Đại Việt 大越國 Đại Việt Quốc | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1778–1802 | |||||||||||||
Peta Đại Việt pada 1790. Wilayah penguasaan Tây Sơn
Tuntutan wilayah Nguyễn Ánh di selatan | |||||||||||||
Pembahagian politik di Vietnam pada penghujung abad ke-18: Wilayah dikuasai oleh Nguyễn Huệ Wilayah dikuasai oleh Nguyễn Nhạc | |||||||||||||
| Status | De jure perdemangan (fief) dalam dinasti Lê Đại Việt (1778–1788) Sistem imperial dalaman bagi negeri ufti Qing (1789–1802)[1] Negeri sisa (1801–1802) | ||||||||||||
| Ibu negara | Đồ Bàn (1776–1788) Phú Xuân (1788–1801) Bắc Thành (1801–1802) | ||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | VietnamTulisan aksara Chữ Nôm[2] (rasmi) | ||||||||||||
| Agama | Agama tradisi Vietnam, Buddhisme, Taoisme, Katolikisme, Islam | ||||||||||||
| Kerajaan | Pentadbiran pemberontak (1771–1778) Raja mutlak (1778–1802) | ||||||||||||
| Maharaja | |||||||||||||
• 1778–1788 | Thái Đức | ||||||||||||
• 1788–1792 | Quang Trung | ||||||||||||
• 1792–1802 | Cảnh Thịnh (terakhir) | ||||||||||||
| Badan perundangan | Tiada (memerintah secara dekri) | ||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||
• Kemunculan pemberontakan Tây Sơn | 1771 | ||||||||||||
• Nguyễn Nhạc mengasaskan dinasti Tây Sơn | 1778 | ||||||||||||
• Dinasti Lê runtuh | 3 Februari 1789 | ||||||||||||
• Nguyễn Ánh menawan Đông Kinh | 18 Jun 1802 | ||||||||||||
| Populasi | |||||||||||||
• 1800 | Tidak diketahui, kira-kira 10 juta | ||||||||||||
| Mata wang | Syiling tunai zink dan aloi kuprum | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Vietnam China Laos Cambodia | ||||||||||||
| Nguyễn Tây Sơn | |
|---|---|
| Negara | Kerajaan Đại Việt (Vietnam) |
| Estates | Quy Nhơn, Phú Xuân, Phượng Hoàng Trung Đô |
| Gelaran |
|
| Diasaskan | Abad ke-18 |
| Pengasas | Nguyễn Nhạc |
| Pemerintah terakhir | Nguyễn Quang Toản |
| Penggulingan | 1802 |
Dinasti Tây Sơn (Vietnam: [təj ʂəːn]; Vietnam: "Nhà Tây Sơn" atau "Triều Tây Sơn", (chữ Hán: 朝西山; Chữ Nôm: 茹西山), secara rasminya Đại Việt (Chữ Hán: 大越), sebuah dinasti empayar Vietnam. Dinasti ini bermula daripada satu pemberontakan yang dipimpin oleh petani tiga bersaudara yang menggunakan nama keluarga Nguyễn, bangkit menentang Dinasti Lê, para pembesar Trịnh serta para pembesar Nguyễn (tiada pertalian antara mereka). Dinasti Tây Sơn kemudiannya digantikan oleh Dinasti Nguyễn.[3]
Dinasti Tây Sơn menamatkan perang berabad-abad antara keluarga Trịnh dan keluarga Nguyễn, menggulingkan Dinasti Lê, dan menyatukan negara itu buat pertama kalinya dalam tempoh 200 tahun. Mereka mengakui kedaulatan nominal (ketuanan) Qing dan mendapat pengiktirafan daripada Maharaja Qianlong sebagai pemerintah sah Vietnam. Di bawah salah seorang tokoh terpenting antara tiga bersaudara Tây Sơn, iaitu Nguyễn Huệ (Maharaja Quang Trung), Vietnam menikmati beberapa tahun keamanan dan kemakmuran. Bagaimanapun, Quang Trung mangkat pada usia muda iaitu 40 tahun, dan penggantinya Cảnh Thịnh, yang ketika itu berusia 9 tahun, tidak mampu menghalang perpecahan dalam istana Tây Sơn sehingga memberi peluang kepada pembesar Nguyễn terakhir, Nguyễn Ánh untuk menawan semula selatan Vietnam, menghapuskan Tây Sơn dan menubuhkan Dinasti Nguyễn.
Nama
Dinasti Tây Sơn dinamakan sempena daerah Tây Sơn di wilayah Bình Định, Vietnam, tempat kelahiran tiga bersaudara yang mengasaskan dinasti tersebut.[3] Nama "Tây Sơn" bermaksud "gunung barat", daripada bahasa Cina, Xīshān (西山), di mana 西 (xi) bermaksud barat dan 山 (shan) bermaksud gunung.[4]
Sejarah
Pada abad ke-18, Vietnam secara de jure diperintah oleh Dinasti Lê, tetapi kuasa sebenar berada di tangan dua keluarga besar yang saling berperang, iaitu para pembesar Trịnh di utara yang memerintah dari istana diraja di Thăng Long, dan para pembesar Nguyễn di selatan yang memerintah dari ibu kota mereka, Huế. Kedua-dua pihak terus berperang secara berterusan untuk menguasai negara itu. Kehidupan rakyat jelata pada masa tersebut sangat sukar:. Pemilikan tanah semakin tertumpu di tangan segelintir tuan tanah yang berkuasa. Birokrasi diraja menjadi semakin korup dan menindas. Pada satu ketika, ijazah peperiksaan diraja dijual kepada sesiapa sahaja yang mampu membayarnya. Para pembesar hidup dalam kemewahan di istana yang indah, sementara rakyat miskin semakin melarat. Walaupun para pembesar Trịnh menikmati keamanan sejak tamatnya perang antara Trịnh dan Nguyễn pada tahun 1672,[5] para pembesar Nguyễn kerap berkempen memerangi Kemboja dan kemudian Siam. Meskipun mereka sering menang dan membuka kawasan tanah subur baharu untuk rakyat yang tidak memiliki tanah, peperangan yang berulang itu menelan wang, sumber, dan banyak nyawa.
Pemberontakan Tây Sơn
Pada tahun 1769, raja baharu Siam, Taksin melancarkan perang untuk mendapatkan semula kawalan ke atas Kemboja. Usaha itu berjaya dan memaksa para pembesar Nguyễn melepaskan beberapa wilayah jajahan mereka, termasuk Kepengiranan Hà Tiên di pantai paling selatan Vietnam. Pembesar Nguyễn Phúc Khoát juga meninggal dunia pada tahun 1765, menyerahkan kuasa kepada pemangku raja Trương Phúc Loan, yang menyebabkan istana Nguyễn tenggelam dalam krisis politik. Perkembangan ini ditambah pula dengan cukai yang berat serta korupsi tempatan yang berleluasa, mendorong petani tiga bersaudara petani iaitu Nguyễn Nhạc, Nguyễn Huệ, dan Nguyễn Lữ (tiada hubungan dengan para pembesar Nguyễn) dari kampung Tây Sơn di tengah Vietnam, untuk bangkit memberontak pada tahun 1771 menentang pembesar Nguyễn, Nguyễn Phúc Thuần.[6]
Tiga bersaudara Tây Sơn menampilkan diri mereka sebagai pembela rakyat. Dalam tempoh setahun, pemberontakan mereka semakin mendapat sokongan dan mereka memenangi beberapa pertempuran menentang tentera Nguyễn yang dihantar untuk menumpaskan mereka. Sokongan terhadap Tây Sơn datang bukan sahaja daripada para petani miskin, tetapi juga daripada beberapa suku peribumi tanah tinggi. Nguyễn Huệ, pemimpin antara adik-beradik tersebut, menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menamatkan penindasan rakyat, menyatukan kembali negara, dan mengembalikan kuasa kepada maharaja Lê di Hanoi. Golongan Tây Sơn juga berjanji untuk membanteras pegawai korup dan melaksanakan pembahagian semula tanah.
Pada tahun 1773, pihak Tây Sơn menawan pelabuhan Qui Nhơn, tempat para saudagar yang telah lama menderita akibat undang-undang ketat yang dikenakan oleh pihak Nguyễn. Mereka juga lantas memberikan sokongan kewangan kepada kebangkitan itu. Pihak Nguyễn akhirnya menyedari betapa besarnya ancaman pemberontakan tersebut, lalu membuat perdamaian dengan Siam dan menyerahkan sebahagian wilayah yang mereka telah takluk dalam beberapa dekad sebelumnya. Bagaimanapun, masalah mereka bertambah apabila Trịnh Sâm memilih untuk menamatkan keamanan 100 tahun dan mengambil kesempatan terhadap kekacauan di selatan dengan menghantar tenteranya menyerang Phú Xuân (kini Huế), ibu kota pihak Nguyễn. Tentera Trịnh menawan kota tersebut, memaksa pihak Nguyễn melarikan diri ke Gia Định (kini Saigon).
Tentera Trịnh terus mara ke selatan sementara tentera Tây Sơn meneruskan penaklukan bandar-bandar selatan lain. Kekuatan tentera yang menentang pihak Nguyễn terlalu besar dan pada tahun 1776, tentera Tây Sơn menawan kubu terakhir Nguyễn di Gia Định, serta membunuh sebahagian besar penduduk Cina di bandar tersebut.[7] Seluruh keluarga Nguyễn dibunuh pada akhir pengepungan itu, kecuali seorang anak saudara, Nguyễn Ánh yang berjaya melarikan diri ke Siam. Abang sulung dalam kalangan tiga bersaudara Tây Sơn, Nguyễn Nhạc mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja pada tahun 1778. Pertentangan dengan pihak Trịnh selepas itu tidak lagi dapat dielakkan.
Konflik dengan Siam
Pihak Tây Sơn menghabiskan dekad berikutnya untuk mengukuhkan kawalan mereka ke atas bekas wilayah Nguyễn. Nguyễn Ánh ternyata merupakan musuh yang degil. Beliau berjaya meyakinkan Raja Siam, P’ya Taksin untuk menyerang Vietnam bagi menyokong tuntutannya. Tentera Siam melancarkan serangan pada tahun 1780, namun selepas beberapa tahun peperangan, mereka tetap gagal menewaskan tentera Tây Sơn kerana setiap kemenangan mereka disusuli dengan kekalahan. Pada tahun 1782, Raja Siam dibunuh dalam satu pemberontakan, dan kurang setahun kemudian, angkatan Nguyễn Ánh dihalau keluar dari Vietnam. Pada tahun 1785, Siam kembali melancarkan satu lagi pencerobohan dan menawan sebahagian Delta Mekong, tetapi mereka ditewaskan oleh Nguyễn Huệ dalam Pertempuran Rạch Gầm–Xoài Mút.
Penaklukan terhadap pembesar Trinh
Setelah berjaya menumpaskan pihak Nguyễn buat sementara waktu, Nguyễn Huệ membuat keputusan untuk melenyapkan kuasa para pembesar Trịnh. Pada tahun 1786, beliau mengetuai sebuah angkatan besar mara ke utara dan selepas satu kempen singkat, berjaya mengalahkan tentera Trịnh. Para pembesar Trịnh pada ketika itu turut tidak popular, manakala tentera Tây Sơn kelihatan tidak dapat dikalahkan. Pembesar Trịnh melarikan diri ke utara dan masuk ke wilayah China. Tidak lama kemudian, Nguyễn Huệ mengahwini puteri Lê Ngọc Hân, anak kepada Maharaja Lê Hiển Tông yang memerintah secara nominal di bawah Dinasti Lê lewat.
Penggulingan dinasti Lê dan penglibatan Qing

Beberapa bulan kemudian, apabila menyedari bahawa harapannya untuk mengekalkan kuasa telah hilang, Maharaja Lê Chiêu Thống melarikan diri ke utara menuju Empayar Qing di China, di mana beliau secara rasmi mengemukakan permohonan bantuan kepada Maharaja Qianlong. Maharaja Qianlong bersetuju untuk mengembalikan Lê Chiêu Thống ke takhta, lalu pada tahun 1788, sebuah angkatan Qing yang besar mara ke selatan memasuki Vietnam dan menawan ibu kota Thăng Long.
Nguyễn Huệ kemudian mengumpulkan sebuah angkatan baharu dan bersiap untuk menentang tentera Qing. Beliau berucap kepada tenteranya sebelum peperangan, katanya:
Qing telah menceroboh negara kita dan menduduki ibu kota Thăng Long. Dalam sejarah kita, Trưng Bersaudari bangkit melawan Han, Đinh Tiên Hoàng menentang Song, Trần Hưng Đạo menentang Yuan Mongol, dan Lê Lợi menentang Ming. Para pahlawan ini tidak berdiam diri melihat penjajah merompak negara kita; mereka membangkitkan rakyat untuk berjuang demi kebenaran dan mengusir penceroboh… Qing, yang lupa akan nasib Song, Yuan dan Ming, telah menceroboh negara kita. Kita akan mengusir mereka dari tanah air kita.
Dalam satu serangan mengejut, ketika tentera Qing sedang meraikan Tahun Baru Qamari, angkatan Nguyễn Huệ menewaskan mereka dalam Pertempuran Ngọc Hồi–Đống Đa dan memaksa mereka, bersama Lê Chiêu Thống, berundur. Pihak Tây Sơn turut menerima sokongan daripada lanun Cina.[8][1] Aktiviti antilanun kemudiannya dijalankan melalui pakatan bersama antara Dinasti Qing dan pembesar Nguyễn, iaitu Gia Long, manakala lanun-lanun Cina bekerjasama dengan pihak Tây Sơn.[9][10][11][12]

Selepas pertempuran itu, Nguyễn Huệ berusaha memulihkan hubungan ufti bagi menghalang serangan serampang dua mata Qing–Siam serta mencegah cubaan lanjut pihak Qing untuk mengembalikan Dinasti Lê.[1] Nguyễn Huệ menghantar permohonan rasmi penuh adat kesetiaan kepada Maharaja Qianlong dengan menggunakan nama Nguyễn Quang Bình (juga dirujuk sebagai Ruan Guangping).[1]
Pada tahun 1789, Maharaja Qianlong bersetuju untuk memulihkan hubungan ufti dan melantik Nguyễn sebagai Raja Annam, dengan syarat Nguyễn Huệ sendiri mengetuai rombongan khas ke Beijing bagi meraikan ulang tahun ke-80 baginda.[1] Bagi Maharaja Qianlong, motivasi utama menerima pengaturan ini adalah untuk mengekalkan kemuncak hegemoni Qing serta menstabilkan sempadan selatan mereka.[1] Sumber China dan Vietnam bersetuju bahawa Nguyễn Huệ menghantar seorang penyamar sebagai dirinya bersama rombongan tersebut ke Beijing, dan mereka disambut dengan layanan diraja yang mewah.[1] Maharaja Qianlong menerima usul itu dan mengurniakan Nguyễn Huệ gelaran An Nam quốc vương (“Raja Annam”). Gelaran itu menandakan bahawa Nguyễn Huệ diiktiraf sebagai pemerintah sah Vietnam, dan Lê Chiêu Thống tidak lagi disokong.[1]
Perang menentang Nguyễn Ánh dan kejatuhan
Quang Trung menyimpan rasa tidak puas hati. Beliau melatih tenteranya, membina kapal perang besar dan menunggu peluang untuk membalas dendam. Beliau juga memberi perlindungan kepada pertubuhan seperti Tiandihui dan Teratai Putih. Lanun-lanun Cina seperti Chen Tien-pao (陳添保), Mo Kuan-fu (莫觀扶), Liang Wen-keng (梁文庚), Fan Wen-tsai (樊文才), Cheng Chi (鄭七) dan Cheng I (鄭一) diberikan jawatan rasmi serta darjat bangsawan di bawah pemerintahan Tây Sơn.[13]
Walau bagaimanapun, semua rancangan serangan terpaksa dibatalkan akibat kematian mendadak Nguyễn Huệ.[14] Serangan itu tidak sempat dilancarkan sebelum Quang Trung mangkat pada tahun 1792.[15][16]
Selepas pihak Tây Sơn membantai para penduduk Cina etnik Han pada tahun 1782, sokongan orang Cina Qing mula beralih kepada pihak pembesar Nguyễn.[17][18]
Selepas kemangkatan Quang Trung, anaknya Nguyễn Quang Toản ditabalkan sebagai Maharaja Cảnh Thịnh pada usia sepuluh tahun. Namun demikian, kuasa sebenar berada di tangan bapa saudaranya, Bùi Đắc Tuyên yang melaksanakan satu pembersihan politik besar-besaran. Ramai tokoh yang pernah berkhidmat di bawah Quang Trung dihukum bunuh, manakala yang lain berputus asa dan meninggalkan kerajaan, sehingga keadaan ini sangat melemahkan pihak Tây Sơn. Keadaan ini membuka jalan untuk Nguyễn Ánh menawan seluruh negara dalam masa 10 tahun, dengan bantuan pengembara ketenteraan Perancis yang direkrut oleh paderi Perancis, Pigneau de Behaine.
Pada tahun 1800, Nguyễn Ánh menawan kubu Quy Nhơn. Pada tahun 1801, beliau menawan Phú Xuân, memaksa Nguyễn Quang Toản melarikan diri ke Thăng Long. Pada tahun 1802, Ánh mengepung Thăng Long. Nguyễn Quang Toản yang ketika itu berusia 20 tahun, berjaya melarikan diri, tetapi akhirnya ditangkap dan dihukum bunuh, menamatkan dinasti itu selepas 24 tahun. Pihak Nguyễn iaitu dinasti empayar terakhir Vietnam, mengambil alih pemerintahan pada tahun 1802.
Para pembesar Nguyễn akhirnya menewaskan Dinasti Tây Sơn, menguasai sepenuhnya Vietnam, dan menubuhkan Dinasti Nguyễn pada tahun 1802.[19][20] Pihak Nguyễn menghukum pemimpin Tây Sơn yang ditewaskan, Bùi Thị Xuân dengan cara ditindih menggunakan gajah sehingga mati. Jantung dan hati beliau kemudian dimakan oleh askar-askar Nguyễn.[21]
Catatan
- ^ a b c d e f g h Wang, Wensheng (2014). "Chapter Seven: The Pirate Crisis and Foreign Diplomacy". White Lotus Rebels and South China Pirates. Harvard University Press. ISBN 9780674727991.
- ^ Kiernan, Ben (2017). Việt Nam: A History from Earliest Times to the Present. Oxford University Press. m/s. 265. ISBN 9780195160765.
- ^ a b Kim, p. 359.
- ^ Reid, Anthony (2015). A History of Southeast Asia: Critical Crossroads. John Wiley & Sons. m/s. 186. ISBN 9780631179610.
- ^ Dupuy, p. 653.
- ^ Kohn, p. 523.
- ^ Owen, p. 113.
- ^ Little, p. 205.
- ^ Leonard, p. 136.
- ^ Spencer.
- ^ Dar, Sino-Vietnamese Relations.
- ^ Dar, Tay Son Uprising.
- ^ Murray, Dian H. (1987). "3". Pirates of the South China Coast, 1790-1810. Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-1376-4. OL 2381407M.
- ^ "Maritime violence and state formation in Vietnam: Piracy and the Tay Son Rebellion, 1771–1802 (book chapter, 2014)". Research Gate. Dicapai pada February 7, 2019.
- ^ Đại Nam chính biên liệt truyện, vol. 30
- ^ "Maritime violence and state formation in Vietnam: Piracy and the Tay Son Rebellion, 1771–1802 (book chapter, 2014)". Research Gate. Dicapai pada February 7, 2019.
- ^ Choi, p.35–37
- ^ Choi, p.74–
- ^ "SINO-VIETNAMESE RELATIONS, 1771-1802: FROM CONTENTION TO FAITHFUL CORRELATION". Research Gate. Dicapai pada February 6, 2019.
- ^ "Tay Son Uprising (1771-1802) In Vietnam: Mandated By Heaven?". Research Gate. Dicapai pada February 7, 2019.
- ^ Marr, pp. 211–12.
Bibliografi
- Dar, Ku Boon. "Sino-Vietnamese Relations, 1771-1802: From Contention to Faithful Correlation". Research Gate. Dicapai pada February 6, 2019.
- Dar, Ku Boon. "Tay Son Uprising (1771-1802) in Vietnam: Mandated By Heaven?". Research Gate. Dicapai pada February 7, 2019.
- Dupuy, R. Ernest; Dupuy, Trevor N. (1993). The Harper Encyclopedia of Military History: From 3500 B.C. to the Present (ed. Fourth). New York: HarperCollins. ISBN 0-06-270056-1.
- Dutton, George (2006). The Tay Son Uprising: Society and Rebellion in Eighteenth-Century Vietnam (Southeast Asia: Politics, Meaning, and Memory). Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-2984-1.
- Dutton, George (2013). "A Brief History of the Tay Son Movement (1771-1802)". English Rainbow. EnglishRainbow.com. Dicapai pada 28 August 2019.
- Kim, Trần Trọng (2005). Việt Nam sử lược (dalam bahasa Vietnam). Ho Chi Minh City: Ho Chi Minh City General Publishing House.
- Kohn, George Childs (1999). Dictionary of Wars (ed. Revised). New York: Facts On File, Inc. ISBN 0-8160-3928-3.
- Leonard, Jane Kate (1984). Wei Yuan and China's Rediscovery of the Maritime World. Harvard Univ Asia Center. ISBN 978-0-674-94855-6.
- Little, Benerson (2010). Pirate Hunting: The Fight Against Pirates, Privateers, and Sea Raiders from Antiquity to the Present. Potomac Books, Inc. ISBN 978-1-59797-588-9.
- Marr, David G. (1984). Vietnamese Tradition on Trial, 1920–1945. University of California Press. ISBN 978-0-520-90744-7.
- Owen, Norman G. (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia. University of Hawaii Press.
- Tucker, Spencer C. "The First Tet Offensive of 1789" (PDF). Izcenter. Spencer Tucker. Dicapai pada 28 August 2019.








