Dia Pengantinku | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Dia Pengantinku karya Nurfaza Allisya |
Ditulis oleh | Mufid & Next Scene Team |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Semua Untuk Cinta - Indah Ruhaila |
Lagu penutup | Semua Untuk Cinta - Indah Ruhaila |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Faizal Che Daud |
Penerbit | Mohd Hairol Azri Ahmad Wan Ibrahim Wan Ismail |
Syarikat penerbitan | Tekun Rasmi Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
Siaran asal | 24 Oktober 2019 – 8 Disember 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mimpi Yang Sempurna |
Diikuti oleh | Terlanjur Mencintaimu 2 |
Dia Pengantinku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Mawar Rashid, dan Saharul Ridzwan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 31 Oktober 2017 menggantikan Mimpi Yang Sempurna.
Sinopsis
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.
Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.
Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf
Pelakon
Pelakon Utama
- Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
- Saharul Ridzwan sebagai Syed Asyraf/Shahabudin
- Azrel Ismail sebagai Kamil
- Tisha Shamsir sebagai Maya
Pelakon pembantu
- Esma Daniel sebagai Datuk Syed Asyraf
- Aleza Shadan sebagai Datin Tengku Faridah
- Catriona Ross sebagai Pn. Kamariah
- Azhar Amir sebagai En. Khalid
- Ilya Buang sebagai Ayah Madi
- Siti Rawiyani sebagai Mak Lijah
- Azar Azmi sebagai Syakilla
- Elya Miera sebagai Juhanna
- Meor Mohd sebagai Nazri
- Nada Nursyuhada sebagai Maria
- Nynaa Harizal sebagai Tengku Elisa
- Shah Hassan sebagai Tengku Farid
- Nafiz Muaz sebagai Safwan
- Izzy Reef sebagai Syafiq