Dinar Iraq | |
---|---|
دينار عراقي (Arab) | |
ISO 4217 | |
Kod | IQD |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1/1,000 | Fil |
Simbol | ع.د |
Wang kertas | 50, 250, 500, 1,000, 5,000, 10,000, 25,000 dinar |
Syiling | 25, 50, 100 dinar [1] |
Demografi | |
Pengguna | Iraq |
Pengeluaran | |
Bank Pusat Iraq | |
Tapak web | www.cbi.iq |
Penilaian | |
Inflasi | 1.66% |
Sumber | Bank Pusat Iraq, Jun 2010. |
sunting |
Dinar (Sebutan Arab: [diːˈnɑːr]) (bahasa Arab: دينار, bahasa Kurdi: دینار) (lambang: د.ع; kod: IQD) merupakan mata wang bagi Iraq. Ia dikeluarkan oleh Bank Pusat Iraq dan dibahagikan pada 1,000 fils (فلس), sungguhpun inflasi menjadikan fils lapuk.
Sejarah
Mata wang dinar diperkenalkan dalamkitaran pada tahun 1932, bagi menggantikan rupee India, yang telah menjadi mata wang rasmi sejak pendudukan British ke atas Negara tersebut sejak Perang Dunia Kedua, pada kadar 1 dinar = 11 rupee. Mata wang dinar diikat setara dengan Pound British sehingga 1959 apabila, tanpa mengubah nilainya, ikatan dialih pada dolar Amerika Syarikat pada kadar 1 dinar = 2.8 dollar. Nilai dinar tidak menyusut menurut nilai mata wang U.S. pada tahun 1971 dan 1973, mata wang dinar naik pada nilai US$3.3778, sebelum susut nilai 5 peratus mengurangkan nilai dinar pada US$3.2169, kadar yang kekal sehingga Perang Teluk, sungguhpun pada akhir 1989, kadar pasaran gelap dilaporkan lima hingga enam kali ganda lebih tinggi (3 dinar bagi US$1) berbanding kadar rasmi.[2]
Selepas Perang Teluk pada tahun 1991, akibat sekatan PBB, percetakan Swiss yang digunakan sebelumnya tidak lagi boleh digunakan. wanga baru berkualiti rendah kemudiannya dihasilkan. Keluaran sebelumnya dikenali sebagai dinar Swiss dan kekal dalam kitaran di kawasan Kurdish di Iraq. Akibat sekatan yang dikenakan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat dan masyarakat dunia dan cekatan kerajaan melampau bagi keluaran wang baru, mata wang dinar susut nilai dengan pantas, dan pada akhir 1995, US$1 dinilai pada 3,000 dinar.
Berikutan dengan penggulingan Saddam Hussein pada penjajahan Iraq 2003, Majlis Pemerintah Iraq dan Pejabat bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula mula mencetak lebih banyak wang dinar Saddam sebagai langkah sementara bagi mengekalkan bekalan kewangan sehingga mata wang baru dapat diperkenalkan.
Antara 15 Oktober 2003 dan 15 Januari 2004, Pihak Berkuasa Provisi Perikatan mengeluarkan siling dinar dan wang Iraq yang baru, dengan wanga dicetak oleh De La Rue menggunakan teknik anti-pemalsuan yang moden, bagi "mencipta satu mata wang bersatu yang digunakan dikeseluruhan Iraq dan akan menjadikan wang lebih mudah bagi kegunaan kehidupan harian."[3] wang kertas lama ditukar bagi wang baru pada kadar pertukaran satu dengan satu, kecuali dinar Swiss, yang ditukar pada kadar 150 dinar baru bagi satu dinar Swiss.
wang kertas baru ini mendorong pada industry baru menjual dinar Iraq baru pada pelabur luar Negara yang berharap untuk mendapat keuntungan dari mata wang baru Iraq apabila ekonomi Iraq pulih. Kerajaan peralihan Iraq menjadikan ia sah, tetapi wang kertas ditukar pada kadar berbeza oleh syarikat yang ingin membuat keuntungan. Akibat kejayaan program ini, dinar Iraq dipalsukan secara meluas. Bagaimanapun terdapat enam ciri keselamatan berlainan yang boleh diperiksa bagi pengesahan ketulenan wang 25,000 dinar Iraq.[4]
Sungguhpun nilai dinar meningkat selepas pengenalan wang kertas baru dari 4,000 dinar setiap dollar U.S., pada permulaan pengenalan mereka, sehingga setinggi 980 dinar setiap dollar, ia kini ditetapkan pada kadar pertukaran, seperti yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa,[perlu rujukan] pada 1170 dinar setiap dollar US di Bank Pusat Iraq. Bagaimanapun belum terdapat kadar pertukaran antarabangsa dan dengan itu bank antara bangsa masih belum menerima penukaran dinar Iraq. Kadar pertukaran di jalanan Iraq adalah sekitar 1,200 dinar setiap dollar US (2011).
Wang kertas
Pada tahun 1931, wang kertas dikeluarkan oleh kerajaan dalam denominasi ¼, ½, 1, 5, 10 dan 100 dinar. wang ini dicetak di United Kingdom oleh Bradbury, Wilkinson & Co.[5] Dari tahun 1931 hingga 1947, wang kertas dikeluarkan oleh badan mata wang Iraq bagi kerajaan Iraq dan wang kertas boleh ditukar bagi pound sterling. Dari 1947, wang kertas dikeluarkan oleh Bank Kebangsaan Iraq, kemudian selepas tahun 1954 oleh Bank Pusat Iraq.
Wang kertas 100 dinar tamat pengeluarannya pada tahun 1940-an tetapi, denominasi yang sama dikeluarkan sehingga 1978, apabila wang 25 dinar diperkenalkan. Pada tahun 1991, 50 dan 100 dinar diperkenalkan, diikuti oleh wang 250 dinar pada tahun 1995 dan wang 10,000 dinar pada tahun 2002.
Wang kertas yang dikeluarkan antara 1990 dan Oktober 2003, bersama dengan wang 25-dinar yang dikeluarkan pada tahun 1986, mempunyai ukiran ideal bekas Presiden Iraq Saddam Hussein. Berikutan dengan Perang Teluk 1991, mata wang Iraq dicetak tempatan dan di China, menggunakan pulp kayu bergred rendah (berbanding kapas atau linen) dan litografi berkualiti lebih rendah(sesetengah wang kertas dikatakan dicetak di mesin cetak yang direka bagi mencetak surat khabar).
Sungguhpun dengan kejatuhan nilai dinar Iraqi, nilai tertinggi dicetak sehingga 2002 adalah 250 dinar. Pada 2002, Bank Pusat Iraq mengeluarkan wang kertas 10,000-dinar untuk digunakan bagi "transaksi lebih besar dan antara bank". wang ini jarang digunakan secara umum disebabkan bimbang rompakan dan wang palsu. Ini memaksa orang membawa bekarung wang 250-dinar bagikegunaan harian. wang lain yang lebih kecil amat tidak bernilai sehinggakan ia tidak lagi dugunakan. Keadaan ini bererti bahawa Iraq, bagi kebanyakan tempat, hanya memiliki satu nilai wang kertas dalam kitaran luas.
Mata wang yang dicetak sebelum Perang Teluk seringkali digelar dinar Swiss Iraq. Ia mendapat namanya dari teknologi cetakan Swiss yang menghasilkan wang kertas berkualiti jauh lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan kemudiannya di bawah sekatan ekonomi yang dikenakan selepas Perang Teluk pertama. Selepas tempoh pertukaran, mata wang ini dinyahakuan oleh kerajaan Iraq. Bagaimanapun, mata wang lama ini masih digunakan di kawasan Kurdish Iraq sehingga ia digantikan dengan dinar baru selepas Perang Teluk Kedua. Pada masa ini dinar Swiss mengekalkan nilainya, sementara mata wang baru susut nilai secara berterusan sehingga 30 peratus setahun.
Pada tahun 2003, mata wang baru diterbitkan terdiri dari enam nilai: 50, 250, 1,000, 5,000, 10,000, dan 25,000 dinar. wang ini memiliki reka bentuk sama seperti yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Iraq pada 1970-an dan 1980-an. wang 500 dinar diterbitkan setahun berikutnya, pada Oktober 2004. Di wilayah Kurdish Iraq, wang 50 dinar tidak diedarkan.
Siri Dinar Swiss (? - 1990)
Dinar Swiss | |||||
---|---|---|---|---|---|
Gambar | Nilai | Warna utama | Huraian | ||
Hadapan | Belakang | Hadapan | Belakang | ||
1/4 dinar | Ungu | Bangunan | Pokok kurma | ||
1/2 dinar | Biru | Astrolab | Kubah berpilin Masjid Jamek Samarra | ||
1 dinar | Hijai kebiruan | Siling emas dinar | Sekolah Mustansiriya, Baghdad | ||
5 dinar | Merah jambu | Gelî Ali Beg dan air terjunnya | Kubu gurun di Al-Ukhether | ||
10 dinar | Biru gelap | Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham | Al-manara al-hadba fi al-Mawsil (menara bongkok masjid Jamek Nurid di Mosul) | ||
25 dinar | Hijau | Kuda | Istana Abbasid | ||
25 dinar (1986) | Perang, hijau dan biru atas hitam | Saddam Hussein berlatar belakang pertempuran al-Qādisiyyah | Peringatan Al-Shaheed |
Siri 1990-2003
Siri 1990-2002 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Gambar | Nilai | Warna umum | Huraian | ||
Hadapan | Belakang | Hadapan | Belakang | ||
1/4 Dinar (1993) | Hijau | Pokok Palma | Al-Bab al-wastaniy li-sur Baghdad (Pintu pagar tengah benteng bandar Baghdad) | ||
1/2 Dinar (1993) | Ungu | Astrolab | Masjid Jamek Samarra | ||
1 Dinar (1992) | Merah jambu dan hijau | Siling dinar emas | Madrasah Mustansiriya | ||
5 Dinar (1992) | Red | Saddam Hussein | Peringatan bagi tentera yang tidak dikenali, Raja Hammurabi dengan dewa matahari Shamash | ||
10 Dinar (1992) | hijau kebiruan | Saddam Hussein dan pintu pagar Ishtar | Lamassu | ||
25 Dinar (1990) | Hijau | Kuda | Istana Abbasid | ||
25 Dinar (1986) | Hijau keperangan | Saddam Hussein & Kuda | Peringatan Al-Shaheed | ||
25 Dinar (2001) | Hijau | Saddam Hussein | Pinti Ishtar | ||
50 Dinar (1991) | Merah jambu dan Hijau | Saddam Hussein | Masjid Jamek Samarra | ||
50 Dinar (1994) | Perang dan Biru | Saddam Hussein dan Peringatan Al-Shaheed | Jambatan Saddam | ||
100 Dinar (1991) | Hijau dan Ungu | Saddam Hussein | Gerbang Kemenangan (Pedang Qādisīyah) | ||
100 Dinar (1994) | Biru | Saddam Hussein | Jam Baghdad | ||
100 Dinar (2002) | Biru | Saddam Hussein | Rumah Lama | ||
250 Dinar (1995) | Violet | Saddam Hussein | Liberty Monument friese | ||
250 Dinar (2002) | Violet | Saddam Hussein | Kubah Al-Sakhrah | ||
10,000 Dinar (2002) | Pink / Violet | Saddam Hussein, The Monument to the Unknown Soldier | Mustansiriya Madrasah, astrolab Arab |
Siri 2003 hingga kini
Siri 2003 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Gambar | Nilai | Warna umum | Huraian | ||
Hadapan | Belakang | Hadapan | B | ||
50 dinar | Hijau | Silo bijirin di Basra Silo | Pokok-pokok kurma | ||
250 dinar | Biru | Astrolab | Menara berpilin Masjid Agung Samarra | ||
500 dinar | Hijau kebiruan | Empangan Dûkan di Sungai Al Zab | Ukiran kerbau bersayap Assyria | ||
1,000 dinar | Perang | Siling dinar emas | Sekolah Mustansiriya, Baghdad | ||
5,000 dinar | Biru gelap | Gelî Ali Beg dan air terjunnya | Kubu padang pasir Al-Ukhether | ||
10,000 dinar | Hijau | Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham | Al-manara al-hadba fi al-Mawsil (Menara Masjid Agung Nurid, Mosul) | ||
25,000 dinar | Merah | Seorang petani Kurdi memegang setangkai gandum, traktor dan syiling dinar emas | Ukiran Kod Hammurabi |
Rujukan
- ^ "Siling Bank Pusat Iraq". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-27. Dicapai pada 2012-06-19.
- ^ Wheeler, Tony. West Asia on a Shoestring. 2nd. Hawthorn, Australia: Lonely Planet, 1990.
- ^ Coalition Provisional Authority. "Iraq Currency Exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-15. Dicapai pada 2007-05-28.
- ^ Iraqi Dinar Security Features
- ^ Linzmayer, Owen (2012). "Iraq". The Banknote Book. San Francisco, CA: www.BanknoteNews.com.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Wang di Iraq. |