Diafragma | |
---|---|
Butiran | |
Pendahulu | Septum transversum, lipatan pleuroperitoneal, dinding badan[1] |
Arteri | Arteri perikardiakofrenik, arteri muskulofrenik, arteri frenik inferior |
Urat | Vena frenik superior, vena frenik inferior |
Saraf | Frenik, dan interkostal bawahan |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Diaphragma |
MeSH | D003964 |
TA | A04.4.02.001 |
FMA | FMA:13295 |
Terminologi anatomi |
Diafragma toraks, atau secara ringkasnya diafragma (Bahasa Yunani Kuno: διάφραγμα , diáphragma , pembahagi), adalah kepingan otot rangka[2] yang meliputi sehingga ke bawah rongga toraks. Kepingan ini memisahkan rongga toraks yang mengandungi jantung dan paru-paru daripada rongga abdomen dan melakukan fungsi penting dalam pernafasan: apabila diafragma mengecut, isipadu rongga toraks meningkat dan udara ditarik ke dalam paru-paru.
Istilah diafragma dalam konteks anatomi boleh merujuk kepada struktur rata yang lain seperti diafragma urogenital atau diafragma pelvis, namun perkataan "diafragma" dengan sendirinya biasa merujuk kepada diafragma toraks. Diafragma manusia sedikit tidak bersimetri di mana bahagian kanannya lebih tinggi daripada bahagian kirinya bagi menampung organ hati yang terletak di bawah sebelah kanan diafragma. Terdapat juga teori yang mengatakan diafragma lebih rendah di sisi kiri ini untuk memberi ruang kepada jantung.
Haiwan mamalia lain turut mempunyai diafragma, dan haiwan vertebrat seperti amfibia dan reptilia mempunyai struktur seumpama organ ini tetapi binaan anatomi pentingnya berbeza mengikut spesies seperti kedudukan paru-paru dalam rongga perut.
Rujukan
- ^ Templat:EmbryologyUNC
- ^ Campbell, Neil A. (2009). Biology: Australian Version (ed. 8th). Sydney: Pearson/Benjamin Cummings. m/s. 334. ISBN 978-1-4425-0221-5.