Disenteri (disebut [di.sén.tĕ.ri], Ubt.[1]) atau nama umumnya cirit darah serta berak berdarah adalah kondisi keradangan perut usus mengakibatkan pengeluaran tinja cair (atau "cirit") yang turut berlendir dan berdarah.[2][3][4] Gejala lain mungkin termasuk demam, sakit perut, dan rasa buang air besar yang tidak lengkap.[5][6] [7] Komplikasi yang boleh menyusul mungkin termasuk kekurangan air dalam badan.[8]
Kondisi disenteri disebabkan oleh jangkitan bakteria[2] (biasanya Shigella) atau amoeba (Entamoeba histolytica)[4] tetapi boleh juga disebabkan pendedahan kepada bahan kimia tertentu, jangkitan protozoa lain atau cacing parasit.[5] Ia boleh merebak sesama individu[3] terutamanya melalui risiko pencemaran makanan dan air dengan najis kerana sanitasi buruk;[7] penyediaan makanan yang selamat serta membasuh tangan merupakan langkah berkesan untuk menjaga diri di kawasan-kawasan berisiko tinggi kondisi ini.[3]
Gejala dan simptom
Gejala mula muncul selepas antara 1–3 hari tidak lebih dari seminggu: kekerapan rasa mahu membuang air besar, isipadu air besar yang dibuang serta keberadaan lendir dan darah akan terzahir dalam pelbagai tahap bergantung kepada patogen penyebab penyakit. Rasa senak setelah mengambil tenusu boleh berlaku semasa tempoh ini juga.
Rasa sakit perut, demam, kejutan dan racauan boleh menjadi gejala paling berat.[5][9][10][11]
Rujukan
- ^ "disenteri". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b "Controlling the Spread of Infections". Center for Disease Control and Prevention. Dicapai pada 15 November 2019.
- ^ a b c "Dysentery". National Health System (dalam bahasa Inggeris). 18 October 2017. Dicapai pada 15 November 2019.
- ^ a b "Dysentery". who.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2014. Dicapai pada 28 November 2014.
- ^ a b c Dysentery di Kamus Perubatan Dorland
- ^ Tribble, DR (September 2017). "Antibiotic Therapy for Acute Watery Diarrhea and Dysentery". Military Medicine. 182 (S2): 17–25. doi:10.7205/MILMED-D-17-00068. PMC 5650106. PMID 28885920.
- ^ a b Marie, C; Petri WA, Jr (30 August 2013). "Amoebic dysentery". BMJ Clinical Evidence. 2013. PMC 3758071. PMID 23991750.
- ^ "Dysentery". EMRO. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Dicapai pada 15 November 2019.
- ^ DuPont, H. L. (1978). "Interventions in diarrheas of infants and young children". J. Am. Vet. Med. Assoc. 173 (5 Pt 2): 649–53. PMID 359524.
- ^ DeWitt, T. G. (1989). "Acute diarrhoea in children". Pediatr Rev. 11 (1): 6–13. doi:10.1542/pir.11-1-6. PMID 2664748.
- ^ "Dysentery symptoms". National Health Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2010. Dicapai pada 22 Januari 2010.
Pautan luar
- Buang Air Besar Berdarah, maklumat dari GutCare Singapura