Dibuat Individu dengan Yakin (DIY) atau Lakukan Sendiri (bahasa Inggeris: do it yourself) ialah aktiviti pembaikan rumah, automobil, kerja kayu, hobi atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan daripada pekerja profesional. Istilah ini mula digunakan pada 1960an oleh seorang penyampai TV Britain, Barry Buknell. Industri ini meningkat dengan pesat sejak 1990an kerana ramai orang ingin membaiki kediaman mereka sendiri tanpa membayar upah kepada orang lain dan juga disebabkan kesukaran mendapatkan orang yang boleh ingin melakukannya. Terdapat banyak kedai DIY yang menjual bahan dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti lakukan sendiri.
Tugas-tugas DIY meliputi perkara perkara yang mudah memasang almari kepada yang perkara yang sukar seperti membetulkan saluran paip dan meluaskan rumah. Kebanyakan tugas DIY dilakukan oleh orang yang boleh membaca dan mengikut arahan, namun ada juga kemalangan yang disebabkan oleh DIY.
Pautan luar
- B&Q Diarkibkan 2005-05-18 di Wayback Machine
- diyfixit
- Projek DIY
- Panduan DIY BBC
- Lakukan Sendiri Bot Diarkibkan 2004-07-22 di Wayback Machine
- Networking Diarkibkan 2004-07-22 di Wayback Machine
- Membuat kostum Diarkibkan 2004-07-21 di Wayback Machine
- Leyland SDM