Discovery Kids ialah nama jenama yang dimiliki oleh Discovery Communications. Bermula sebagai segmen televisyen di dalam Discovery Channel, ia kemudian berkembang sebagai rangkaian televisyen berasingan. Jenama itu kemudian berkembang di pelbagai kawasan. Kebanyakan saluran di serata dunia samada dijenamakan semula atau telah ditutup, namun jenama itu terus digunakan sebagai laman web untuk aktiviti kanak-kanak dan sebagai produk pengguna yang disasarkan kepada kanak-kanak.
- Saluran TV terkini
- Discovery Kids India
- Discovery Kids Latin America
- Discovery Kids en Español, blok siaran bahasa Sepanyol Amerika di Discovery Familia
- Saluran terdahulu
- Discovery Kids Australia
- Discovery Kids Canada, digantikan oleh Nickelodeon dengan lesen CRTC berasingan pada 2 November 2009
- Discovery Kids Middle East and North Africa
- Discovery Kids Southeast Asia
- Discovery Kids UK, perkongsian waktu siaran bersama Discovery Wings, kedua-kedua saluran digantikan oleh Discovery Turbo pada 28 Februari 2007
- Discovery Kids USA, digabung sebagai usahasama dengan Hasbro, dan dinamakan semula sebagai Hub Network, dan kini Discovery Family sejak 13 Oktober 2014.