Dia Imamku | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Dia Imamku karya Siti Rosmizah Semail |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kau Sayang Aku" - Nana Sheme (Episod 1-20) "Dia Imamku" - Asfan Shah & Keka Nizam (Episod 21-Kini) |
Lagu penutup | "Dia Imamku" - Asfan Shah & Keka Nizam (Episod 1-20) "Kau Sayang Aku" - Nana Sheme (Episod 21-Kini) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 52 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) Sooka Astro Go |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Februari 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Curang Tanpa Niat |
Dia Imamku ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 17 Februari 2025 menggantikan Curang Tanpa Niat. Ini merupakan projek drama kedua gandingan bersama Kamal Adli dan Siti Saleha selepas drama Jika Masih Ada Rindu pada tahun 2018.
Sinopsis
Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang di pandang sebelah mata.
Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.
Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.
Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.
Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.
Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!
Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.
Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!
Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.
Pelakon
Pelakon Utama
- Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah (Maira)
- Kamal Adli sebagai Amiruddin (Budin)
Pelakon Pembantu
- Khatijah Tan sebagai Nek Bunga
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Orked
- Hafidzuddin Fazil sebagai Dato Malik
- Zara Zya sebagai Lily
- Imam Shah sebagai Rafiq
- Wan Nor Azlin sebagai Puan Sri Zabedah
- Fikhree Bakar sebagai Amar
- Haneesya Hanee sebagai Dahlia
- Amy Nur Tinie sebagai Rafizah
- Farhan Asri sebagai Razak
- Fiza Thomas sebagai Hasnah
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Mirna
- Muaz Fitri sebagai Azman
- Lia Natalia sebagai Sarah
- Mohd Hanif Sanordin sebagai Nazim
- Zarynn Min sebagai Azlina
- Aishah Azman sebagai Dr. Afifah
- Taufik Hidayat Khan sebagai Bangladeshi Security
Pelakon Kanak-kanak
- Putri Iesya sebagai Aina
- Munge Airis sebagai Husna
- Mhabeeby Mikaeel sebagai Hakim
Pelakon Tambahan
- Shereen Sabrina sebagai Adila
- Amirah Khaira sebagai Manisah
- Efa Narisha sebagai Sakinah
- Alynn Techen sebagai Kak Bedah
- Che Norizuan sebagai Borhan
- Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Dali
- Naz Abdul sebagai Faizal
- Mon Rasli sebagai Bomoh
- Hjh Masitah Zulghani sebagai Kalsom
- Badsham sebagai Boss Kilat
- Shima sebagai Datin Uji
- Lyqal Mokhtar sebagai Tania
- Wan Azman sebagai Pi John
- Haliza Othman sebagai Kak Zaida
- Shahirah Saharil sebagai Erin
- Mohd Izuan sebagai Husin
Pautan luar
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Dia Imamku | Berikutnya |
Curang Tanpa Niat | TBA |