bawah lidah (nitrat GTN) perlu berhati-hati. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra), Cialis dan Spedra) boleh menyebabkan tekanan darah turun kepada paras merbahaya dan membawa maut. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat dalam kategori ini.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti serangan jantung.
Tabiat melancap atau onani berlebihan juga boleh menyebabkan masalah mati pucuk
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mahu berbincang mengenai masalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Diagnosis / kaedah mengesan
Setakat ini tiada cara yang formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism prolactinoma. Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit 'peripheral vascular'. COVID19 yang melanda negara pada tahun 2020 juga telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghidap mati pucuk pasca COVID.
Rata-rata pesakit mati pucuk mempunyai faktor psikologi samada dengan faktor organik lain atau tidak.
Diagnosis mati pucuk atau ED boleh dicapai dengan melihat kepada gejala yang dialami dan berapa lamakan ia berlaku. Ia boleh berlaku serentak dengan masalah "ejakulasi pramatang" atau "pancut awal".
Rawatan
Rawatan sebenar bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapisan dalam salur darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, tabiat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Kesan akhir bergantung mengikut jenis rawatan yang diterima; ada yang bertindak terhad masa dan ada yang kekal.
Rawatan dengan "ubat kuat" membolehkan ketegangan dicapai dan cukup lama untuk bersenggama. Rawatan menggunakan terapi Shockwave pula memberikan kesan kekal kepada pesakit.
Komunikasi yang baik dengan pasangan tidak boleh diketepikan. Interaksi yang baik dan saling memahami dapat mengawal gejala daripada semakin teruk terutama faktor psikologi.
Berkut beberapa jenis rawatan sedia ada:[4]
- Rawatan Oral
Pelbagai jenis pil kini tersedia dengan preskripsi doktor dan mula berkesan dengan rangsangan seksual. Bergantung kepada jenis pil, ia membantu mengeraskan zakar seawal 15 minit hingga 1 jam sebelum seks. Tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.
- Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus - biasanya sebelum bersenggama.
- Terapi Shockwave
Ia bertindak mencipta saluran darah baru daripada salur darah sedia ada. Sangat membantu untuk para pesakit vaskulogenik (salur darah) disebabkan penyakit tiga serangkai. Kesan lebih baik jika dilakukan pada umur muda.
- Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.
- Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.[5]
- Khidmat nasihat
Khidmat nasihat doktor amat penting. Selain mengenalpasti sebab utama masalah mati pucuk, ia juga memberikan anda ruang untuk berkongsi kerisauan anda, apatah lagi jika anda merancang untuk mendapatkan anak.
Ramai lelaki tidak mengambil tindakan atas dasar malu atau segan. Konsultasi atas talian dapat membantu menyelesaikan masalah tanpa perlu keluar rumah.
Dalam beberapa kes terdapat masalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.
Jenis Rawatan | Kelebihan | Kekurangan / Kesan Sampingan |
---|---|---|
Rawatan Oral * Sildenafil Citrate (Viagra) * Cialis * Levitra |
- Efektif * Memberikan kesan kepada 65% - 85% lelaki yang bermasalah |
- Tidak kos efektif untuk jangaka masa panjang (mahal) * Boleh menyebabkan pening kepala * Boleh meyebabkan muka menjadi merah (flushing) * Sakit pada bahagian perut (Dyspesia) |
Implan Zakar | Kadar keberkesanan 81% - 90% | * Komplikasi jangka panjang - Mahal * Jangkitan dan 'erosion' * Pembedahan lanjutan perlu dilakukan untuk membuang implan tersebut |
Pam Vakum | * Selamat dan tidak melibatkan pembedahan * Sedia digunakan untuk semua pesakit ED * Boleh digunakan berulang - ulang kali * Lebih murah daripada Implan Zakar * Tidak menyakitkan |
* Risiko Phimosis jika getah penambat pam dibiar melebihi 30 minit pada pangkal zakar * Perlu mengepam sebelum persetubuhan ingin dilakukan * Kurang selesa pada setengah penguna * Getah penambat mudah terkoyak jika digunakan dengan cara yang kasar |
Terapi Psikologi | * Sesuai untuk pesakit ED secara psikologi * Sesuai untuk orang yang mengalami masalah dipresi |
* Doktor atau penyelidik perlu melakukan beberapa susulan janji temu untuk mendapatkan hasil * Tidak boleh mengatasi masalah ED secara organik |
* Terapi Suntikan Intracavernous * Pembedahan Vaskular |
* Kadar kejayaan yang tinggi * 80%- 90% kadar kejayaan |
* Rawatan secara dalaman * Perlu pembedahan dan suntikan * Menyakitkan |
Terapi Fizikal * Senaman Otot Lantai Pelvik2 * Senaman Aktiviti Fizikal Unik * Solat |
* Secara luaran * Tidak menyakitkan dan tiada(sangat sedikit) risiko * Jika rawatan berjaya, ereksi yang berlaku adalah secara semulajadi (berlawanan dengan kaedah lain) |
* Pasakit perlu mempunyai /diberikan motivasi untuk menlakukan senaman * Tempoh rawatan mengambil masa yang agak lama 3-6 bulan |
Urutan Tradisional * Teknik tradisional pada setengah budaya untuk mengatasi masalah ED |
* Kaedah yang berjaya pada sesetengah individu * Rawatan adalah secara luaran * Terapi rawatan yang lebih kasual dan santai * Perawat biasanya memberi tips untuk kesihatan seksual * Kaedah ini memberi terapi yang positif pada pesakit * Tidak mempunyai kesan sampingan seperti pengunaan ubat-ubatan |
* Tidak semua pesakit pulih dengan cara ini * Caj rawatan kadang-kadang terlalu mahal * Perlu mendapatkan rawatan secara kerap untuk faktor kejayaan yang lebih tinggi * Urutan boleh menyakitkan walau bagaimanapun tidak semua perawat mengurut di bahagian sensitif |
Rujukan
- TO Lim,A Das,S Rampal, M Zaki,RM Sahabudin,MJ Rohan dan S Isaacs,Crosscultural adaptation and validation of the English Version of Erectile Dysfunction(IIEF) for use in Malaysia,International Journal of Impotence Reseach (2003) 15,329-336
- Marijke Van Kampen,Willy De Weerdt,Hubert Claes,Hilde Feys,Mira De Maeyer,Hendrik Van Poppel,Treatment of Erectile Dysfunction by Perineal Excercise,Electromyografic Biofeedback and Electrical Stimulation,Physical Therapy. Volume 83. Number 6, June 2003
- ^ www.muschealth.com
- ^ Impotence an early sign of heart disease.
- ^ sciencedaily.com
- ^ http://www.lovelifematters.co.uk
- ^ Penile prostheses (implants) Diarkibkan 2008-06-26 di Wayback Machine Chris Steidle, MD, SeekWellness.com
Pautan luar
- Erectile Dysfunction at MedicineNet
- Enzyte investigation reported on CBS-TV news site
- SexHealthMatters.org, managed by the Sexual Medicine Society of North America has been created to educate patients in the matters of sexual dysfunction, namely ED (Erectile Dysfunction).
- Erectile Dysfunction at Netdoctor - information on the condition, causes, and treatments
- National Diabetes Information Clearinghouse Diarkibkan 2006-06-15 di Wayback Machine
- How Stuff Works - Erectile dysfunction Diarkibkan 2007-08-17 di Wayback Machine
- Missing Night Erections - The Unknown Side of Erectile Dysfunction Diarkibkan 2007-09-11 di Wayback Machine
- Rawat Mati Pucuk, Pancut Awal Dari Rumah - forhimclinic.com